You are on page 1of 1

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Peribahasa merupakan kalimat indah yang dicipta orang-orang tua dahulu yang
berperanan menasihati, mendidik, menyindir dan memberi peringatan kepada masyarakat.
Hingga kini peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalam hidup sehari-hari.
Antara peribahasa yang biasa kita dengar ialah "harimau mati meninggalkan belang.
manusia mati meninggalkan nama." Peribahasa ini bermaksud orang yang membuat
kebajikan semasa hidup akan sentiasa diingati. Hal ini mengajar kita agar sentiasa berbakti
kepada masyarakat. Hingga kini kita masih mengingati tokoh yang banyak berjasa kepada
negara. Contohnya Tunku Abdul Rahman, Dato' Maharajalela dan Pendeta Za'ba. Mereka
telah lama meninggal dunia, tetapi segala jasa yang dicurahkan tetap dikenang.
Tujuan peribahasa ini menggesa kita agar terus berbakti. Kita boleh berbakti kepada
agama, keluarga dan negara. Bakti yang paling mudah ialah membuat kebajikan yang dapat
dimanfaatkan kepada orang lain seperti menjaga kebersihan.
Apa yang kita kesali dalam kalangan kita ialah kegiatan merosakkan harta benda
awam. Sudahlah tidak mahu berbakti, malahan menyusahlan orang lain. Mereka yang
bersikap negatif ini kerana tidak mempunyai nila-nilai murni dalam hidup mereka.
Jadi, kita perlu bulat hati untuk membuat kebajikan sepanjang hidup kita. Untuk itu,
jangan sesekali hangat-hangat tahi ayam. Sebagai seorang murid yang sentiasa ingin
berbakti kepada sekolah, tindakan yang pertama ialah memastikan mematuhi undangundang sekolah.Walaupun negara dilanda teknologi maklumat (IT), peribahasa ini masih
sesuai diamalkan dalam kehidupan kita.

You might also like