You are on page 1of 3

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA / JANGKA PENDEK

Berdasarkan analisis nisbah yang telah disediakan, perniagaan kami memperoleh peratus untung
bersih atas perolehan sebanyak 29.28% iaitu daripada RM1 perolehan, perkongsian hanya
memperoleh RM0.29 sahaja untung bersih. Oleh itu, kami mencadangkan agar perniagaan kami
dapat:

1. Mencari sumber bekalan murah dan berkualiti daripada pelbagai pembekal.


2. Meningkatkan promosi kedai secara online seperti Facebook, Whatsapp dan Email.
3. Menyediakan Blog atau laman sosial perniagaan.
4. Menyertai pameran di expo usahawan.
5. Pelbagaikan pakej dobi yang menarik minat pelanggan.
6. Perkhidmatan penghantaran dobi dari rumah ke rumah.
7. Mengiklankan perkhidmatan di papan elektronik dan papan iklan di tepi jalan.
8. Edarkan pamplet kepada kawasan taman perumahan.
9. Sediakan mesin peruncitan automatik.
10. Sediakan kerusi urut automatik.
11. Menyediakan perkhidmatan ‘wifi’, siaran televisyen.
12. Mengadakan cabutan bertuah untuk mengunjung masa musim tertentu.
13. Mengadakan Tawaran Istimewa pada Hari Pelanggan.
14. Menyediakan minuman percuma untuk pelanggan pada hari tertentu.
15. Menyediakan kupon kepada pelanggan tetap.
16. Memberi bahan cuci dan pelembut pakaian percuma sehari dalam sebulan.
17. melancarkan promosi jualan bergantung kepada musim perayaan
18. memastikan inventori sentiasa ada untuk mengelakkan pengeluaran tidak terhenti
19. sentiasa cepat membuat bayaran hutang kepada pembekal untuk mendapatkan diskaun tunai
dan menjaga nama baik perniagaan

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA PANJANG

Berdasarkan belanjawan tunai yang telah disediakan, perniagaan kami dilihat mempunyai
kedudukan tunai bulanan yang berlebihan contohnya pada bulan September iaitu sebanyak
RM151408. Oleh itu, untuk perancangan jangka panjang, kami mencadangkan agar:

1. Premis diubahsuai supaya lebih menarik perhatian pelanggan.


2. Menyediakan sudut ‘playground’ untuk kanak-kanak yang sesuai untuk anak-anak bermain
sementara menunggu ibubapa mencuci pakaian.
3. Membuka cawangan baru di tempat yang strategik di daerah lain.
4. Menambah pembelian aset bukan semasa. Contohnya membeli mesin yang boleh melipat baju
dan mesin basuh yang siap setting dry clean.
5. Membuat pelaburan kewangan dan syer. Contohnya membuat simpanan tetap di bank, dan
membuat pelaburan syer dalam syarikat yang berpotensi.
6. Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti tandas, tempat menunggu, pendingin hawa dan
televisyen.
7. Menyediakan sudut minuman atau café corner.
8. Menyediakan library corner untuk pelanggan sementara menunggu pakaian siap dicuci.
9. sentiasa membuat kajian samada ingin meluaskan perniagaam ke daerah@negeri lain
10. memilih inventori yang berkualiti untuk menjamin kualiti dan prestasi perniagaan
RUMUSAN

Kami dapat melihat bahawa perniagaan Kedai Dobi Kami ini boleh berkembang dan

mempunyai pasaran yang luas kerana sudah menjadi gaya hidup bagi masyarakat kini untuk

menggunakan perkhidmatan dobi dan dobi layan diri ini. Ditambah pula dengan masyarakat

Malaysia yang mempunyai kekangan masa dan mesin pencuci yang sesuai untuk mencuci tilam

(toto) dan selimut yang besar.

Dalam memastikan aliran tunai perniagaan perkongsian kami yang sentiasa baik, kami juga

ingin menggunakan lebihan tunai ke tempat yang boleh memberi keuntungan kepada perniagaan

seperti membuat pelaburan dalam pasaran saham dan simpanan tetap. Sepanjang merekod juga

kami telah menggunakan konsep-konsep, andaian-andaian dan prinsip yang digunapakai dalam

perakaunan seperti catatan bergu, wang sebagai ukuran, asas perakaunan, kos sejarah dan

materialiti.

Dalam menjalankan perniagaan, kami dapat memupuk nilai-nilai murni seperti jujur,

amanah dan bertanggungjawab. kami dapat menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang mahir

dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti excel untuk menyediakan kad

inventori. kami juga dapat mencetuskan idea untuk menambahbaik perniagaan kami bersesuaian

dengan semua lapisan masyarakat.

You might also like