You are on page 1of 5

Sistem Persekolahan Sebelum Merdeka

Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disebut sebagai sekolah-sekolah yang
wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Sistem ini telah dikawal sepenuhnya
oleh pihak penjajah Inggeris. Tujuan utama di wujudkan sekolah dan sistem pendidikan pada
waktu ini lebih kepada kepentingan politik pihak penjajah itu sendiri bukan bagi kebaikan rakyat
tempatan. Ia juga dikenalpasti bertujuan agar perpaduan tidak wujud dikalangan rakyat Tanah
Melayu
Ia merupakan satu sistem vernakular yang tidak seragam, dimana rakyat dibahagi
mengikut kaum, kepentingan dan fungsi ekonomi mereka. 4 jenis sekolah telah diwujudkan,
antaranya Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India dan Sekolah Inggeris. Ciri-ciri utama
sistem persekolahan ini adalah:-
1. Sekolah-sekolah yang di dirikan adalah mengikut kaum : Sekolah Melayu untuk kaum
Melayu, Sekolah Cina untuk kaum Cina dan Sekolah Tamil untuk kaum India. Manakala Sekolah
Inggeris adalah untuk sekolah anak-anak pegawai British.
2. Bahasa pengantar yang berbeza : tiada keseragaman bahasa antara sekolah-sekalah
ketika itu iaitu Sekolah Melayu menggunakan Bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan
bahasa ibunda mereka begitu juga Sekolah Tamil menggunakan Bahasa Tamil.
3. Sekolah terdapat dikawasan-kawasan tertentu sahaja : Di kampung-kampung adalah
bagi kaum Melayu, pinggir bandar bagi kaum Cina dan di ladang-ladang bagi kaum India.
Pada waktu ini sekolah sudah dibahagikan kepada 2 peringkat persekolahan iaitu
Pelajaran Rendah dan Pelajaran Menengah. Namun begitu terdapat lebih banyak sekolah rendah
berbanding menengah kerana Sekolah Menengah diwujudkan untuk kepentingan penjajah sahaja.
Sekolah rendah yang wujud mempunyai pelbagai-bagai sistem pentadbiran yang tidak
selaras. 4 jenis sekolah dan ciri – ciri mengikut kaum tersebut boleh dilihat seperti contoh dibawah
:-

SEKOLAH CIRI-CIRI TUJUAN

1. Di uruskan oleh pihak kerajaan Mengekalkan cara hidup


2. Pendidikan adalah setakat tradisional Melayu.
peringkat rendah iaitu setakat Orang Melayu tidak berpeluang
darjah Enam sahaja. memegang jawatan tinggi dan
3. Tiada kemudahan yang lengkap hanya sebagai pelayan pejabat
disediakan. sahaja.
4. Terletak di kawasan kampung (luar Menjadikan anak Melayu petani
Sekolah
bandar). dan nelayan yang lebih baik
Melayu
5. Untuk lanjut pelajaran ke sedikit dari ibu bapa mereka.
menengah perlu mengikuti Latihan
Perguruan.
6. Yang telah berjaya akan
dimasukkan kedalam Darjah Khas
Melayu (Special Malay Class) di
sekolah Inggeris.
1. Dikelolakan oleh masyarakat cina  Untuk mengurangkan
tempatan pemberontakan dikalangan
2. Pada asalnya tidak teratur dan kaum Cina terhadap
belum selaras. pemerintahan British.
3. Sukatan pelajaran di ambil dari  Tumpuan pendidikan
negara China. adalah untuk memupuk
Sekolah
4. Buku teks dan guru telah diimport kesetiaan kepada Negara dan
Cina
dari China Maharaja China.
5. Terdapat sekolah rendah,  1920, Sekolah Cina di
menengah dan menengah atas. daftar dibawah Enakmen
Pendaftaran Sekolah-sekolah –
untuk elak enakmen komunis
masuk.
1. Terdapat diladang-ladang dan  Pendidikan Tamil untuk
dikendalikan oleh pihak ladang dan mengekalkan anak-anak
mubaligh Kristian. menjadi buruh diladang itu.
2. Bahasa Tamil sebagai bahasa  Enakmen Buruh 1912,
Sekolah
pengantar telah mewajibkan pemilik ladang
Tamil
3. Sukatan pelajaran dan buku teks di menyediakan sekolah bagi jika
import dari India ada 10 anak pekerja yang layak
4. Terdapat sekolah peringkat rendah bersekolah
sahaja.
1. Dapat perhatian dan bantuan  Memberi pendidikan formal
kewangan dari British kepada anak pegawai-pegawai
2. Diasaskan oleh kerajaan atau British
mubaligh Kristian  Guna sekolah untuk
3. Bahasa Inggeris sebagai bahasa menyebarkan agama Kristian.
Sekolah
pengantar  Bagi memenuhi keperluan
Inggeris
4. Terbuka kepada semua kaum pentadbiran British (kerani) bila
namun jumlah kaum Melayu, Cina terbuka untuk kaum lain.
dan India tidak seimbang.
5. Ada pelajaran peringkat rendah
dan menengah

Namun begitu terdapat sedikit perubahan didalam sistem persekolahan ketika itu
apabila Penyata Barnes keluar pada 1950 menyatakan ’pendidikan sekolah rendah adalah
sebagai alat perpaduan masyarakat’. Pernyataan ini menyebabkan sistem pendidikan telah dikaji
semula secara terperinci. Hasilnya satu sistem pendidikan kebangsaan wujud dan terbuka kepada
semua kaum. Bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan ada dua iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Rentetan dari ini, Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan.

Sistem Persekolahan Semasa


Sistem pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat pada akhir abad ke 20. Ini adalah
seiring dengan matlamat wawasan negara untuk menjadi negara yang membangun seterusnya
mencapai status negara maju pada 2020. Perlaksanaan dasar pendidikan bermula dengan
mengukuhkan asas perundangan bagi melaksanakan dasar dan akta pendidikan. Antaranya
adalah :-
1. Akta Pendidikan (1996) – menggantikan Akta Pelajaran 1961, memberi peruntukan kuasa
kepada Menteri Pelajaran dan pengiktirafan institusi pra-sekolah.
2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Negara 1996 – mempunyai matlamat menjadikan Malaysia
sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 – sebuah majlis telah ditubuhkan bagi menentukan
dasar penyelarasan pembangunan pendidikan tinggi.
4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (1996) – peruntukan pinjaman dan
tabungan bagi meningkatkan tahap akses kepada pengajian tertiary.
5. Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 – kerajaan memperluaskan autonominya
dalam pengurusan bagi menentukan program yang akan ditawarkan dalam institusi pengajian
tinggi awam mahupun swasta.
6. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 – akta di wujudkan bagi memastikan tahap akademik
yang tinggi, jaminan kualiti dan kawalan mutu pendidikan di pelihara. Disamping ia juga sebagai
persediaan bagi pendidikan tinggi swasta.
7. Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 – menaikkan taraf Institut Teknologi Mara kepada
universiti.
8. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 – membenarkan pelajar-
pelajar dari IPTA dan IPTS membuat pinjaman pendidikan melalui PTPTN.
Seperti yang telah sedia maklum, selepas kemerdekaan negara pada 1957, asas pendidikan
menumpukan kepada matlamat perpaduan antara kaum di Malaysia. Namun begitu, perubahan
yang ketara daripada penggubalan akta-akta seperti diatas telah menjadikan sistem pendidikan
negara menghala ke arah satu tujuan yang baru iaitu :-
1. Pengaksesan kepada pengajian peringkat tertiary khususnya menjadi lebih mudah. Ia telah
menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam
mahupun swasta.
2. Selaras dengan pembangunan dan perkembangan ICTdalam pendidikan yang pesat, kerajaan
telah mewujudkan Sekolah Bestari.
3. Kelayakan menjadi seorang guru juga telah dinaikkan taraf daripada hanya sijil kepada diploma
bagi mencapai teras kualiti pendidikan di sekolah.
4. Ekuti pendidikan diambil perhatian dengan menaikkan taraf Institusi Pendidikan Sultan Idris
kepada universiti.
5. Kemudian semua sekolah – sekolah Vokasional di negara ini naik taraf kepada Sekolah Menengah
Teknik.
Selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku akibat penggubalan banyak akta, sistem
persekolah masa kini juga telah mengalami peralihan. Jika sebelum ini pendidikan hanya diperoleh
melalui Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Dan Sekolah Teknik Dan Vokasional,
berikut adalah senarai sekolah yang bertambah akibat pembangunan dan perkembangan pesat
dalam pendidikan.
Jenis –
Bil Jenis Sistem Persekolahan / Ciri-Ciri Sekolah
Sekolah
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
-
Terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah
-
Sekolah
1 Kebangsaan.
Kebangsaan
- Tidak ada had kaum mahupun tahap pendidikan pelajar
- Bilangannya banyak di seluruh negara.
- Sekolah yang telah dikenalpasti cemerlang dari segi aspek
pengurusan sekolah mahupun tahap sahsiah dan akademik
Sekolah pelajar.
2
Kluster - Tujuan sekolah ini diwujudkan adalah sebagai motivasi kepada
sekolah dan sekolah luar dari kluster untuk terus membangun dan
berusaha menjadi sekolah cemerlang.
-Menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa
pengantar disekolah.
Sekolah - Namun begitu ia hanya wujud bagi sekolah peringkat rendah
3 Jenis sahaja.
Kebangsaan- Walaubagaimanapun had kaum tidak ditetapkan. Kaum Melayu
juga bebas jika memilih untuk belajar di sekolah jenis kebangsaan
ini. Begitu juga kaum Cina ke sekolah Tamil dan sebaliknya.
- Beberapa sekolah awam, berkongsi kemudahan yang sama
dalam satu kawasan Sekolah Wawasan
Sekolah - Menggalakkan interaksi yang rapat antara kaum
4
Wawasan- Namun begitu dapat bantahan kaum India dan Cina kerana
mereka berpendapat penggunaan bahasa ibunda masing-masing
akan menjadi terhad.
- Pilihan alternatif bagi ibu bapa atau pelajar yang ingin mendalami
ilmu agama islam dengan lebih banyak dan terperinci.
Sekolah
- Antara sekolah agama wujud ketika ini adalah sekolah pondok.
5 Agama
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah
Islam
Menengah Agama (SMA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) dan Maahad Tahfiz.
- Sekolah ini diwujudkan oleh mubaligh Kristian contoh Persatuan
Gereja Anglican Sarawak.
Sekolah
6 - 407 buah sekolah mubaligh bantuan kerajaan di seluruh malaysia
mubaligh
termasuk Sabah dan Sarawak.
- Contoh sekolah di Sabah adalah SMK St. Mary Sandakan.
- Menerapkan penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P)
- Projek perintis dilakukan selama 3 tahun. Contoh sekolah bestari
Sekolah
7 adalah SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Pahang
Bestari
- Kerajaan menitik beratkan penggunaan IT di sekolah dan antara
bantuan yang diberikan adalah persediaan makmal IT, Bilik
Server, database server dan lain-lain.
- Sekolah peringkat menengah yang memberi peluang kepada
pelajar yang meminati bidang sains dan teknologi dan
mempersiapkan pelajar bagi memenuhi tenaga kerja dalam
bidang industri.
Sekolah - Sekolah teknik menumpukan pada bidang kejuruteraan.
8 Teknik Dan- Sekolah vokasional menumpukan pelajar kepada bidang
Vokasional kemahiran seperti kemahiran pertukangan dan pengendalian
mesin.
- Program di tawarkan menjadikan pelajar potensi menjadi separa
professional atau professional dalam bidang teknikal dan
kejuruteraan.
- sekolah menengah perdana yang ditawarkan kepada pelajar
Sekolah
yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR.
Berasrama
9 - Terdapat 54 buah sekolah semenjak 1894.
Penuh
- Antara yang terkenal adalah MCKK, Sekolah Seri Puteri, Sekolah
(SBP)
Tun Fatimah, Sekolah STAR dan SMS Sultan Mohamad Jiwa.

You might also like