You are on page 1of 6

KEBAKARAN

WASHINGTON: Amerika Syarikat sedia membantu Brazil memadamkan


kebakaran hutan di Amazon, tetapi hanya jika ia membabitkan kerjasama
dengan kerajaan negara itu. Isnin lalu, beberapa negara anggota Kumpulan
7 (G7), iaitu Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat
berjanji untuk menyalurkan sebanyak AS$20 juta (RM84.2 juta) bagi
menangani kebakaran, yang menjejaskan hutan hujan terbesar di dunia, yang
berperanan menstabilkan iklim global. “Amerika Syarikat sedia membantu
usaha Brazil untuk memadamkan kebakaran di Amazon, tetapi pentadbiran
(Presiden Donald) Trump memilih rancangan yang membabitkan
perbincangan dengan Kerajaan Brazil,” kata jurucakap Majlis Keselamatan
Kebangsaan, Garrett Marquis di Twitter semalam. Terdahulu, Presiden Brazil,
Jair Bolsonaro dilaporkan bertelagah dengan beberapa pemimpin Eropah,
terutama Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berhubung cara negara itu
mengendalikan krisis kebakaran Amazon. Pada awalnya, Bolsonaro menolak
tawaran dari G7 dan berkata beliau hanya bersedia menerima bantuan
berkenaan, jika Macron menarik balik kata-kata yang dianggap sebagai
menghina pemimpin Brazil itu.

JAKARTA: Polis Indonesia sedang menyiasat tiga syarikat minyak sawit yang
disyaki memulakan kebakaran di pulau Borneo, susulan kenyataan pencinta
alam sekitar bahawa kerja pembersihan hutan sedang giat dijalankan bagi
aktiviti perladangan. Ketua Pengarah (penguatkuasaan undang-undang)
Kementerian Perhutanan dan Alam Sekitar, Rasio Ridho Sani, berkata
kementeriannya turut menyiasat 24 syarikat lain yang beroperasi di pulau
Borneo dan Sumatra, susulan kebakaran di kawasan konsesi masing-masing.
“Sebelum ini, kami hanya memberi tumpuan untuk mendakwa suspek ke
mahkamah sivil dan melaksanakan pelbagai sekatan pentadbiran. “Tetapi
memandangkan kebakaran hutan masih berlaku pada 2019, kami akan
menggunakan pendekatan jenayah dengan lebih intensif,” kata Rasio kepada
wartawan. Beliau berkata, tiga syarikat yang dikenal pasti sebagai suspek
adalah SKM, ABP, AER, iaitu berdasarkan tanda nama syarikat mereka. Insiden
pembakaran hutan menimbulkan perbalahan sejak sekian lama, kerana ia
mengakibatkan jerebu di beberapa negara di Asia Tenggara, selain
menimbulkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan dan menjejaskan
kedatangan pelancong ke rantau itu. Selain itu, kemusnahan hutan bagi
aktiviti perladangan turut mengancam hidupan liar seperti orang utan.

BRASILIA: Kerajaan Brazil semalam berkata ia menyambut baik semua


bantuan daripada pertubuhan dan negara luar untuk menangani kebakaran
di Amazon, selagi ia yang akan memutuskan bagaimana untuk menggunakan
bantuan itu. “Kedaulatan Brazil bukan sesuatu yang boleh dirundingkan,” kata
jurucakap presiden, Rego Barros, kepada wartawan, menambah negara itu
tidak menentang untuk berdialog dengan Perancis. Presiden Jair Bolsonaro,
terdahulu berkata beliau mahu Presiden Emmanuel Macron menarik balik
penghinaan terhadapnya sebelum mempertimbangkan untuk menerima
bantuan bernilai AS$20 juta (RM84 juta) daripada negara G7.

You might also like