You are on page 1of 25

TERHAD

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL


TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus


Projek Kajian Seni Visual
Kertas 3 (970/3)

Semester 3 Tahun 2019

PERINGATAN :
Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja

Buku panduan ini terdiri daripada 25 halaman bercetak.


© Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


1
TERHAD

KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif 3–4

3.0 Pelaksanaan Kerja Projek 4


3.1 Arahan Umum 4
3.2 Tanggungjawab Pengetua 5–4
3.3 Tanggungjawab Guru 5–8
3.4 Tanggungjawab Calon 8– 9

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 10– 12

5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 13

Lampiran 14– 19

BAHAGIAN II : CALON

6.0 Tanggungjawab Calon 20 – 21

7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 22 – 24

8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 25

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


2
TERHAD

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek
Kajian Seni Visual bagi semester 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon
sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada
komponen pentaksiran untuk semester 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan
mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

2.0 Objektif
Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan
calon untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif
kerja projek ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam :

(a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan


pengkaryaan
(b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi,
eksplorasi, rujukan, dan sumber
(c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen,
media, dan teknik
(d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya
(e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses
penghasilan karya
(f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit
(g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media
dan teknik
(h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
(i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri
(j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
(k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang
dipilih
(l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


3
TERHAD
(n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran
berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan
menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.

3.0 Pelaksanaan Kerja Projek


3.1 Arahan Umum
3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua
soalan yang diberikan.

3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan
dan perekaan.

3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.

3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang semester 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan


Enam peringkat sekolah.

3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail


Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik
tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran
masing-masing.

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat


bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru
yang berkelayakan dalam bidang Seni Visual.

3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan


kerja projek Seni Visual STPM di sekolah.

3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan


semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan
kerja projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada
sekolah untuk membiayai penyediaan keperluan berkenaan.

3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan


dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan
yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja
projek merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap


kemajuan kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh
calon.

3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam
tempoh yang ditetapkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


4
TERHAD
3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek
calon di sekolah.

3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidence kerja projek calon dalam


tempoh enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM.

3.2.11 Memastikan evidence kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam


bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.

3.3 Tanggungjawab Guru

3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni


Visual sebaik-baiknya.

3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek


Kajian Seni Visual.

3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual
dari portal MPM.

3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan


kerja projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat
berkenaan.

3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka


tentangSoalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni
Visual) 970/3 STPM 2018 secara terperinci.

3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai
untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk
membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.

3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan


sebahagian daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian,
kerja projek ini terikat dengan peraturan peperiksaan.

3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-


masing secara individu tanpa bantuan dari pihak luar.

3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek


(b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual
(c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan
yang sesuai
3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan
dalam Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni
Visual.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


5
TERHAD
3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses
kerja projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran
Seni Visual

3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti


percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku
lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium
yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya)

3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja


untuk menghasilkan kerja projek calon

3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek


sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual
tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada
calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon.

3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa
ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek

3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali
pertemuan/perbincangan bersama guru dalam pelaksanaan proses
kerja projek

3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk
ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat
penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing

3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek
budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap
calon

3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang


masa kerja projek dilaksanakan

3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek


kajian seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan
dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni
Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang
telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).

3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus


(Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas
970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran
Seni Visual STPM.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


6
TERHAD
3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang
Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja
projek.

3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang


telah diisi dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada
Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) serta menandatanganinya.

3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan


Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) serta
menandatanganinya. Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada
pengetua untuk Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) tersebut.

3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh
MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon.

3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM.
Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek
kajian seni visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau


Lampiran 4b) dan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) (Lampiran 5) hendaklah dihantar ke alamat yang berikut:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100, Batu Caves, Selangor
(u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET)

Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan


BRuMKK di dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRuMKK
perlu dihantar sebelum 31 Oktober 2019, manakala markah dari e-
submission (yang telah dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja
kursusnya.

3.3.29 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah


oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon
perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada
umum.

3.3.30 Menyimpan evidence kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah
dan selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat
hingga keputusan STPM diumumkan

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


7
TERHAD
3.3.31 Melupuskan evidence kerja projek calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran).

3.4 Tanggungjawab Calon

3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk


melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)

3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh
yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek
Kajian Seni Visual)

3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,


dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan

3.4.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu :


(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang
jelas akan soalan yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan
oleh guru/pihak sekolah

3.4.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan


media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran
(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang
digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya).

3.4.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk


kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru
(fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya).

3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk


menghasilkan kerja projek calon.

3.4.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC)


(Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali
pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek

3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual


(pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni
Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni
Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan
calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


8
TERHAD
3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil
kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 3).

3.4.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi


persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut
peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin
mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas.

3.4.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah


oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon
perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada
umum.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


9
TERHAD
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

22 April MPM memuat naik bahan  Memuat turun Manual


2019 berikut dalam portal MPM Kerja Kursus Seni Visual
(www.mpm.edu.my) STPM 2019
Tidak berkenaan
(a) Manual Kerja Kursus  Memuat turun Soalan
yang mengandungi dan Kriteria Penilaian
Bahagian I : Guru, dan Pemarkahan
Bahagian II : Calon
(b) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2019
(c) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan

10 – 21 Cadangan pengkaryaan  Memperbanyak Manual  Calon menerima


Jun 2019 Bahagian II:Calon serta soalan dan manual.
(a) Penulisan (idea perlu
soalan kerja kursus
(minggu disokong dengan  Calon memilih soalan
pertama – visual)  Mengedarkan soalan dan dan mendapatkan
ke-2) manual kepada calon idea untuk soalan
(b) Pembentangan (untuk yang dipilih
tujuan perbincangan  Memberi penerangan
dan memantapkan tugasan kepada calon  Calon perlu memberi
proposal) penerangan/
 Guru perlu memastikan pembentangan idea
pelajar sudah kepada guru.
mempunyai pilihan dan
idea  Calon perlu
menyiapkan
 Guru perlu memberi
cadangan
markah pada borang
pengkaryaan
BMKKC (Lampiran 4a
mengikut tarikh yang
atau Lampiran 4b)
ditetapkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


10
TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

24 Jun – 6 Penghasilan karya/perekaan  Guru perlu membimbing  Calon perlu


September calon dalam penghasilan menghasilkan karya
(a) Kajian visual
2019 karya berdasarkan
(b) Lakaran
idea/kemahiran
(minggu (c) Lukisan akhir  Guru tidak dibenarkan sendiri
4 – 14) (d) Kajian media untuk membantu calon
(e) Kajian teknik melakukan/  Calon perlu
10 minggu (f) Karya akhir menyiapkan tugasan mendapatkan
(g) Ketepatan subjek calon bimbingan daripada
(h) Kekuatan aspek formal guru untuk setiap
*Minggu 10 (i) Gaya penampilan  Setiap pertemuan atau proses pelaksanaan
– cuti tersendiri perbincangan antara guru kerja kursus agar
sekolah 10 – (j) Kekuatan dengan calon, guru perlu kesilapan tidak
18 Ogos kandungan/fungsi merekodkannya dalam dilakukan.
2019 (k) Keaslian borang BRKKC
(l) Kemasan (Lampiran 1)  Bagi setiap
(m) Dokumentasi tatacara pertemuan atau
 Bagi setiap proses yang perbincangan antara
penghasilan karya calon laksanakan, guru
(n) Kemasan dokumentasi guru dengan calon,
perlu memberi markah calon perlu
* dokumentasi perlu disokong pada borang BMKKC merekodkannya
dengan gambar/foto (Lampiran 4a atau dalam borang
Lampiran 4b) BRKKC (Lampiran
1)
 Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh yang
ditetapkan.

9 – 20 (a) Persembahan dan  Guru perlu membimbing  Calon perlu


September peragaan calon untuk mengadakan memperagakan hasil
2019 peragaan hasil karya karya dalam pameran
(b) Peragaan
calon mini dengan
(minggu 15
(c) Pameran dan kemasan bimbingan guru.
– 16)  Guru perlu memastikan
e-
(d) Apresiasi semasa persembahan  Calon perlu
submission (e) Penyataan karya secara secara lisan/ membentangkan/
dibuka bertulis dan pembentangan calon, ia mempersembahkan
bermula 21 pembentangan lisan tidak diadakan secara hasil karya secara
September terbuka. lisan dan bertulis.
– 21
Oktober * e-submission dibuka pada
2019 selama tempoh sebulan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


11
TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

 Setiap persembahan dan  Calon perlu menjaga


peragaan yang calon pameran mini jika
laksanakan, guru perlu ada warga sekolah
memberikan markah (bukan calon seni)
pada borang BMKKC yang ingin melihat
(Lampiran 4a atau pameran pada luar
Lampiran 4b) waktu
pembentangan/
 Guru perlu memasukkan persembahan dengan
markah keseluruhan guru
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).
 Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.
 Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
pelajar ke dalam e-
submission sebelum 21
Oktober 2019. Guru
perlu mencetak markah
e-submission dan simpan
di dalam fail kerja
kursus.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


12
TERHAD
5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya

5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau
tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.

5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun
(toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk
menghasilkan kerja projek.

5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan


bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,


gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.

5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah


disertakan dalam pendokumentasian.

5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan
penyeliaan oleh guru Seni Visual.

5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak
dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut
kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut
spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar
itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi
mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


13
TERHAD
Lampiran 1
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL


TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................

Tarikh Aktiviti dalam Projek Kajian Tandatangan Tandatangan


Ulasan guru
aktiviti Seni Visual (Untuk diisi oleh calon) Calon guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Seni Visual


Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni
Visual STPM 2019 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................


Nama Guru Seni Visual: ...........................................................
Tarikh: .............................................

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian
depan (sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


14
TERHAD
Lampiran 2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019

Projek Penghasilan Karya Seni Visual


SEMESTER 3 TAHUN 2019

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA
GURU/PENILAI

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


15
TERHAD
Lampiran 3
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL


TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani
borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja kursus Calon

Makluman kepada Calon:


Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja
projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan
kerja projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya
Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah.

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:


Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya,
kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


16
TERHAD
Lampiran 4a
BMKKC (PENGKARYAAN)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN)

Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………


No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Penentuan
Pernyataan Penentuan pendekatan Pernyataan kepentingan projek dan Jumlah Markah
Format/Kriteria permasalahan konsep, aspek keaslian [20] Sumber dan rujukan [100] selepas
penilaian Penilai kajian subjek, dan formal dan [10] faktor [20]
berdasarkan kandungan gaya
tema [20] [30] penghasilan
[20]
Cadangan Guru
pengkaryaan Penyelaras

Lakaran Kajian Lakaran Proses pengkaryaan Karya akhir Pendokumentasian proses Markah
Format/Kriteria Penilai proses komposisi akhir berdasarkan kajian [20] penghasilan karya secara Jumlah selepas
penilaian perkembangan dan warna [10] pemilihan media, teknik, penulisan dan visual [100] faktor [60]
idea [20] [20] daneksperimentasi, [20] [10]
Penghasilan Guru
karya Penyelaras
Jumlah Markah
Format/kriteria Pameran hasil karya dan Apresiasi [50]
[100] selepas
Penilai kemasan
penilaian Pernyataan Pelukis [10] faktor [20]
[50] Lisan [40]
(Artist Statement)
Persembahan Guru
dan peragaan Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..


Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ……………………… (bimbit) : ………………………

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut
STPM 2019 tarikh
- 970/3/KK
yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual). TERHAD
17
TERHAD
Lampiran 4b
BMKKC (PEREKAAN)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN)

Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………


No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..

Penentuan konsep reka bentuk Pernyataan Jumlah Markah


Pernyataan dan jalan penceritaan [45] [100] selepas
Format/Kriteria Design Brief kepentingan Sumber dan rujukan
Penilai permasalahan
penilaian [15] projek dan [10] faktor [20]
kajian [15]
keaslian
[15]
Cadangan Guru
perekaan Penyelaras
Penghasilan Pendokumentasian
Lakaran kenit Kajian watak- Kajian reka Lukisan Jumlah Markah
Dummy lengkap proses perekaan secara
Penilai (thumbnail) watak [20] letak, imej, komprehensif [100] selepas
Format/Kriteria [20] penulisan dan visual
[15] dan tipografi [15] faktor [60]
penilaian [10]
[20]
Penghasilan Guru
reka bentuk Penyelaras
Apresiasi [50] Markah
Format/kriteria Pameran perekaan model dan kemasan Jumlah
Penilai Pernyataan reka bentuk [10] selepas
penilaian [50] Lisan [40] [100]
(Design Statement) faktor [20]
Persembahan Guru
dan peragaan Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..


Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ……………………… (bimbit) : ………………………

2019 Jumlah
STPMNota: - 970/3/KK
markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
TERHAD perisian e-submission mengikut
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian
18 Seni Visual).
TERHAD
Lampiran 5
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

SEMESTER : TAHUN:

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:
(Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA


Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
di atas adalah benar. atas adalah benar.
Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :…………….........
Nama:………………………………………..... Nama:…………………………………………….
No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:…………………………….
Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………...
No. Telefon(sekolah):………………………... No. Telefon (sekolah):…………………………...
(bimbit):………………………… (bimbit):………………………….....

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang
telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).

TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK
19
TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

6.0 Tanggungjawab Calon

6.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus
(projek kajian seni visual)

6.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan
(rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual)

6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas
kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan

6.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

6.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:

(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan
yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah

6.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik)


disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan
(drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada
buku note pad dan sebagainya)

6.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di


tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan
sebagainya)

6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja
projek calon

6.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan
sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana
kerja projek

6.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah
ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


20
TERHAD
6.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam
keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

6.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri
dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)

6.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan
kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada
pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas

6.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia


perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan
kerja projek kajian seni visual dari 9 – 20 September 2019 untuk
persembahan/peragaan kepada umum.

6.15 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali
jika kerja projek dipilih untuk pemantauan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


21
TERHAD

7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

22 April MPM memuat naik bahan  Memuat turun Manual


2019 berikut dalam portal MPM Kerja Kursus Seni Visual
(www.mpm.edu.my) STPM 2019
Tidak berkenaan
(d) Manual Kerja Kursus  Memuat turun Soalan
yang mengandungi dan Kriteria Penilaian
Bahagian I : Guru, dan Pemarkahan
Bahagian II : Calon
(e) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2019
(f) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan

10 – 21 Cadangan pengkaryaan  Memperbanyak Manual  Calon menerima


Jun 2019 Bahagian II:Calon serta soalan dan manual.
(b) Penulisan (idea perlu
soalan kerja kursus
(minggu disokong dengan  Calon memilih soalan
pertama – visual)  Mengedarkan soalan dan dan mendapatkan
ke-2) manual kepada calon idea untuk soalan
(b) Pembentangan (untuk
yang dipilih
tujuan perbincangan  Memberi penerangan
dan memantapkan tugasan kepada calon  Calon perlu memberi
proposal) penerangan/
 Guru perlu memastikan
pembentangan idea
pelajar sudah
kepada guru.
mempunyai pilihan dan
idea  Calon perlu
menyiapkan
 Guru perlu memberi
cadangan
markah pada borang
pengkaryaan
BMKKC (Lampiran 4a
mengikut tarikh yang
atau Lampiran 4b)
ditetapkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


22
TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

24 Jun – 6 Penghasilan karya/perekaan  Guru perlu membimbing  Calon perlu


September calon dalam penghasilan menghasilkan karya
(o) Kajian visual
2019 karya berdasarkan
(p) Lakaran
idea/kemahiran
(minggu (q) Lukisan akhir  Guru tidak dibenarkan sendiri
4 – 14) (r) Kajian media untuk membantu calon
(s) Kajian teknik melakukan/  Calon perlu
10 minggu (t) Karya akhir menyiapkan tugasan mendapatkan
(u) Ketepatan subjek calon bimbingan daripada
(v) Kekuatan aspek formal guru untuk setiap
*Minggu 10 (w) Gaya penampilan  Setiap pertemuan atau proses pelaksanaan
– cuti tersendiri perbincangan antara guru kerja kursus agar
sekolah 10 – (x) Kekuatan dengan calon, guru perlu kesilapan tidak
18 Ogos kandungan/fungsi merekodkannya dalam dilakukan.
2019 (y) Keaslian borang BRKKC
(z) Kemasan (Lampiran 1)  Bagi setiap
(aa) Dokumentasi tatacara pertemuan atau
 Bagi setiap proses yang perbincangan antara
penghasilan karya calon laksanakan, guru
(bb) Kemasan dokumentasi guru dengan calon,
perlu memberi markah calon perlu
* dokumentasi perlu disokong pada borang BMKKC merekodkannya
dengan gambar/foto (Lampiran 4a atau dalam borang
Lampiran 4b) BRKKC (Lampiran
1)
 Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh yang
ditetapkan.

9 – 20 (f) Persembahan dan  Guru perlu membimbing  Calon perlu


September peragaan calon untuk mengadakan memperagakan hasil
2019 peragaan hasil karya karya dalam pameran
(g) Peragaan
calon mini dengan
(minggu 15
(h) Pameran dan kemasan bimbingan guru.
– 16)  Guru perlu memastikan
e-
(i) Apresiasi semasa persembahan  Calon perlu
submission (j) Penyataan karya secara secara lisan/ membentangkan/
dibuka bertulis dan pembentangan calon, ia mempersembahkan
bermula 21 pembentangan lisan tidak diadakan secara hasil karya secara
September terbuka. lisan dan bertulis.
– 21
Oktober * e-submission dibuka pada
2019 selama tempoh sebulan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


23
TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

 Setiap persembahan dan  Calon perlu menjaga


peragaan yang calon pameran mini jika
laksanakan, guru perlu ada warga sekolah
memberikan markah (bukan calon seni)
pada borang BMKKC yang ingin melihat
(Lampiran 4a atau pameran pada luar
Lampiran 4b) waktu
pembentangan/
 Guru perlu memasukkan persembahan dengan
markah keseluruhan guru
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).
 Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.
 Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
pelajar ke dalam e-
submission sebelum 21
Oktober 2019. Guru
perlu mencetak markah
e-submission dan simpan
di dalam fail kerja
kursus.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


24
TERHAD

8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya


8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga
dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.

8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid),
bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan
kerja projek.

8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar


tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,


gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.

8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan


dalam pendokumentasian.

8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan
oleh guru Seni Visual.

8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan
sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti
sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang
ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu
bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata
pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD


25

You might also like