You are on page 1of 4

Binaan plot merupakan elemen penting sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang anda


telah kaji,huraikan tiga binaan plot yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji di tingkatan tiga ialah novel Justeru Impian Di Jaring karya Zaid
Akhtar.Terdapat beberapa binaan plot dalam novel tersebut.

Binaan plot yang pertama ialah permulaan.Hal ini dapat dibuktikan apabila Syahir
diberitahu bahawa dia terpaksa menyertai kejohanan Terbuka Johor.Peraturan dan kehendak
Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia (PBSM) mewajibkan dia dan pemain lain menyertai
kejohanan tersebut adalah untuk menentukan sama ada mereka layak mewakili negara ke
Jakarta atau tidak.

Seterusnya,binaan plot yang kedua ialah perkembangan.Hal ini dapat dibuktikan apabila
selepas solat Maghrib,Syahir baru menyedari ada tiga panggilan yang tidak terjawab daripada
Wan Najlah.Namun,Syahir tidak sempat menghubunginya semula kerana latihan sesi malam
akan bermula.

Selain itu,binaan plot yang ketiga ialah klimaks.Hal ini dapat dibuktikan apabila Syahir
berjaya menumpaskan Andri Minarwan.Syahir berlari lantas melompat dan memeluk Haji
Marzuki dan Mas Suparman yang kegirangan di tepi gelanggang.Teman-temannya juga
meluru untuk memeluk Syahir.Semasa penyamapaian hadiah,kesakitan di bahagian bawah
kanan abdomen Syahir tiba-tiba menyengat lagi.Syahir hilang suara dan daya imbangan.

Akhir sekali,binaan plot yang terakhir ialah peleraian.Hal ini dapat dibuktikan apabila
Syahir telah disahkan menghidap Apendisitis atau radang apendiks dan telah dibedah di
Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia.Di Malaysia,Syahir ke hospital untuk menemui
emaknya.Syahir berazam mahu mewakili negara ke Sukan Olimpik.

Huraikan tiga nilai beserta contoh peristiwa yang terdapat pada perwatakan watak
utama dalam novel yang anda telah kaji.

Novel yang saya kaji di tingkatan tiga ialah novel Justeru Impian di Jaring karya Zaid
Akhtar.Terdapat tiga nilai yang ada pada perwatakan watak utama iaitu Syahir.

Nilai yang pertama ialah nilai kasih sayang.Hal ini dapat dibuktikan apabila Syahir sayang
akan ibunya dan Syahir berasa sangat bimbang akan keadaan kesihatan ibunya.
Di samping itu,nilai yang kedua ialah nilai keberanian.Hal ini dapat dibuktikan apabila
Syahir berani mengambil cabaran untuk mewakili negara bagi menggantikan Gopinath
walaupun dia tahu bahawa dia tidak disukai oleh Engku Aiman dan Syed Amiri.

Akhir sekali,nilai yang ketiga ialah nilai patriotisme.Hal ini dapat dibuktikan apabila Syahir
menggalas cabaran sebagai pemain badminton negara dalam pertandingan badminton dunia
walaupun ibunya sedang sakit tetapi dia tetap berjuang demi negara tercinta.

Jelaskan tiga perwatakan watak utama yang anda rasakan menarik dalam novel
yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji di tingkatan tiga ialah novel Justeru Impian di Jaring karya Zaid
Akhtar.Terdapat tiga perwatakan watak utama iaitu Syahir yang saya rasa menarik dalam
novel tersebut.

Perwatakan watak utama yang pertama ialah seorang yang penyayang.Hal ini dapat
dibuktikan apabila Syahir sayang akan ibunya dan dia bimbang akan keadaan kesihatan
ibunya.

Seterusnya,perwatakan watak utama yang kedua ialah seorang yang berani.Hal ini dapat
dibuktikan apabila Syahir berani mengambil cabaran untuk mewakili negara bagi
menggantikan Gopinath walaupun dia tahu bahawa dai tidak disukai oeh Syed Amiri dan
Engku Aiman.

Akhir sekali,perwatakan watak utama yang ketiga ialah seorang yang cinta akan negara.Hal
ini dapat dibuktikan apabila Syahir menggalas cabaran sebagai pemain badminton negara
walaupun pada ketika itu ibunya sedang sakit tetapi dia tetap berjuang demi negara yang
tercinta.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji,nyatakan tiga pengajaran beserta contoh
yang sesuai.

Novel yang saya kaji di tingkatan tiga ialah novel Justeru Impian di Jaring karya Zaid
Akhtar.Terdapat tiga pengajaran dalam novel tersebut.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah berani mengemukakan pendapat.Hal ini dapat
dibuktikan apabila Syahir berani mengemukakan pendapatnya bahawa dia tidak bersetuju
dengan tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan ranking dunia dalam pemilihan
pemain ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta sebaliknya pemilihan dibuat
berdasarkan prestasi semasa kejohanan Terbuka Johor.

Selain itu,pengajaran yang kedua ialah kita mestilah berpendirian tetap dalam melakukan
sesuatu.Hal ini dapat dibuktikan apabila Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup
aurat semasa bermain badminton walaupun ada sesetengah pihak yang mengkritik
tindakannya dan melabelkannya sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari
hulu’,namun Syahir tetap berpegang pada prinsipnya itu.

Akhir sekali,pengajaran yang ketiga ialah kita janganlah memandang rendah terhadap orang
lain.Hal ni dapat dibuktikan apabila Engku Aiman dan Syed Amiri memandang rendah akan
keupayaan Syahir untuk melangkahkan kaki ke kejohanan dunia di Jakarta.Semasa Syahir
dipilih untuk menggantikan Gopinath,Syed Amiri telah menyindir dan menyuruh Syahir
membuat sujud syukur atas pemilihannya.

You might also like