You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH


SK YAACOB LATIF 1 2019

1. UMUM KETIBAAN VIP

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berusaha, Tuan Haji Barudin bin Seradi, Guru Besar SK Yaacob Latif 1,

Yang Dihormati, Sarjan Mohd Azmir bin Mustafa,


Pegawai Perhubungan Sekolah, PD Cheras,

Yang Dihormati,
Koperal Mohd Ghazali bin Hasan, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah,
IPD Cheras,

Yang Dihormati, Puan.....


Yang Di Pertua PIBG, SK Yaacob Latif 1,

Dengan diiringi barisan pentadbir SK Yaacob Latif 1.

2. UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Indah berbalam si awan petang,


Berarak megah di tanjung bidara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha, Tuan Haji Barudin bin Seradi, Guru Besar SK Yaacob Latif 1,

Yang Dihormati, Sarjan Mohd Azmir bin Mustafa, Pegawai Perhubungan


Sekolah, IPD Cheras

Yang Dihormati, Koperal Mohd Ghazali bin Hasan, Penolong Pegawai


Perhubungan Sekolah, IPD Cheras,

Yang dihormati, Puan.... , Yang Di Pertua PIBG SK Yaacob Latif 1,

Yang dihormati, Encik Mohd Faizuddin bin Miswan, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, SK Yaacob Latif 1,

Puan Zakiah binti Osman, Penolong Kanan Kokurikulum SK Yaacob Latif 1,

Puan Norhayati binti MalikiPenolong Kanan Pendidikan Khas,

Barisan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Puji dan syukur ke hadrat ilahi di atas limpah dan kurnianya kita beroleh
kesihatan yang baik untuk berkumpul di Dewan SK Yaacob Latif 1 ini bagi
menjayakan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah
bagi tahun 2019.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, Program Jom Ke Sekolah ini merupakan


program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia dalam usaha untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku
murid.

3 BACAAN DOA

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana ditinting kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Muhammad
Maulidi bin Abdullah bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
..........................

Amin ya rabbal a'lamin.


Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Muhammad Maulidi di atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

4 NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU WILAYAH & LAGU SEKOLAH

Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah
Persekutuan dan lagu Sekolah.
Hadirin diminta berdiri.

5 IKRAR RUKUN NEGARA

Majlis seterusnya mempersilakan, Megat Muhammad Muaz bin Mohd Taib,


Ketua Pengawas SK Yaacob Latif 1 2019 bagi memimpin bacaan Ikrar Rukun
Negara.
Majlis mempersilakan.
................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Megat Muhammad Muaz di


atas pimpinan ikrar itu tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.


5 BACAAN TEKS PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian,
Tanpa membuang masa, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
Sarjan Mohd Azmir bin Mustafa selaku Pegawai Perhubungan Sekolah untuk
membacakan perutusan Polis Diraja Malaysia.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Sarjan Muhammad Azmir di


atas bacaan perutusan itu tadi.

6 BACAAN TEKS PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selasih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Haji Barudin bin Seradi selaku Guru
Besar SK Yaacob Latif 1 bagi membacakan perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih buat Tuan Haji Barudin di atas
bacaan perutusan itu tadi.

7 PELANCARAN PAPAN KENYATAAN PPS

Hadirin sekalian,
Majlis seterusnya mempersilakan Sarjan Muhammad Azmir bin Mustafa dan
Tuan Haji Barudin bin Seradi untuk menurunkan tanda tangan pada Papan
Kenyataan PPS sebagai simbolik pelancaran Papan Kenyataan PPS dan
sekaligus merasmikan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


.......
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat Sarjan Muhammad Azmir
dan Tuan Haji Barudin kerana sudi untuk melancarkan Papan Kenyataan dan
merasmikan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM ini. Semoga hubungan
yang terjalin ini dapat membantu menangani masalah disiplin dan seterusnya
menyumbang kepada kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid
yang terpuji.
8 MAJLIS BERSURAI

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Dengan berakhirnya upacara pelancaran itu tadi, maka berakhirlah Majlis


Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah ini. Semoga
kedua-dua belah pihak dapat bersama-sama menggembleng tenaga dan
bekerjasama dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan murid-murid
sekolah dan seterusnya membantu meningkatkan kecemerlangan dan
kemenjadian murid sebagai insan kamil.

Sekian, wasalam.

You might also like