You are on page 1of 12

dada ayam lada hitam + park choy rebus

1 keping dada ayam


1 sudu lada hitam ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit parsley.. ( tak ada pun tak apa )
secubit garam

nak sedap perap semalaman..


30 minit perap pun okay..

panaskan minyak zaitun 1 sudu kecil atas kuali non stick.. letak dada ayam yg dah diperap..
agak2 dah masak.. boleh makan..

park choy tu nabila rebus je

Roti canai tuna 🐳

1 biji telur

2 sudu tuna
** nabila guna tuna sunflower oil ayam brand..

1 biji cili api dihiris


secubit garam

sedikit minyak zaitun


goreng mcm telur dadar..

serius sgt sedap..

** cari tuna yg rendah karbohidrat..

kalau nak clean diet elakkan makanan dalam tin

sandwich tuna bersalut telur

2 biji telur
timun (timun jepun rendah karbohidrat)
tomato ( guna sikit je ) fasa 1 elakkan
salad
sekeping cheese
sekeping chicken slice

buat telur dadar nipis nipis


dapatkan 4 keping
1 telur bulat potong 4

telur yang dah potong2 tu jadi roti


sapu tuna + susun chicken slice + cheese + tomato + timun + salad..

siap..

cari tuna paling rendah karbohidrat

chicken slice + hot dog tu boleh elakkan kalau tak nak guna.. masa ni nabila baru2 diet.. tak
tahu makanan segera kena kurangkan @ elakkan baru bagus

2 sudu serbuk rendang adabi


** kena tengok jumlah karbohidrat dalam serbuk rendang ni.. masa ni nabila baru nak belajar
diet..

sebiji cili api dihiris

seulas bawang putih dihiris

sebiji bawang merah kecil dihiris

perap 15 minit @ semalaman

grill atas kuali non stick dgn sedikit minyak zaitun.. siap !

daging telur masin + park choy rebus

daging dihiris nipis


1 sudu mentega
1 biji telur masin direbus
**sejukkan telur + hancur2 kan dia
1 ulas bawang putih dihiris
carrot ( tinggi karbohidrat ) fasa 1 elakkan..
daun kari agak2 je

goreng daging dgn sedikit mentega kemudian angkat..

cairkan mentega + tumis bawang putih + masukkan daging + carrot + daun kari + secubit
garam dan siap !

park choy rebus + toskan


nudget tempura ayam berkeju

** boleh dijadikan snek minum petang kalau lapar + boleh simpan seminggu dalam peti
sejuk..

4 biji telur
1 keping dada ayam
1 keping cheese slice
secubit garam

blender semua.. 4 biji telur tu akan gerakkan blender..

masuk dalam bekas.. kukus 20 minit..

dah sejuk.. keluar kan.. potong ikut suka.. lepas tu leh simpan dalam peti ais..

nak goreng.. boleh goreng mcm tu @ celup telur putih..

siap! serius sedap sgt.. selamat karbohirat sebab tak da tepung.. hehe

daging goreng kunyit + saderi

daging dihiris nipis + 1 sudu kecil serbuk kunyit ( serbuk kunyit pun ada karbohirat) hati2..

1 ulas bawang putih dihiris nipis

3 biji cili api dihiris

sebatang saderi dihiris

secubit garam

tumis bawang putih sampai garing + masukkan daging + masukkan saderi + cili api dan
sedikit garam.. agak2 dah masak tutup api.. siap !

sambal daging cincang + telur mata banjir..

daging kisar brand ramli


**tengok karbohirat kat belakang plastik ye

nak guna daging biasa pun boleh.. hiris nipis2..


1 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu besar cili kering
secubit garam

tumis bawang putih sampai garing + masukan cili kering biar sampai masak masuk daging
kisar + sedikit garam..

telur mata banjir mcm biasa la..

ayam cili api pedas + sayur bayam

1/4 ayam bahagian tulang2


1 sudu kecil serbuk kunyit
**jaga2 ada karbohidrat
sedikit garam

gaul ayam + kunyit + garam

goreng + toskan

cili api ikut kepedasan


1 ulas bawang putih
** ditumbuk dengan lesung batu

1 asam keping
sedikit garam

panaskan sedikit minyak.. tumis bawang putih + cili api sampai garing + masukkan ayam
goreng tadi + 1 asam keping + sedikit garam.. siap !

panaskan sedikit minyak.. tumis 1 ulas bawang putih sampai garing + masukkan sayur
bayam yg telah dipetik + dicuci bersih.. agak2 dah layu + sedikit garam.. siap !

dada ayam grill kuah kari + batang saderi celur

1 keping dada ayam


1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
sedikit garam

perap bahan yang ditumbuk dengan ayam dan sedikit garam

panaskan sedikit minyak + grill dada ayam atas kuali non stick..
kuah kari..

1 ulas bawang putih ditumbuk


1 biji bawang merah kecil ditumbuk
2 sudu serbuk kari
** baca jumlah karbohirat belakang plastik ya.. bersukat
sedikit garam

tumis bawang putih + bawang merah + serbuk kari sampai garing.. masukkan sedikit air +
sedikit garam.. siap !

2 batang saderi dipotong kecil + rebus + tos kan.. siap !

sambal ikan kerisi hijau + sawi celur

3 ekor ikan kerisi


1 sudu kecil serbuk kunyit
**jaga2 ada karbohidrat
sedikit garam

ikan kerisi + serbuk kunyit + garam

gaul + goreng + tos kan

7 batang cili hijau besar


1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
** tumbuk bahan ni

1 asam keping
sedikit tomato
** bersukat @ fasa 1 elakkan
sedikit garam

panaskan minyak tumis bahan2 yg ditumbuk sampai garing + masukkan 1 keping asam +
sedikit garam.. masukkan ikan kerisi gaul2.. tabur sikit tomato.. siap !

sayur sawi yg dipotong + celur + tos kan..

telur gulung inti ayam ( popia telur )

2 biji telur + sedikit garam

buat macam telur dadar nipis2 guna kuali non stick.. dalam beberapa keping..
inti

1 keping dada ayam dipotong dadu


1 ulas bawang putih ditumbuk
setengah cawan taugeh ( bersukat )
sedikit carrot ( bersukat @ fasa 1 elak )
setengah cawan kobis
1 sudu kecil serbuk kari
sedikit garam

tumis bawang putih sampai garing + masukkan dada ayam.. agak2 dah nak masak +
masukkan taugeh + carrot + kobis + serbuk kari dan sedikit garam..

telur tadi bentang kan atas pelapik + letak inti + gulung kemas2 + potong 2.. siap !

nak lagi sedap makan dgn mayonise kewpie penutup merah @ sos nandos
sup daging kisar + fucuk

daging kisar agak2 seorang makan


fucuk ( 40gram = 5 gram karbohidrat )
1 ulas bawang putih
sedikit daun bawang
sedikit carrot ( bersukat @ fasa 1 elakkan )
sedikit saderi
sedikit tomato ( bersukat @ fasa 1 elakkan )
secubit garam

tumis bawang putih sampai garing + masukkan daging cincang + masukkan sedikit air +
fucuk yg direndam lembut + carrot + saderi + sedikit garam.. tutup api

hidangkan atas pinggan.. taburkan tomato + daun bawang

siap!

sup daging kisar 🐳 + brokoli 🌳

daging kisar untuk seorang makan


1 ulas bawang putih ditumbuk
1 cawan brokoli yg dipotong kecil
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
sedikit garam

panaskan sedikit minyak + tumis bawang putih +lada hitam + daging kisar sampai garing
dan masukkan air sehingga mendidih kemudian masukkan brokoli dan sedikit garam.. siap !
dada ayam kukus thai

2 keping dada

setengah biji lemon


** atkins fasa 1 sehari terhad 2 hiris lemon sahaja.. kalau boleh elakkan elak..

sedikit garam

gaul sebati ayat dan bahan diatas

susun atas tray 2 dada ayam tu

cili merah besar dihiris


cili hijau besar dihiris
cili api dihiris
serai dihiris ( bersukat @ elak fasa 1 )
daun bawang dipotong panjang
sedikit brokoli dipotong kecil

taburkan atas ayam + kukus sampai masak dan siap !

salmon gril lada hitam 🐳 + brokoli + timun jepun

1 keping ikan salmon


1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
sedikit minyak zaitun @ minyak masak

perap kan semalaman @ 30 minit

grill dan siap !

brokoli potong kecil + rebus + siap !


lempeng telur , bayam , cheese + chicken slice
🌱 🌱

2 biji telur

1 cawan daun bayam

1 @ 2 keping chicken slice dipotong petak kecil


** lulus fasa 1 tapi kalau nak clean diet boleh elakkan makanan berproses tak da masalah
@ paksaan.. nabila guna brand ayamas

2 keping cheese slice dipotong petak kecil

kacau telur + bayam + chicken slice

panaskan kuali non stick + buat mcm lempeng bersaiz besar ke kecil + dan letak chicken
slice susun dan siap !

boleh makan dengan kuah kari @ sambal ikan bilis..

Telur gulung pedas daging berkeju 🌱

2 biji telur ayam

2 sudu cili kering yang telah dikisar

setengah cawan daging kisar

2 keping cheese slice dipotong kecil @ mozerella cheese

sedikit daun bawang

sedikit garam

pecah telur + masukkan semua bahan diatas kecuali cheese + kacau sebati..

panaskan kuali non stick.. buat seperti lempeng.. angkat dan letak diatas papan.. boleh
tabur cheese dan gulung.. siap !

1 ekor ayam panggang lada hitam

**1 keluarga boleh makan 🌳

1 ekor ayam dipotong sederhana

lada hitam ikut kepedasan


1 labu bawang putih ditumbuk

2 ikat daun ketumbar dipotong panjang

garam secukupnya

perapkan semalaman @ 30 minit

nabila panggang dengan kuali ajaib..

2 biji telur mata + 2 keping chicken slice..

breakfast paling malas + cepat

chicken slice nabila guna brand ayamas..

dada ayam grill berkeju

1 keping dada ayam


1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
sedikit garam

perapkan ayam dan grill

kuah keju

2 keping cheese slice cairkan di dalam kuali dan tuangkan diatas dada ayam.. siap!

ikan bilis ala2 tom yam 🐳

ikan bilis dicuci bersih

goreng biasa + toskan + letak tepi

1 batang serai dihiris


1 biji bawang merah dihiris
daun limau purut dihiris
cili api ikut kepedasan dihiris

panaskan sedikit minyak + masukkan semua bahan yg dihiris dan goreng garing + masuk
ikan bilis yang telah digorenga tadi + gaul sebati dan siap !
Chicken grill salad olive oil

chicken gril
1/4 ayam bahagian peha
lada hitam
garam

grill sampai masak..

untuk salad boleh masukkan apa2 sayur kesukaan..

dalam peti ais ada ni


salad
kobis unggu
tomato
timun

potong cantik2 ye..

sos dia..
olive oil
lada hitam tumbuk
2 biji bawang putih tumbuk
1 biji bawang merah hiris

lasagna atkins..

1. inti dia
daging cincang @ daging burger
bawang putih 2 ulas
cili kering 3 sudu ikut kepedasan

2. telur 3 biji
tolong dadarkan telur nipis2.. telur gantikan kepingan lasagna.. ni versi diet ok..

cheese 3 keping atau lebih


cheese block hiris2..
boleh guna cheese apa yg korang suka..

beli bekas mcm saya guna @ dlm tray pun boleh.. tp leceh nak basuh2..

3. susun semua..

telur potong ikut bekas


daging
cheese
lepas tu ulang semula sampai rasa ok..

4.bakar 20 minit @ lebih


saya guna pemanggan ajaib.. ikut api

perapan dada ayam

serbuk paprika
serbuk parsley
lada hitam
garam
bawang putih
minyak zaitun

perap semalaman
esok gril

dada ayam grill + daging saderi

dada ayam
Serbuk paprika
1 bawang putih
garam

perap.. grill..potong.. siap..

daging di hiris
saderi sebatang
1 bawang putih
daun bawang
cili api 2 biji hiris
garam

tumis bawang.. masukkan daging.. masuk saderi.. dah nak masak.. masuk cili api tadi dgn
daun bawang.. gaul tutup api.. siap !

dalam bekas.. masukkan daging.. atas tu baru masuk hirisan ayam.. l

sup ekor taugeh hijau

1 bawang putih
1 bawang merah kecil
1 sudu kecil lada hitam

tumbuk semua..

Olive oil sikit.. tumis bahan tumbuk dan 1 sudu besar rempah sup.. sampai garing.. masukkan
air.. masuk kan ekor lembu.. nabila letak 2 keping je.. masuk garam.. rebus sampai empuk..
dah empuk masuk taugeh hijau.. daun sup.. tutup api.. tabur bawang goreng sikit je.. siap!

baby satay + baby park choy

konon nye satay sbb cucuk dgn lidi

sekeping dada ayam (potong dadu)


1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk parsley
secubit garam
sedikit olive oil

perap kan.. cucuk2 dgn lidi.. grill je atas kuali..

baby park choy

sebenarnya nama dia baby apa entah sayur ni.. lupa semalam beli dia ada tulis.. sbb dia
mirip park choy nabila letak je la nama dia..

sebiji bawang putih.. cincang2..


Olive oil sikit.. tumis dgn bawang putih tu sampai garing.. baru sdp.. masukkan baby park
choy.. garam sikit.. siap!

Kalau suka berkuah.. letak air sikit.. nabila suka kering..

You might also like