You are on page 1of 4

ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL

Tajuk Artikel :

Enhancing the standard of teaching and learning in the 21st century via qualitative school-

based supervision in secondary schools in Abuja municipal area council (AMAC)

Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :

Ebele Uju F. Department of Science and Environmental Education, Faculty of Education,

University of Abuja, Nigeria dan

Olofu Paul A. Comprehensive Institute of Management and Technology, Abuja Nigeria.

Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan

Tajuk artikel adalah Enhancing the standard of teaching and learning in the 21st century

via qualitative school-based supervision in secondary schools in Abuja municipal area

council (AMAC). Ianya diterima pada 20 disember 2016 dan dikeluarkan pada 6 April

2017. Nombor artikel adalah F83609D64828, ISSN 2141-6656.

BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH

Secara keseluruhannya, Kajian ini menumpukan pada peningkatan standard pengajaran

dan pembelajaran di abad ke 21 melalui penyeliaan berasaskan sekolah secara kualitatif di

sekolah menengah di majlis kawasan perbandaran Abuja. Reka bentuk penyelidikan

tinjauan deskriptif telah diterima pakai. Sampel kajian ini terdiri daripada 270 guru

sekolah menengah di kawasan perbandaran Abuja majlis. Ini bermakna kajian yang

dilakukan ini memenuhi syarat kesahannya dari segi dapatan data. Kajian ini

menggunakan soal selidik untuk pengumpulan data sementara Chi-square digunakan

sebagai statistik teknik analisa. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa penyeliaan

berasaskan sekolah dengan ketara prestasi guru yang dipertingkatkan di sekolah

menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa berasaskan sekolah penyeliaan

mempromosikan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah. Berdasarkan pada

penemuan, disyorkan bahawa sejak pengawasan dipertingkatkan prestasi kedua-dua guru


dan pelajar, kualiti penyeliaan berasaskan sekolah di sekolah menengah harus dipergiatkan

dengan teratur untuk mempromosikan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Maklumat

yang dinyatakan oleh pengkaji adalah jelas dengan dapatan-dapatan hasil kajiannya. Ia

merupakan satu kajian lengkap yang boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.

BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS

Isu utama yang diketengahkan oleh pengkaji adalah penumpuan terhadap peningkatan

standard pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 melalui penyeliaan. Isu ini merupakan

isu yang hangat dan terkini sesuai dengan peredaran semasa. Pada pendapat saya, isu yang

dikaji adalah sangat menarik dan juga bermakna. Ia menarik kerana sesuai dengan

pendidikan di alaf baru. Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia yang telah diubah suai

mengikut standard dunia kini memerlukan banyak rujukan dalam meningkatkan kualiti

pengajran dan pembelajaran guru. Isu yang telah diutarakan oleh pengkaji sangat relevan

untuk saya mengkaji. Ini kerana di Malaysia amat sedikit penyelidik mengkaji

keberkesanaan penyeliaan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,

pendidikan kini di peringkat umur 7 hingga 9 tahun di sekolah rendah tidak lagi

menumpukan kepada sistem peperiksaan. Ini bermakna murid tidak ada peperiksaan

dalam menilai perkembangan mereka. Oleh itu, penyeliaan perlu dilakukan oleh guru.

Maka isu yang dinyatakan oleh pengkaji bagi saya sangat relevan dengan sistem

penddikan sekarang di Malaysia.

Saya berpendapat hasil dapatan yang dilakukan oleh pengkaji di dalam artikel ini

memenuhi kesahan dapatan kajian. Ini kerana kajian dilakukan kepada 270 orang

responden. Namun saya tidak bersetuju dengan hasil dapatan ini kerana ianya dilakukan di

luar negara. Bagi saya, sekiranya kajian ini dilakukan di Malaysia, hasil dapatan akan

lebih relevan dengan sistem pendidikan negara. Kebolehpercayaan maklumat dan juga
hasil dapatan akan lebih kukuh. Maka hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh

pengkaji-pengkaji yang lain. Persoalan yang diutarakan oleh pengkaji juga dapat dijawab

melalui dapatan kajian. Ini kerana pengkaji hanya mengkaji dua persoalan sahaja. Pada

pendapat saya, pengkaji tidak memasukkan dapatan kajian yang lebih mendalam. Ini

bermaksud pengkaji perlu juga mengkaji dari segi pengalaman bekerja,umur, tahap

akademik dan sebagainya. Persoalan kajian dijawab dengan terlalu ringkas oleh pengkaji.

Sekiranya dilihat melalui metodologi kajian yang digunakan, saya berpendapat ianya

sesuai. Pemilihan dijalankan secara rawak yang melibatkan 270 orang guru sekolah

menengah dari 25 buah sekolah yang terdiri daripada guru sekolah awam dan swasta.

Kaedah kutipan data juga sesuai memberi peluang kepada guru untuk menjadi sampel

yang dikaji secara rawak. Hasil dapatan ini boleh dipercayai tetapi masih tidak

menyakinkan saya disebabkan beberapa faktor. Antara faktor yang tidak meyakinkan saya

untuk mempercayai kajian ini adalah kajian ini dilaksanakan di satu daerah sahaja. Ianya

tidak mewakili suara guru secara khursusnya. Walau bagaimanapun, bagi memastikan

kesahan dan kebolehpercayaan kajian, pengkaji telah melakukan kajian ke atas jumlah

responden yang mencukupi. Oleh itu, langkah yang diguna pakai oleh pengkaji boleh

diterima. Saya berpendapat langkah bagi memastikan etika penyelidikan ini dipatuhi oleh

pengkaji. Ianya melibatkan guru sekolah menengah dan juga responden daripada dua

institusi yang berbeza iaitu kerajaan dan swasta.

Melalui pembacaan artikel ini ianya memberi maklumat tambahan kepada saya tentang

perkara yang dikaji. Secara tidak langsung memberi kesan pemikiran kepada saya

bagaimana kajian di lakukan di luar negara. Secara peribadi saya mengakui bahawa

maklumat dan juga kajian yang dilakukan ini memberikan saya maklumat tambahan bagi

memperbaiki kajian yang akan dilakukan oleh saya. Sekiranya saya mengkaji tajuk ini,

saya akan memperbaiki dari dapatan kajian. Itu kelemahan yang paling ketara saya lihat
dalam kajian ini.

BAHAGIAN C : PENUTUP

Sebagai penutup kepada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik, saya dapat menemui

hubungan diantara penyeliaan dengan prestasi guru dannjuga keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran. Ini bermakna penyeliaan yang dilakukan akan meningkatkan

kecemerlangan murid dan juga guru sentiasa bersedia mengajar dengan lebih baik.

Sebagai bakal penyelidik, maklumat dan pengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini

membantu saya pada masa akan datang. Maklumat dan pengetahuan ini akan saya

gunakan dengan mengkaji di dalam negara. Ini bagi membuktikan kesahan dan juga

dapatan hasil ini lebih tepat dan dapat dijadikan rujukan untuk pengakji-pengkaji lain.

Sekiranya saya berpeluang melakukan kajian ini, saya akan meningkatkan lagi jumlah

responden. Selain itu, sampel yang akan saya gunakan adalah lebih meluas. Sebagai

contohnya saya jalanakan kajian terhadap guru di sebuah negeri. Kesimpulannya, pada

pendapat saya kajian ini akan membantu saya dalam memahami keperluan penyeliaan

terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah

You might also like