You are on page 1of 1

Novel yang saya kaji semasa di tingkatan tiga iaitu novel Justeru Impian di

Jaring karya Zaid Akhtar. Terdapat beberapa latar masyarakat yang boleh didapati di
dalam novel ini.

Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang sentiasa ingat akan
pesanan. Contohnya , Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar
memberi sumbangan kepada bangsa dan negara. Selain itu, arwah ayahnya juga
berpesan agar Syahir sentiasa memelihara syariat Islam dalam bersukan. Oleh hal yang
demikian, Syahir merupakan satu-satunya pemain lelaki yang menutup aurat di
gelanggang.

Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bersikap pilih kasih. Sebagai
contoh, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas
dalam apa-apa jua tindakan. Hal ini juga jelas memaparkan bahawa Engku Aiman
bersikap pilih kasih kerana beliau sering mengkritik Syahir semasa Syahir sedang
berlatih.

Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat yang tidak mudah berputus
asa. Misalnya, Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton
walaupun telah tersingkir daripada senarai nama skuad kebangsaan yang akan
menyertai Kejohanan Antarabangsa di Jakarta. Selain itu, Syahir juga tabah
meneruskan latihan walaupun sering diejek dan disindir oleh Syed Amiri.

You might also like