You are on page 1of 2

Pendermaan Organ Anugerah Kehidupan

Setiap manusia merupakan ciptaan Tuhan yang istimewa. Kita perlu


menghargai setiap kehidupan yang berada di dunia ini. Namun begitu, bukan semua
manusia yang boleh hidup dalam kebahagiaan. Kita pasti akan mengalami
kesusahan dalam kehidupan seperti diserang penyakit, dirompak dan mengalami
bencana alam. Kita juga akan berasa kasihan apabila orang lain hidup dalam
kesengsaraan, walau begitu, sifat keegoan manusia tetap mencegah kita daripada
membantu orang lain. Pendermaan organ merupakan satu sifat yang baik kerana
organ yang diderma ini dapat menganugerahkan orang lain satu peluang untuk
berhidup lagi. Walau bagaimanapun, banyak menusia yang bersikap nafsi tidak rela
untuk menderma organ dengan pelbagai alasan.
Menyelusuri dasawarsa ini, terdapat banyak penyakit yang menyerang
manusia. Penyakit ini mungkin akan menyebabkan sebahagian daripada tubuh
badan kita tidak berfungsi dan perlu digantikan dengan organ yang didermakan.
Terdapat pelbagai organ yang boleh didermakan seperti pingang, mata, jantung dan
paru-paru. Semua organ ini boleh didermakan selepas seseorang meninggal dunia.
Kepada manusia biasa, organ-organ ini merupakan organ yang tidak boleh berfungsi
lagi, tetapi kepada orang yang memerlukannya, organ inilah yang merupakan
harapan kepada mereka untuk berhidup lagi. Penderma organ ini akan dihargai dan
disanjungi tinggi oleh masyarakat. Persis peribahasa Melayu, harimau mati
meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan
nama. Orang yang menderma organ tetap akan dikenang oleh masyarakat sampai
bila-bila.
Penderma organ juga dapat menyelamatkan nyawa-nyawa orang lain. Hal ini
demikian kerana setiap nyawa merupakan harta yang tiada harga dan tidak boleh
dijual beli. Misalnya, jika seseorang itu telah meninggal dunia kerana tiada organ
untuk diganti, ahli keluarganya dan rakannya akan berasa betapa sedih dan pilu.
Dengan pendermaan organ, penerima organ mungkin boleh mempunyai keluarga
yang bahagia dan harmoni. Mereka akan berasa untung dan lebih menghargai nyawa
mereka serta menghargai setiap saat mereka berhidup di dunia ini. Sebagai
intihanya, masyarakat digalakkan untuk menderma organ supaya banyak nyawa
boleh diselamatkan.
Dari sudut pandangan lain, pendermaan organ merupakan satu amalan yang
mulia dalam aspek agama. Hal ini disebabkan oleh tiada agama yang melarang
penganutnya untuk menderma organ. Saya percaya bahawa semua agama pasti akan
menyuruh penganutnya berbuat baik dan membantu orang lain yang berada dalam
kesukaran. Menderma organ kepada orang lain juga dapat memanjangkan janga
hayat mereka. Mereka boleh melakukan perkara yang mereka ingin menyiapkan dan
mencapai hasrat mereka. Mereka akan berfikiran positif dan mempunyai hala tuju
dalam kehidupan. Mereka juga akan menyedarkan bahawa kepentingan menghargai
nyawa sendiriereka juga akan menyedarkan bahawa kepentingan menghargai nyawa
sendiri dan berbuat dan berbuat baik supaya tidak mengecewakan penderma organ.



Bertitik tolak dari manifestasinya , tindakan ini dapat meningkatkan kualiti
kesihatan rakyat Malaysia secara tidak lansung. Pendermaan organ dapat
mengurangkan pesakit dan penerima organ juga akan menjaga kesihatan mereka
untuk menghindari penyakit. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menggalakkan budaya
pendermaan organ dalam kalangan masyarakat. Hal ini bersangkut paut dengan
pihak kerajaan merupakan wahana utama untuk merealisasikan wawasan negara.
Pihak kerajaan perlu memberitahu faedeh-faedah pendermaan organ dan
menganjurkan kempen pendermaan darah. Impaknya, kadar kematian di Negara
kita akan menurun manakala nama baik negara kita akan meningkat.
Secara keseluruhannya, kita perlu menderma organ kepada orang yang
memerlukannya selepas kita meninggal dunia kerana organ ini tidak berguna lagi
kepada kita. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
perlu dikikis sebelum kudis menjadi tokak. Bak kata pepatah, hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih, tiadalah sebab kepada kita untuk membantu seseorang.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya pendermaan organ.

You might also like