08eisi Pelajaran - Interaksi 5

You might also like

You are on page 1of 11

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 13 Peraturan Paradigmatik


13.1 Pola
13.2 Perbezaan Minimal

Sinopsis
Tajuk ini merangkumi konsep peraturan paradigmatik dalam bidang linguistik. Peraturan
paradigmatik yang akan dibincangkan secara ringkas ialah pola penggunaan kata dalam ayat
dan perbezaan minimal dalam aspek morfologi (kata).

Hasil Pembelajaran

(i) Pelajar dapat membincangkan konsep peraturan paradigmatik berdasarkan contoh-


contoh yang sesuai.

(ii) Pelajar dapat memberikan contoh perbezaan minimal selain daripada contoh sedia ada
di dalam modul ini.

Peraturan Paradigmatik

Peraturan paradigmatik merupakan kumpulan perkataan yang tidak jelas melibatkan


penggunaan kata dalam ayat.

Contoh ayat:

Ali sedang lena di dalam bilik.

Ali sedang nyenyak di dalam bilik.

Dimensi Paragdigmatik

Hubungan sesuatu kata yang bersifat umum dengan kata yang lebih khusus sifatnya.

Contoh ayat:

Awan gelap menunjukkan hari hendak hujan.

Pola-pola Paradigmatik

Perkataan boleh dimasukkan dalam teks asalkan bersesuaian.

1
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pola paradigmatik di dalam sintaksis

Sintagmatik Paradigmatik

Horizontal Vertikal

Dibaca secara luaran Dibaca dengan mendalam

Mencari petanda yang sama Mencari tanda yang tidak


hadir dalam teks ada dalam teks

Pola paradigmatik di dalam linguistik:

“bet” dan “pet” diletakkan dalam ciri linguistik yang sama.

Perbezaan Minimal

Perbezaan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan
perkataan-perkataan berpasangan minimal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu.
Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling
minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh.
Sebagai contoh huruf ‘d’ dalam perkataan ladang disebut sebagai ‘l’ sehingga bertukar
menjadi perkataan lalang.

Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan ‘d’
dan ‘l’ dan meminta murid menyebutnya berulang kali sehingga mahir. Dengan menggunakan
bahan pasangan minimal ini, pelbagai kebaikan dapat diperoleh oleh pelajar. Antaranya unsur
ini dapat melibatkan murid secara langsung dalam aktiviti pembelajaran selain murid dapat
membunyikan perkataan itu dengan bunyi fonem yang betul. Ini dapat mengelakkan murid
daripada salah faham dalam membunyikan sesuatu perkataan terutamanya perkataan yang
membawa maksud yang berbeza. Selain itu, bahan ini mudah alih dan dapat membantu
pelajar dengan melihat gambar seterusnya menyebut nama gambar tersebut. Tambahan pula,
bahan pasangan minimal ini sesuai untuk kanak-kanak pemulihan yang mempunyai masalah
dalam pembelajaran.

2
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang hampir
sama bunyinya dan setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian, murid diminta
menyebut perkataan tersebut sehingga mendapat bunyi fonem yang betul. Aktiviti ini diulang
sehingga murid dapat menyebut perkataan yang diberikan dengan bunyi yang betul sehingga
murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.

Contoh aktiviti pasangan minimal:

 Beberapa pasangan perkatan berbentuk pasangan minimal dituliskan pada kad manila.
 Kad tersebut diedarkan kepada semua murid.
 Guru menyebut salah satu daripada perkataan berpasangan itu.
 Murid diminta menunjukkan dan menandakannya di atas kertas masing-masing.
 Seterusnya guru memberikan arahan kepada murid untuk membaca perkataan
tersebut. dengan berulang-ulang sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.

Contoh 1

tari lari

Contoh 2

karam garam

Contoh 3

lali lari

Aktiviti:

Bincangkan konsep peraturan paradigmatik dalam ilmu linguistik dengan memberikan contoh-
contoh yang sesuai terutama bagi aspek sintaksis.

3
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 14 Stilistik
14.1 Ciri stilistik
14.2 Bahasa Perbandingan
14.3 Keberkesanan Stilistik dalam Bahasa

Sinopsis

Tajuk 14 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang
dituturkan atau dituliskan oleh seseorang ahli masyarakat bahasa tersebut. Perlakuan bahasa
bergantung pada keadaan dan penglibatan sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan
laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.

Hasil Pembelajaran

(i) Mengenal pasti konsep dan prinsip stilistik terutama bagi konteks bahasa Melayu

(ii) Melihat bagaimana keberkesanan aspek stilistik dalam mempengaruhi penggunaan


bahasa Melayu.

(ii) Meneliti perbezaan aspek-aspek yang terkandung dalam stilistik bahasa Melayu
berdasarkan penggunaannya dalam komunikasi.

Prinsip (ciri) stilistik dan bagaimana stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.

Menurut Abdullah Hassan (1990) stilistik adalah fokus dan penekanan terhadap aspek
kebahasaan.Ia juga merupakan ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan
dengan pemakaian atau penggunaan bahasa yang merupakan wahana pengucapan
dalam bidang kesusasteraan. Oleh yang demikian gaya berbahasa individu seseorang
penulis adalah gambaran atau latar belakang sesebuah masyarakat yang
melahirkannya.

Contohnya, Azizi Hj. Abdullah ialah seorang penulias yang lahir di Kedah lebih
banyak menceritakan keadaan dan ransangan yang berlaku di
persekitarannya.Selalunya karyanya adalah pengalaman yang dirasai dan dilalui oleh
beliau sendiri.

4
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Penggunaan bahasa karyanya dipengaruhi oleh dialek daerah yang


dikuasainya. Stail beliau menulis menggambarkan peribadinya sebagai seorang
individu yang kreatifdan guru agama yang berpengetahuan tinggi.Penerapan dan jalur
gagasan yang sering diperinci dan diutarakannya menampakkan taraf pengetahuan
dan latarbelakang pendidikan agama yang dimilikinya.Beliau dapat meneliti dan
memerhati setiap gerakbalas yang berlaku di depan mata dan di sebalik pandangan
mata kasar dengan penggunaan perbendaharaan katanya yang banyak dan pelbagai.

Ternyata kebolehan dan bakat beliau dalam berkreatif dapat menarik minat
masyarakat membaca karyanya.Penulisannya yang menggunakan gaya bahasa yang
agak kasar dikatakan berasal dari cerminan gaya pertuturan hariannya yang
sedemikian.

Buku-buku nya laris dijual dan beliau memperolehi banyak anugerah sastera
hasil penulisankreatifnya. Sehingga kini masih terdapat seminar-seminar yang
dirancang khas buat penulis ini yang menumpukan gaya bahasa dan stail
penulisannya yang tersendiri. Contohnya yang terkini, UPSI mengadakan majlis
khusus untuk membincangkan penulisannya.

Gaya penulisannya seperti dalam Tuk cai seperti menggambarkan


pemberontakan seorang tua tetapi disampaikan oleh Azizi berdasarkan gaya
pertuturan peribadi pengarang sendiri. Mungkin jika cerita yang sama tetapi ditulis
oleh penulis lain, berlainan pula tindak balas pembaca terhadap bacaan tersebut. Stail
Azizi, gemar mengarang menggunakan pendekatan psiko. Manakala penulis lain
mempunyai pendekatan berbeza pula.

Jadi stail atau gaya seseorang penulis seperti Azizi banyak mempengaruhi
khalayak pembaca sebagai ahli masyarakat. Maka penulis-penulis lainnya adalah juga
berpengaruh menggunakan stilistik masing-masing untuk menerapkan pemikiran,
hasrat, malahan luahan perasaannya kepada masyarakat. Ia termasuklah perubahan
dalam pemikiran, stail berbahasa, perubahan tingkahlaku yang lebih baik atau
sebalikya ,dapat menambah ilmu agama, meningkatkan timbunan perbendaharaan
kata, mengetahui kehidupan masyarakat di tempat lain, menerima dialek setempat

5
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

pengarang untuk diasimilasikan dalam kehidupan, dapat menilai semula diri pembaca
dan sebagainya.

Harus diingat, stilistik berbeda pengarang yang dapat menarik minat pembaca
juga amat berpengaruh sebagai agen perubahan masyarakat contoh Pak Sako
dengan cerita Putera GunungTahan mendorong rakyat berjuang menentang penjajah
melalui sindiran yang tersirat. Gambaran beliau menggalakkan masyarakat agar tidak
mengagung-agungkan penjajah melalui kelakuan-kelakuan tidak senonoh orang putih
di dalam penulisannya.

Begitu juga, Usman Awang sebagai penulis yang dapat menarik masyarakat
agar menghargai jasa-jasa seorang guru melalui sajaknya yang sungguh puitis dan
gramatis. Penulis-penulis novel cinta yang terkini juga dapat menarik minat
masyarakat pembaca merenung diri dan masyarakat agar dapat berubah dan
mencontohi watak-watak baik novel mereka.

Sungguhpun tiada kayu pengukur yang spesifik yang menunjukkan stilistik


dapat mengubah masyarakat terutamanya dari sudut pemikiran dan tingkahlaku,
namun telah terbukti penulis-penulis yang dikhuatiri dapat dan telah mempengaruh
kotak fikiran masyarakat telah ditahan oleh penjajah di penjara atau diganggu
kehidupan harian mereka. Contohnya di Malaysia ialah Mahathir Mohamad dengan
Malay Delima, Pak Sako dengan Putera GunungTahan dan Subky Latif dengan
rencananya.Malah seorang ketua pengarang Utusan Malaysia telah membuktikan
penahanannya selama dua puluh tahun di sebuah kediaman terhad di Singapura
adalah hasil stilistik, iaitu gaya atau stail penulisannya sangat mempengaruhi dan
menyemarakkan semangat perjuangan kedalam diri masyarakat.

Prinsip stilistik yang pertama adalah menganggap dan mengiktiraf bahasa


sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa
sebagai satu anugerah dan bakat eserang penulis. Manakala analisis karya sastera
merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang seseorang
pengarang. Namun begitu, analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian
bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

6
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Prinsip stilistik yang kedua pula membincangkan aspek tema seperti yang
sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian
menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-
ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna
mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksuddan mempunyai makna simbolik.

Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya


kepribadian seorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai
penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan
diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi
penulisnya .Penulis pula mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh
beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis.

Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi,


pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera
yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang
digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan
iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan


yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.
Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat
memperkayakan perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail
bagi seseorang penulis.

Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan


sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai
keadaan dan ransangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan
dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa
terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses


penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan
penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Oleh itu aspek
bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat

7
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

difahami, menimbulkan keseronokan atau member kecelaruan atau kekaburan


tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang
digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

Aktiviti:

Secara berkumpulan, pilih satu daripada bahan sama ada prosa mahupun puisi dan
bincangkan aspek stilistik yang terdapat di dalamnya. Kemukakan contoh-contoh ayat atau
kata (diksi) yang betul sebagai bukti.

8
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 15 Bahasa Melayu Saintifik


15.1 Konsep
15.2 Ciri
15.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

Sinopsis

Tajuk ke-15 ini menghuraikan konsep Bahasa Melayu Saintifik dan ciri-cirinya terutama
bagi tugas bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Hasil Pembelajaran:

(i) Selepas meneliti konsep dan ciri-ciri bahasa Melayu saintifik, pelajar mampu
mengemukakan teks contoh (saintifik) daripada pelbagai sumber.

(ii) Pelajar dapat membincangkan sejauh mana peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu di Malaysia ketika ini.

Kerangka Tajuk: Bahasa Melayu Saintifik

15.1 Konsep

15.2 Ciri

15.3 Bahasa Melayu sebagai Ilmu

15.1 Konsep

Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat penuturnya. Mampu mengungkapkan pelbagai konsep seperti dalam bidang
pendidikan, undang-undang, sains dan teknologi, ekonomi dan bidang-bidang profesional
yang lain.

15.2 Ciri Bahasa Melayu Saintifik

9
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

15.2.1 Bahasa Melayu menggunakan istilah-istilah yang sesuai yang boleh dibuktikan secara
emperikal dan boleh menghuraikan sesuatu konsep yang berfokus kepada penghuraian
bahasa.

15.2.2 Istilah-istilah dapat menerangkan struktur, sistem, dan pola-pola bahasa sesempurna
yang mungkin.

15.2.3 Penggunaan istilah- istilah ini penting kerana dengan langsung dapat merujuk kepada
benda-benda, peristiwa-peristiwa, objek-objek, sifat-sifat dan konsep-konsep dan sebagainya
yang diperlukan dalam penghuraian sesuatu fenomena.

15.2.4 Bahasa Melayu ilmiah menggunakan istilah-istilah teknikal dalam penghuraian bahasa
supaya ia wujud sebagai subjek yang diselidiki dengan segala sifatnya yang saintifik.

Kesimpulannya, bahasa adalah suatu bidang kajian yang saintifik kerana penyelidikan yang
bersifat emprikal, tepat dan objektif tertentu.

15.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan


melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1981. Penggunaan bahasa Melayu di
peringkat sekolah dan universiti berfungsi sebagai bahasa penyalur ilmu. Sebagai bahasa
ilmu, bahasa Melayu mampu mengungkap ilmu-ilmu yang tinggi seperti memperkatakan
bidang yang berkaitan dengan sains, ekonomi, perundangan, teknologi maklumat, dan bidang-
bidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini. Ini jelas dilihat menerusi pelbagai laras
yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. Bahasa
Melayu telah digunakan dalam pelbagai buku akademik untuk kegunaan pelajar-pelajar di
institusi pengajian tinggi.

Aktiviti:

Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu , bahasa teknologi, bahasa perpaduan, bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Bincangkan mengapakah bahasa Melayu
terus kekal sebagai bahasa ‘lingua franca’ hingga ke hari ini?

10
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Rujukan:

Abdullah Hassan, Prof., 2006, Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu, Selangor, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan

Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008). Bahasa Malaysia kertas 1 & 2.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11

You might also like