You are on page 1of 1

Kesan-Kesan Jerebu

Implikasi Kesihatan
Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi
gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon
dioksida.Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui
pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit
lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes
yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel
hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan
seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping
itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak
yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh
mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.

DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH


Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah
ini dapat dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila
darjah penglihatan hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun
1997.Darjah penglihatan yang rendah boleh mengakibatkan kemalangan
udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat dibuktikan apabila dua buah
pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada
bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi
Kuala Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di
Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan
juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami kejadian
jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa
tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping itu,kapal juga terdedah
kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila
beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan
sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan berlakunya
pencemaran alam yang serius.
EKONOMI NEGARA TERJEJAS
Salah satu kesan jangka panjang akibat jerebu ialah ekonomi negara akan
terjejas.Kesan ini dapat dilihat apabila pembatalan penerbangan kapal terbang
terpaksa dibuat akibat kejadian jerebu.Salah satu syarikat penerbangan yang
mengalami kerugian besar akibat pembatalan penerbangan ialah Syarikat
Penerbangan Malaysia(MAS).Selain itu,kilang perindustrian,kuari,dan sektor
pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Tambahan pula,industri pelancongan
juga turut terkena tempias akibat jerebu apabila pelancong membatalkan lawatan ke
Malaysia.Di samping itu,pekerja-pekerja yang yang bekerja di luar pejabat mungkin
terpaksa mengambil cuti demi kebaikan kesihatan mereka.Para nelayan juga tidak
keluar kelaut kerana keselamatan dan kesihatan tidak terjamin.Penjaja-penjaja di
tepi jalan juga tidak dapat menjalankan aktiviti perniaagaan mereka akibat jerebu.Hal
ini mengakibatkan sumber rezeki dan pendapatan terjejas serta pengusaha
mengalami kerugian besar.

You might also like