You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TENGAS,

09800 SERDANG,
KEDAH DARUL AMAN.
Tel/Faks: 04-4172703
Email: KBA1014@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 24 JANUARI 2018

Masa : 1.00 TENGAH HARI

Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah

Kehadiran :

1. En. Mohd Noor Bin Hanafiah


2. En. Mohd Najib Bin Desa
3. En. Mohd Salihin Bin Abd Rahim
4. En.Mohammad Affiq Bin Mohd Zain
5. En. Habit Bin Hassan
6. En. Mohd Alif Amin Bin Samad

Agenda Mesyuarat

1.Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat kali pertama
bagi tahun 2018.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas daya usaha dan keikhlasan semua
dalam memastikan agenda panitia berjalan lancar sepanjang tahun 2017.
1.3 Beliau juga berharap agar segala aktiviti yang akan dirancang pada tahun
ini dapat dijayakan dengan cemerlang hasil usaha semua ahli seterusnya
dapat meningkatkan prestasi Matematik dikalangan murid.

Tindakan : makluman.
2. Ucapan Aluan Penolong Kanan Pentadbiran
2.1 Encik Mohd Noor mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang
telah berusaha menjayakan semua agenda yang telah dirancang dan telah
dijayakan sebelum ini.
Tindakan : makluman

3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu


Tiada
4. Perkara Berbangkit
Tiada

5. Headcount
5.1 Encik Mohd Noor memaklumkan tapak untuk system headcount boleh diambil
dari komputer pejabat dan minta guru-guru simpan dalam laptop masing-masing.
Beliau juga meminta supaya ahli dapat melengkapkan TOV dan ETR mengikut
tarikh yang ditetapkan.

6. Sukatan Pelajaran
6.1 Pengerusi meminta semua ahli membuat salinan bagi sukatan Pelajaran
tahunan untuk setiap tahun untuk simpanan panitia.
6.2 Rancangan Pelajaran Harian diselaraskan untuk semua guru Matematik
mengikut RPH Abad 21.

Makluman dan tindakan : Ahli dan setiausaha panitia.

7. KSSR
7.1 Encik Mohd Noor menjelaskan tentang KSSR iaitu berkonsepkan PAK 21 iaitu :
i. perlaksanaannya berdasarkan kepada borang offline,
ii. Ianya tidak berfokas kepada kemahiran menulis sahaja.
iii.Guru perlu menetapkan sekurang-kurangnya satu kemahiran sehari atau ada
penggabungjalinan kemahiran yang diajar.
iv.Guru perlu kreatif untuk merancang PDP yang menyeronokkan

8. I-Think dan K-BAT.


8.1 Guru perlu bijak merancang untuk menyelitkan unsur-unsur K-BAT dan
Penggunaan I-Think dalam PdP dan latihan.Pengerusi menyarankan ahli lebih
kerap menggunakan tapak I-Think semasa latihan supaya murid lebih terdedah
kepada penggunaan peta tersebut.
Tindakan : Semua ahli.

9. Sudut Panitia
9.1 Pengerusi berharap supaya sudut panitia diaktifkan untuk tahun ini dan
beliau menyarankan supaya sudut panitia yang sedia ada diselenggaram mengikut
kolum yang diagihkan kepada setiap tahun.
Tindakan : Guru Matematik Tahun 1-6
12. Fail Panitia
Fail Panitia mesti disediakan seperti berikut :
i Fail Surat Menyurat.
ii Fail minit Mesyuarat.
iii Dokumen
iv Post Mortem
v Bank Soalan
vi Head count

13. Program Kecemerlangan2018


13.1 Beberapa program akan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan 2018
antaranya:
i. Seminar UPSR Fasa 1
ii Klinik UPSR
iii Pertandingan Minggu Matematik.

14. Hal-Hal Lain


14.1 Pengerusi memaklumkan Peruntukkan Kewangan belum turun untuk
tahun 2018.
14.2 Pengerusi meminta guru-guru peka kepada SOP dalam sebarang tindakan
melibatkan murid.
14.3 Pengerusi menyarankan ahli menggunakan kaedah didik hibur
menggunakan lagu-lagu yang digemari oleh pelajar dan disesuaikan dengan lirik
yang dapat membantu murid meneguhkan ingatan mereka terhadap sesuatu
kemahiran yang dipelajari.

15. Penutup
15.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Diminitkan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………….. …………………………
(EN.MOHAMMAD AFFIQB. MOHD ZAIN) (EN.MOHD SALIHIN)

Disahkan oleh,

………………………….

You might also like