You are on page 1of 2

IKLAN JAWATAN KOSONG

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menetap
di Negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur tidak
kurang 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah
dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut:

Nama Jawatan : GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)


Taraf Jawatan : SAMBILAN
Elaun Tetap : RM 900.00 (3 jam X 3 hari seminggu)

Syarat-syarat kelayakan
1. Warganegara Malaysia

2. Kelulusan :

a) SPM/SPMV mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian

termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam Teras / Syariah Islamiah /


Pendidikan Al-Qur’an Dan Sunnah; dan
b) Lulus Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi di peringkat SPM;

dan
c) Lulus Sijil DARJAH KHAS AGAMA sekurang-kurangnya pangkat DUA

atau
d) LULUS sijil Sekolah Menengah Agama yang di diktiraf oleh Lembaga

Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) – SMRA/SMA/STAM dan yang setaraf


dengannya.
CARA-CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN GURU


KAFA yang boleh didapati di:
1.1) Seksyen Pengurusan KAFA, Bahagian Pendidikan Islam,
Blok B, Ting 3, Pusat Islam Iskandar Johor
1.2) Semua Pejabat Pendidikan Islam Daerah
1.3) Muat turun di : bpi.johor.gov.my

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan gambar terkini pemohon
berukuran passport dan juga SALINAN dokumen yang telah diakui sah. Salinan
dokumen yang perlu di lampirkan adalah :
2.1 Sijil Kelahiran Pemohon
2.2 Kad Pengenalan Pemohon
2.3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2.4 Sijil Sekolah Agama seperti di perkara 2 (c) atau 2 (d).

3. Permohonan yang tidak lengkap akan di TOLAK.

4. Permohonan hendaklah dihantar kepada:

SEKSYEN PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH (SPSR),


BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
TING 3, BLOK B,
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR,
JALAN MASJID ABU BAKAR,
80990 JOHOR BAHRU JOHOR
(u/p : Permohonan Jawatan Guru KAFA)

5. Tarikh tutup permohonan : 22 OGOS 2019 (KHAMIS) sebelum 3.00 petang

Catatan :
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga

You might also like