You are on page 1of 1

PERATURAN DI BILIK MASAKAN

1. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam masakantanpa guru.

2. Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan yang tidakmengganggu pergerakan semasa bekerja.

3. Rambut hendaklah diikat kemas/dipotong pendek. Rambutyang panjang melebihi tulang belikat
hendaklah didandandan disematkan di atas kepala.

4. Selalu bekerja dengan sistematik. Meja kerja hendaklahsentiasa bersih dan lantai sentiasa
kering.

5. Lap serta merta cecair yang tumpah. Pungut apa-apa yangterjatuh ke atas lantai.

6. Berhati-hati ketika bekerja dan berjalan. JANGANTERGOPAH-GAPAH.

7. Hendaklah sentiasa bekerjasama dan bertimbang rasa.Tumpukan perhatian kepada kerja


yang sedang dijalankan.

8. Tentukan yang tangan anda kering sebelum rnenggunakansebarang alat elektrik untuk
mengelakkan disambar karan.

9. Tutup semua suis alat-alat elektrik dan gas setiap kali selepas digunakan.

10. Jangan berkerumun sekeliling sesuatu alat yangsedang digunakan.

11. Gunakan alat yang tajam dengan berhati-hati. Untukperkara-perkara yang hujungnya tajam,
hulurkan tangkai /

PERATURAN DI BILIK MASAKANhulunya dahulu. Basuh pisau satu persatu dan janganbiarkan
terendam dalam besen.12. Gunakan pengalas semasa mengangkat barang-barang yang
panas.13. Halakan tangkai periuk dan muncung cerek ke dalambila meletakkannya di atas dapur.14.
Baca semua label dengan teliti sebelum menggunakanisinya.15. Semua kemalangan mestilah
dilaporkan kepada guruSains Rumahtangga dengan serta-merta.16. Murid-murid tidak dibenarkan
membawa MAKANANTIDAK HALAL ke dalam bilik masakan.

You might also like