You are on page 1of 7

Dictionary of Education menunjukkan bahawa moral ialah suatu istilah yang

digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau
perbuatan sama ada berkata benar, salah, baik serta buruk. Moral merupakan
pengetahuan yang menyangkut budi pekerti manusia yang beradab (Qi, n.d.). Nilai murni
merupakan satu unsur yang penting kerana mengambarkan ketulusan nilai yang
dipegang oleh seseorang dalam kehidupan seharian (Sarafilza, n.d.). Moral merangkumi
segala nilai murni seperti rendah diri, keadilan, belas kasihan, amanah, kasih sayang,
berdikari dan lain-lain.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang terdiri daripada
ornag melayu,cina dan india. Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan
agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.dari perspektif agama
Buddha lebih mementingkan pengajaran berkaitan nilai yang akan mempengaruhi
tindakan manusia iaitu nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan keadilan. Nilai murni
pertama dari agama Buddha adalah kasih sayang kepada manusia serta berkaitan
dengan hal kehidupan. Dalam agama Buddha menekankan hukum sejagat berlandaskan
sebab akibat, iaitu perbuatan baik akan membawa kesan baik, sebaliknya perbuatan jahat
akan membawa kesan buruk terhadap seseorang. Kita perlulah mengamalkan nilai kasih
sayang terhadap orang lain sebab akan wujud perasaan hormat-menghormati dan
kepercayaan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk. Hal ini demikian, apabila
ahli keluarga sakit mengambil berat terhadap mereka juga satu cara menunjukkan kasih
sayang. Selain itu, hormat-menghormati merupakan salah satu daripada nilai murni
diterapkan ke dalam semua agama kerana setiap agama menerapkan nilai yang baik
sebagai panduan kepada para pengikutnya seperti yang terdapat dalam ajaran Buddha.
Contohnya, mengucapkan terima kasih terhadap pekerja yang sapu lantai di sekolah.Nilai
keadilan dalam agama Buddha iaitu peraturan Jalan Lapan Lapis ajaran Buddha.Dalam
Lapisan Ketiga iaitu pertuturan yang betul menekankan kita bercakap secara benar dan
tidak bohong terhadap orang lain. (Redha, n.d.)

Dari sudut agama hindu menitikberatkan perpaduan di antara ahli keluarga


dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua orang. Sistem
keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dan
dharma serta tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif
mulia bagi setiap insan seperti aramldharma, porullartha, inbamlkarma dan vidulmoksha.
Agama hindu mengamalkan beberapa nilai murni. Contohnya, bertanggungjawab, kasih

1
sayang, keberanian, baik hati dan lain-lain. Dharma yang bermaksud tanggungjawab iaitu
kita perlulah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal
berlandaskan moral dan etika. Selain itu, ahimsa yang bermaksud kasih sayang dalam
agama hindu. Dhruthi bermaksud keberanian dan ketetapan. Kahamma bermaksud
berbaik hati. Demo ialah mengawal fikiran seseorang supaya tidak melakukan kesalahan.
Manakala, stheyam adalah tidak tamak dalam sesuatu barangan yang bukan kita.
Contohnya, kita tidak mencuri sesuatu barangan dalam kehidupan kita. Showcha yang
bermaksud kebersihan, mindriya nigharam ialah mengawal perasaan dan dheer adalah
saling berkait dengan nilai mengawal perasaan. Secara keseluruhannya, agama Hindu
menitikberatkan kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, mengamalkan nilai-nilai murni akan
dilahirkan semula dengan mempunyai darjah yang tinggi pada kelahiran akan datang
sehingga mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran.

Akhirnya, agama Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu Aqidah, Syariat atau
ibadah dan Akhlak. Dalam agama Islam Aqidah merupakan keimanan dan kepercayaan
terhadap Allah s.w.t. Seterusnya, syariat atau ibadah menunjukkan ajaran-ajaran yang
berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah,
muamalat, munakahat dan jinayat. Selain itu, akhlak merupakan ajaran-ajaran yang
berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama. Nilai
murni agama Islam santapan rohaniah dalam proses untuk melahirkan individu muslim
yang muttaqin (DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN, n.d.).
Sebagai contohnya, Al-Asr’ bermaksud menepati masa yang lebih menekankan
kepentingan menghargai masa. Hal ini kerana, kita mudah mendapat kepercayaan orang
lain sebab semasa jumpa telah memberi tanggapan yang baik. Sebenarnya,agama Islam
terbahagi kepada dua iaitu rukan Islam dan rukan imam. Dalam rukan Islam, orang yang
beragama Islam perlulah mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu
dalam satu hari, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, menunaikan satu kali
haji dalam sepanjang hidup. Dalam rukan imam, beriman kepada Allah s.w.t, Malaikat,
Kitab, Rasul, Hari Kiamat, Qada’ dan Qadar. (Zam, 2015)

Sebagai seseorang yang mempunyai agama, kita perlulah menjadi agen moral
bertindak memerangi isu-isu moral yang semakin berluasa dewasa ini. Sejak
kebelakangan ini, banyak isu-isu moral dilaporkan dalam media yang melibatkan gejala
dadah di negara kita perlu dilihat dengan amat serius bukan sahaja oleh agensi penguat
kuasa undang-undang dan badan kehakiman tetapi juga oleh pembuat dasar dan

2
kerajaan. Gejala sosial adalah tanda masyarakat yang tidak bahagia (Thye, 2015).
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kepada gejala dadah dalam kalangan
masyarakat termasuk kurang pengawasan ibu bapa, kurang kasih sayang daripada
ibubapa, kurangnya pendidikan moral dan sebagainya. Dengan berlaku kebanyakkan
kes-kes tentang dadah sedang melanda negara kita lebih jelas bahawa peranan institusi
keluarga perlu memberiperhatian untuk mengatasi masalah ini.

Untuk mengatasi gejala dadah, kita perlu memperkukuhkan institusi kekeluargaan


sebagai teras masyarakat yang sihat dan stabil dalam memerangi keruntuhan sosial dan
moral. Ibu bapa harus meningkatkan kualiti hidup keluarga dan sentiasa mengambil
langkah untuk memupuk ke dalam diri anak-anak mereka asas nilai-nilai moral yang
diperlukan supaya membina masyarakat yang kuat, stabil, bersatu padu dan beretika.
Kita mestilah saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek
kehidupan. Contohnya, kita perlu memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak supaya
mereka tahu penggunaan dadah yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan
kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam. Kita juga perlu
mengawal anak-anak supaya mereka tidak berkawan dengan kawan jahat. Hal ini
kerana,rakan sebaya juga akan mempengaruhi anak libat dalam gejala dadah. Dengan
cara ini, anak-anak akan menolak gejala dadah.

Rumah merupakan sumber mendapat kasih sayang dari ahli keluarga.


Pembangunan keluarga dan memperkasakan keluarga adalah penting dalam
pembesaran anak-anak, mendidik dan membimbing mereka untuk membesar sebagai
warganegara yang berguna dan positif dalam menyahut cabaran membina negara.
Sebagai seorang ibubapa mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam
menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan menggalakkan keluarga memupuk
minat anak-anak dan terlibat dalam pembangunan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa
perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang sesuai untuk menghadapi
perubahan dalam institusi keluarga dan kualiti hidup akibat daripada pembangunan
ekonomi negara yang pesat. (Murugan, n.d.)Sebagai contoh, jika ahli keluarga dapati
terlibat dalam gejala dadah kita masih mampu membantu dia dari kes tersebut. Ahli
keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah.
Oleh itu, sikap dan sistem nilai yang diamalkan oleh keluarga dapat membentuk asas
keluarga yang kuat, stabil dan bahagia.

3
Nilai kekeluargaan yang positif perlu ditanam dan dipupuk dalam setiap ahli
keluarga untuk memastikan anak-anak membesar dalam keadaan yang baik dan nilai
pembentukan peribadi yang baik bagi menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan.
Sebagai ibu bapa, kita perlu teladan dalam proses pembentukan anak-anak. Contohnya,
penglibatan ibu bapa mendidik serta menyedarkan anak-anak tentang bahaya dan kesan
buruk akibat penyalahgunaan dadah hendaklah dipertingkatkan. Ibu bapa mendidik anak-
anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaran. Hal ini dapat membuka
pemikiran anak-anak terhadap bahaya dadah dan membetulkan kesalahan anak-anak
daripada awal (Students Delinquency and Proposed Solutions Through Teen Model of
Conduct/Integrated Muslim Student, 2015).

Kesimpulannya, keluarga merupakan seunit yang paling dihormati oleh


masyarakat mesti dibangunkan dan diperkuatkan supaya dapat mengatasi gejala dadah.
Jika isu-isu moral negara kita tidak boleh ditangani secara berkesan, kita akan
menghadapi halangan utama dalam mencapai Wawasan 2020. Saya menyeru agar ibu
bapa termasuk diri sendiri untuk bertanggungjawab proses pembentukan terhadap anak-
anak kita. Ibu bapa mengongkong kebebasan anak-anak tetapi mengambil berat dan
perihatin terhadap aktiviti mereka sesuai dengan kehendak agama. Kebebasan yang kita
beri kepada anak-anak mesti ada batasannya iaitu dengan batasan agama, akhlak dan
sopan santun. Jadi, kita semua akan dijauhi dari bahaya dadah ini. Oleh itu, kita perlulah
mengamalkan ajaran agama masing-masing.

4
LAMPIRAN

5
RUJUKAN
Ani, A. (n.d.). Pendidikan moral. Retrieved from academia:
http://www.academia.edu/11534115/PENDIDIKAN_MORAL

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN. (n.d.). Retrieved


from
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/10DASAR_PENERAPAN_NILA
I.pdf

Murugan, S. (n.d.). Elmk3043 Isu Moral Dan Peranan Agen Agen Moral. Retrieved from
Scribd: https://www.scribd.com/user/221366677/Salinee-Murugan

Qi, L. s. (n.d.). Esei Pembentukan Insan Bermoral. Retrieved from Scribd:


https://www.scribd.com/document/255264600/Esei-Pembentukan-Insan-
Bermoral-Re

Redha, D. (n.d.). Kerelevanan Agama Budha Dalam Pendidikan Mora. Retrieved from
Scribd: https://www.scribd.com/doc/39147450/Kerelevanan-Agama-Budha-
Dalam-Pendidikan-Moral

Sarafilza. (n.d.). TUGASAN SAINS SOSIAL - AMALAN BAIK DALAM KEHIDUPAN.


Retrieved from Scribd: https://www.scribd.com/doc/32425881/TUGASAN-SAINS-
SOSIAL-AMALAN-BAIK-DALAM-KEHIDUPAN

6
Students Delinquency and Proposed Solutions Through Teen Model of
Conduct/Integrated Muslim Student. (2015). Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015)
11-30, 17.

Thye, L. L. (2015, Julai 30). Perkukuh institusi keluarga. Retrieved from Utusan online:
http://www.utusan.com.my/rencana/perkukuh-institusi-keluarga-1.118471

Yuek, S. N. (2012, April 26). Nilai-Nilai Murni yang Perlu Saya Amalkan untuk Memupuk
Perpaduan dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Retrieved from TMGS TAPING:
https://myschooltmgstaiping.wordpress.com/2012/04/26/nilai-nilai-murni-yang-
perlu-saya-amalkan-untuk-memupuk-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-
malaysia/

Zam, Z. (2015, April 25). Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia. Retrieved from
https://www.slideshare.net/exna/nilai-nilai-murni-dalam-setiap-agama-di-malaysia

You might also like