You are on page 1of 11

REKREASI DAN PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENGENALAN

Aktiviti sukan adalah salah satu aktiviti yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta
memerlukan tenaga yang banyak. Manakala, aktiviti rekreasi adalah kegiatan yang dapat
menyegarkan kembali kesihatan individu serta boleh melapangkan fikiran. Berdasarkan kajian
yang dijalankan, didapati aktiviti rekreasi atau senaman lebih diminati berbanding sukan. (Sumber:
Kementerian Belia dan Sukan)

Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi amat digalakkan di samping
memberi faedah-faedah yang membantu dalam kehidupan mereka nanti. Individu berkeperluan
khas mengikut Abdullah Yusof et al. (2006) terdiri daripada lapan kategori iaitu kurang upaya
fizikal dan kesihatan, kurang upaya pembelajaran, gangguan emosi dan tingkahlaku, pintar cerdas,
kurang upaya mental, kurang upaya petuturan atau bahasa, kurang upaya penglihatan dan kurang
upaya pendengaran.

Aktiviti rekreasi bukanlah satu konsep yang terpisah dari kurikulum pendidikan. Ia
sebenarnya aktiviti amali sebagai lanjutan daripada matapelajaran di dalam bilik darjah.
Pengetahuan mata pelajaran diintegrasikan dalam aktiviti praktikal secara menjalani gerak kerja
dalam bentuk gunaan ( applied ). Dengan kata lain, aktiviti rekreasi mempunyai berbagai jenis
aktiviti yang dapat dijadikan sumber pendidikan yang bermatlamatkan kesuburan optimum
individu. Antara aktiviti rekreasi yang sesuai dilakukan oleh murid berkeperluan khas ialah
sukaneka, perkhemahan, aktiviti kecergasan fizikal, kembara hutan, senamrobik, bowling, berkuda,
berenang, latihan dalam kumpulan dan sebagainya.

Oleh itu penglibatan, murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi sangatlah
digalakkan kerana mendatangkan pelbagai faedah kepada pekembangan kognitif, emosi, sahsiah,
bahasa, dan sosial murid-murid berkeperluan khas ini.

2.0 DEFINISI

Istilah rekreasi berasal dari perkataan Latin, recreatio yang bermaksud menyegarkan. Rekreasi
dianggap sebagai masa untuk melakukan aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Rekreasi
juga merupakan aktiviti yang dapat merehatkan manusia dari kerja. Ia berkaitan dengan
perkataan Latin, re-creare, yang bererti membuat ulang, yang membawa maksud kegiatan yang
dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang.
Menurut salah satu artikel yang dikarang oleh Karen Depauw (2009) , dalam buku yang
bertajuk Disability and youth sport, beliau membincangkan mengenai aktiviti rekreasi dan sukan
telah bertempat sejak zaman dahulu lagi. Aktiviti rekreasi ini boleh dilakukan oleh pelbagai
peringkat umur dan sebahagian besar aktiviti ini melibatkan senaman fizikal, dan banyak
melibatkan pergerakan termasuk dalam pendidikan jasmani, terapi dan aktiviti bersukan.
Menurut Collins Australian Pocket English Dictionary, rekreasi bermaksud sebarang
bentuk permainan atau aktiviti yang digunakan bagi tujuan menyegarkan kembali badan dan
aktiviti minda. Menurut Grant Cushman dan Allan Laidler (1990) pula , rekreasi boleh dianggap
sebagai satu aktiviti lapang yang menyeronokkan dan dinikmati yang dilihat juga sebagai salah
satu aspek bagi tujuan pembentukan institusi sosial.
Menurut artikel yang ditulis oleh Hayley fitzgerald (2009) dalam bukunya yang
bertajuk Disability and youth sport, beliau membincangkan mengenai kehidupan sosial murid
berkeperluan khas berkembang semakin baik dari tahun ke tahun. Ini kerana, telah wujud satu
kesedaran mengenai kurikulum yang sepatutnya dilaksanakan kepada mereka setaraf dengan
pelajar yang normal. Namun begitu, walaupun perkembangan positif telah dikesan dalam hal ini,
tidak semua murid berkeperluan khas menikmati perkembangan dan diterap kedalam aktiviti-
aktiviti rekreasi, oleh itu, golongan murid ini kekal menjadi orang asing didalam masyarakat dan
kehidupan sosial mereka tidak berkembang (Filmer, 2005; Watermeyer et. al, 2006; Loeb et. Al.
2008).
Menurut Salleh Aman (2004) Rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif)
sama ada bentuk riadah bersifat aktif atau santai bersifat pasif. Manakala menurut Abu Bakar
Yang (2001) Rekreasi meliputi berbagai-bagai aktiviti yang selalu dilakukan oleh anggota
masyarakat pada masa lapang seperti bersukan, bermain, mendengar muzik, melukis, bersiar-siar,
bercuti dan sebagainya.
Menurut Meyer & Brightbill (1956), rekreasi membawa maksud aktiviti yang dijalankan
di waktu lapang dan dimotivasikan oleh kepuasan yang dicapai daripadanya. Aktiviti rekreasi
lazimnya dijalankan dengan mengambil masa yang lama. Oleh itu,ia memerlukan waktu lapang
agar aktiviti lain tidak terganggu olehnya. Kepuasan yang dicapai melalui aktiviti rekreasi ini
bermaksud, apabila seseorang melaksanakan aktiviti rekreasi berbentuk pertandingan sebagai
contoh, apabila beliau menang dalam pertandingan tersebut, satu kepuasan akan dicapai.
Oleh itu, boleh disimpulkan aktiviti rekreasi ialah aktiviti bagi mengisi masa lapang.
Aktiviti ini dilakukan untuk mendapat keseronokan, kepuasan, ketenangan minda dan merehatkan
badan. Ianya merupakan aktiviti yang menghiburkan selain daripada pekerjaan, melengkapkan
tenaga untuk kerja atau sesuatu yang positif dan diterima oleh masyarakat sebagai pengalaman.
Aktiviti yang dipilih adalah secara sukarela dan penglibatannya terserah pada individu. Dalam
aktiviti rekreasi tidak ada peraturan tertentu, maka aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan
diberhentikan pada bila-bila masa dan ianya dalam bentuk sejagat.
3.0 JENIS REKREASI

Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif.

3.1 Rekreasi aktif

Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu, kebaikan dan sumbangannya terhadap gaya
hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan pergerkan yang cergas untuk
memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senaman aktiviti
sukan dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih segar
3.2 Rekreasi pasif

Rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan tidak memerluakn tenaga yang banyak. Rekreasi
pasif berupaya membantu murid-murid berkeperluan khas menghilangkan tekanan dan rasa bosan.
Antara aktiviti yang tergolong dalam rekreasi ini ialah mendengar muzik, dan bersiar-siar.

4.0 AKTIVITI REKREASI

Terdapat beberapa aktiviti yang sesuai dilakukan ketika melakukan aktiviti rekreasi yang
melibatkan murid berkeperluan khas antaranya ialah

PERKHEMAHAN
Borhanudin Abdullah et. al (2006). Salah satu kegiatan rekreasi yang sering dijalankan ialah
perkhemahan. Rekreasi bagi individu berkeperluan khas dapat mendedahkan diri dengan
pengalaman baru dan menyeronokkan. Individu berkeperluan khas mengikut Abdullah Yusof et
al. (2006) terdiri daripada lapan kategori iaitu kurang upaya fizikal dan kesihatan, kurang upaya
pembelajaran, gangguan emosi dan tingkahlaku, pintar cerdas, kurang upaya mental, kurang upaya
petuturan atau bahasa, kurang upaya penglihatan dan kurang upaya pendengaran. Rekreasi luar
seperti perkhemahan pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar
daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan, Richard G. Kraus (1995).
Ianya merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai
aktiviti seperti, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan. Dalam dunia pendidikan
ia disifatkan sebagai merentas kurikulum.

SUKANEKA
Aktiviti ini boleh membentuk kecederasan kanak-kanak ini. Mereka akan lebih bersifat aktif
dengan fizikal yang kuat dan sihat.Mereka akan berasa seronok dengan aktiviti ini. Sukaneka
ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tunjang perkembangan fizikal
dan kesihatan. Aktiviti ini juga dilakukan oleh kebiasaan kanak-kanak untuk bermain, berseronok
dan mengisi masa lapang. Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, bermain bukan sahaja
menyeronokkan malah terapeutik. Mengikut terjemahan Kirk (1993), kanak- kanak berkeperluan
khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dari segi
kognitif, keupayaan deria, ciri-ciri fizikal, tingkah laku sosial dan emosi, keupayaan komunikasi
dan pelbagai lagi. Sebenarnya, bermain merupakan salah satu bentuk terapi yang digunakan oleh
pakar tertentu untuk berinteraksi dengan kanak-kanak ini serta membantu mereka meluahkan
perasaan dan emosi. Walaupun mereka mungkin tidak bersedia untuk bermain, namun mereka
perlu bermain untuk mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus serta perkembangan deria
mereka.

MERENTAS HALANGAN
Aktiviti merentas halangan ini merupakan aktiviti yang agak mencabar. Ia melibatkan kekuatan
dan ketahanan mental dan fizikal. Selain itu aktiviti ini penting bagi membentuk kecergasan
seseorang individu serta semangat kerjasama dalam menjalankan aktiviti. Kebiasaanya aktiviti ini
dijalankan secara latihan individu dan berkumpulan yang mana mereka perlu melepasi setiap
halangan yang dibentuk iaitu sekurang-kurangnya 7 halangan. Contoh aktiviti halangan ini adalah
seperti memanjat tembok, bergayut, merangkak bawah dawai duri, titi goyang dan berbagai lagi.

LATIHAN DALAM KUMPULAN(LDK)


Antara aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti LDK adalah aktiviti berkumpulan dalam
melaksanakan sesuatu permainan dan kegiatan di bawah penyeliaan dan bimbingan seorang
pemudah-cara atau fasilitator. Aktiviti LDK ini boleh melatih kanak-kanak berkerja dalam
kumpulan dengan saling bantu membantu, tolong menolong dan berani mengeluarkan pendapat.
Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan pendidikan mengenai sesuatu
isu, membina jatidiri dan keyakinan kepada pelajar untuk mengeluarkan pendapat dan idea.

AKTIVITI KECERGASAN FIZIKAL


Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa
merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Kekurangan
aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat
dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah
jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. (Falls , 1980).
Aktiviti fizikal ini termasuklah duduk, bangun, berjalan, melompat , berlari, mendaki dan lain-lain
lagi.Antara contohnya ialah seperti aktiviti senamrobik, merentas halangan dan mendaki gunung .
Aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran motor kasar murid berkeperluan khas. Contoh aktiviti
ini adalah senamrobik, jogging, latihan jeda dan lain-lain lagi.

KEMBARA HUTAN
Aktiviti ini melatih kanak-kanak mematuhi arahan yang diberi. Mereka juga dilatih untuk
mempunyai ketahanan diri dan fizikal serta mental. Aktiviti kembara ini melibatkan aktiviti
berjalan atau pergerakan secara individu dan berkumpulan. Ia biasanya mempunyai matlamat
tertentu di akhir aktiviti ini. Ia juga perlu melepasi sesuatu halangan serta mencari sesuatu dalam
mengikuti arahan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini biasanya menekankan konsep aplikasi
pengalaman dan pengetahuan serta kerjasama dalam kumpulan. Contoh aktiviti ini adalah mendaki
bukit atau gunung atau ekspedisi pendakian dan ekspedisi berbasikal.

MALAM PERSEMBAHAN ATAU MALAM KEBUDAYAAN


Aktiviti ini dapat mengembangkan kebolehan murid disamping menonjolkan bakat kanak-kanak.
Mereka juga dilatih bersikap berani berhadapan dengan orang ramai atau penonton. Mengikis
sikap malu dan membentuk keyakinan diri.

AKTIVITI KRAFTANGAN
Melatih murid belajar sesuatu kemahiran yang berguna untuk mereka. Disamping membentuk
minat aktiviti ini juga memdidik sikap tekun kepada mereka. Mereka akan lebih besifat sabar dan
teliti dalam melakukan sesuatu kerja.

KEPENTINGAN REKREASI DALAM PEMBANGUNAN DOMAIN PSIKOMOTOR,


KOGNITIF DAN MURID PENDIDIKAN KHAS
7.1 ASPEK KOGNITIF

Rekreasi adalah penting dalam pembangunan kognitif yang melibatkan beberapa aspek penting
seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata
lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen
penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Hal ini demikian
kerana rekreasi berperanan dalam membimbing kemhairan kognitif murid menginterprestasikan
kemahiran mereka dalam pelaksanaan aktiviti.

7.2 ASPEK PSIKOMOTOR

Apek psikomotor menumpukan kepada kuantiti pergerakan yang dipamerkan. Psikomotor ini
melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatn, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot,
ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Ini bermakna kesesuaian aspek ini perlu difokus untuk
meningkatla kemahiran ini kepada murid berkeperluan khas.

7.3 ASPEK AFEKTIF

Matlamat utama yang diingini dalam aktiviti rekreasi luar seperti perkhemahan biasanya tertumpu
kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan
sikap, emosi, apresiasi, nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial melibatkan interaksi
dan corak komunikasi dengan orang lain. Seperti yang kita sedia maklum, sebahagian daripada
murid berkeperluan khas menghadapi masalah dalam aspek ini. Keadaan ini akan memberikan
kesan yang besar kepada mereka apabila mereka tamat persekolahan. Hal ini demikian kerana,
tanpa kemahiran komunikasi yang baik mereka sukar utnuk emndapatkan pekerjaan dan
berinteraksi dengan orang ramai.

8 FAEDAH AKTIVITI REKREASI

Terdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama dalam
Falsafah Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Aktiviti rekreasi
berupaya menyediakan murid berkeperluan khas komponen-komponen ini. Faedah-faedah
tersebut dibahagikan kepada beberapa aspek antaranya

8.1 FIZIKAL

 Melahirkan murid yang cergas dan sihat


Murid yang sering terlibat dengan aktiviti fizikal dapat menjadi sihat berbanding rakan-rakannya
yang lain. Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan pemikiran mereka dengan melakukan
aktiviti yang melibatkan penggunaan aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Selain itu,
pengeluaran toksik dalam badan juga berlaku yang boleh memberi kesan kepada pelajar untuk
menjadi lebih sihat. Pengeluaran toksik berlaku melalui peluh yang keluar daripada badan apabila
melakukan aktiviti rekreasi seperti sukaneka dan bersenam. Dengan ini murid akan berasa lebih
cergas dan menjadi lebih proaktif di dalam kelas di samping membantu meningkatkan jangka hayat
murid berkeperluan khas,

 Meningkatkan kemahiran motor halus


Kanak-kanak berkeperluan khas ini berpeluang mengembangkan kemahiran psikomotor dan
meningkatkan gerak kerja semasa aktiviti bersama. Melalui aktiviti seperti yang dilakukan dalam
Latihan dalam Kumpulan(LDK) memerlukan kemahiran motor halus seperti menggunting,
melukis dan mewarna. Selain itu, timbul sifat bekerjasama dan tologn menolong dalam
menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.

 Meningkatkan kemahiran motor kasar


Bagi kemahiran psikomotor kasar seperti melakukan aktiviti senaman pagi, bersukan, membina
khemah, jungle treaking juga memerlukan semangat berpasukan yang tinggi, Mereka perlu saling
bersefahaman agar aktiviti tersebut mudah dilakukan.Keadaan ini memerlukan pengurusan diri di
dalam kumpulan hendaklah cekap, di mana pengurusan masa berkait rapat dengan pengurusan diri

 Membantu mengurangkan penyakit kronik


Selain itu, melalui aktiviti ini juga, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik
seperti diabetes, penyakit jantung dan osteoporosis. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk mengidap penyakit-penyakit kronik seperti ini. Aktivi-aktiviti
rekreasi yang bersifat fizikal seperti berjalan, berenang dan berbasikal mungkin dapat
mengurangkan risiko bagi mereka mendapat penyakit ini.

 Meningkatkan sistem imunisasi badan


Melalui aktiviti rekreasi juga, mereka dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Kajian
menunjukkan perubahan yang positif terjadi kepada sistem imunisasi apabila melakukan aktiviti
fizikal yang ringan. Walaupun sistem imunisasi akan kembali kepada paras normal dikemudian
hari, tetapi ia telah terbukti bahawa pada setiap sesi aktiviti rekreasi, sistem imunisasi akan
meningkat dan meningkatkan pertahanan terhadap penyakit kemudian (Nieman, 2001)
 Membina kebolehan mental dan fizikal
Apabila menjalankan aktiviti rekreasi seperti berkuda, berenang, berkhemah dapat memberi
pengalaman baru kepada murid berkeperluan khas ini dalam membina kekuatan otot seta
ketahanan badan, imbangan, koordinasi, fleksibiliti , posisi badan serta ketangkasan murid –murid
ini.

8.2 SOSIAL

 Memberikan perasaan selamat dan diterima dalam masyarakat


Melalui penglibatan dalam acara-acara seperti rombongan, pesta-pesta, pertunjukan, perarakan
dan sebagainya, ahli masyarakat setempat dan masyarakat keseluruhannya dapat menanamkan
sikap perpaduan yang boleh menghilangkan halangan-halangan sosial seperi kelas sosial dan
perbezaan darjat. Sebaliknya, semua itu digantikan dengan rasa penerimaan terhadap kekurangan
golongan ini dan membuatkan mereka berasa diri diterima. Perkara ini menyebabkan mereka tidak
gusar untuk ikut serta dalam aktiviti rekreasi yang diadakan oleh masyarakat.

 Menggalakkan interaksi sosial


Dengan melakukan aktiviti rekreasi pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi
mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih
baik. Dengan ini pelajar dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan
mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasama dan
bertoleransi dalam sesuatu aktiviti rekreasi.

 Merapatkan hubungan dengan anggota keluarga


Rekreasi juga boleh memberikan kesan kepada individu yang kemudiannya memberikan kesan
kepada orang lain di sekelilingnya pula. Kesan rekreasi kepada pertalian antara anggota keluarga
yang berekreasi bersama-sama adalah tidak dapat dinafikan. Melakukan sesuatu bersama-sama,
seperti menyediakan makanan untuk berkelah dan mendirikan khemah boleh merapatkan
hubungan antara anggota keluarga.

 Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak berekreasi golongan berkeperluan khas


Masyarakat perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan kanak-kanak berkeperluan khas
terlibat dalam aktiviti rekreasi. Melalui cara ini , masyarakat dan kanak-kanak ini akan dapat
merasai pengalaman yang positif bersama-sama melalui aktiviti seperti berkhemah, berkelah,
bersukan dan sebagainya.

 Kanak-kanak berkeperluan khas diberi hak yang sama untuk berekreasi


Melalui aktitiviti rekreasi, timbul kesedaran dalam diri orang ramai mengenai hak individu yang
berkeperluan khas untuk sama-sama terlibat secara aktif bersama masyarakat dan tidak ketinggalan.
Penglibatan murid yang normal dan murid berkeperluan khas dalam satu aktiviti rekreasi yang
memerlukan mereka berkerjasama dapat membantu individu yang berkeperluan khas untuk lebih
fokus kepada minat mereka dalam aktiviti rekreasi tersebut berbanding kekurangupayaan yang
dihadapi ( Mahon et al, 2000). Hubungan baik yang terbentuk serta kesedaran dalam diri
masyarakat kepada hak murid berkeperluan khas dalam menyertai aktiviti rekreasi, membolehkan
mereka menjalani kehidupan seperti murid yang normal.

 Dapat mengikis pandangan masyarakat bahawa kanak-kanak berkeperluan khas tidak perlukan
rekreasi
Apabila pelajar beerkeprluan khas terlibat aktif dalam aktiviti rekreasi maka dapat mengikis
tanggapan bahawa kekurangan yang dialami oleh kanak-kanak khas menyebabkan mereka tidak
boleh melakukan apa-apa aktiviti rekreasi. Contoh seperti kemabaran hutan dan sebagainya.

8.3 SAHSIAH

 Melatih kemahiran membuat keputusan berdasarkan situasi dan pengalaman


Aktiviti rekreasi dapat memperkayakan pengalaman pendidikan dan memupuk minat para pelajar
supaya memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Jika pelajar ditempatkan dalam satu alam
sekitar yang semulajadi tanpa kongkongan, mereka dapat mencapai objektif pendidikan dengan
mudah. Proses pembelajaran akan meningkat dan mental, fizikal, sosial dan emosi mereka turut
berkembang. Kelakuan ini menepati teori Rousseau yang menyatakan bahawa ramai remaja bagi
setiap kaum akan dapat mempelajari sesuatu dengan berkesan dalam satu alam sekeliling yang
berkesan dan semulajadi.

 Menimbulkan perasaan seronok dan gembira

Aktiviti yang dilaksanakan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk meluahkan
perasaan, mengurangkan tekanan, menambah keyakinanan diri, bersedia menerima risiko,
bersemngat dan berani.Contohnya apabila mereka menjalankan aktiviti seperti kembara hutan.
Selain itu mereka meresa bangga akan pencapaian dalam aktiviti tersebut sekaligus meningkatkan
perasaan seronok untuk menyertai semula aktiviti rekreasi tersebut.

 Memupuk semangat kesukanan

Selaras dengan hasrat kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan, maka wajarlah digalakkan penyertaan
aktiviti rekreasi untuk pelajar berkeperluan khas ini.. Walaubagaimanapun harus dipastikan
dahulu aktiviti fizikal atau sukan yang ingin dilakukan tidaka akan membahayakan murid ini.
Antara aktiviti yang sesuai adalah berkuda, bowling dan berenang. Hal ini kerana aktiviti ini juga
memberi terapi kepada perkembangan fizikal pelajar.

 Membina moral yang positif


Program-program yang dilaksanakan banyak memberi impak yang positif kepada murid
berkeperluan khas ini. Antaranya meningkatkan nilai moral yang baik seperti kerjasama, tolak
ansur, dan berani. Contohnya menjalankan aktiviti sukaneka , perkhemahan, kembara hutan
semuanya mengandungi nilai yang positif.

 Membina keyakinan diri dan penghargaan kendiri


Selain dari meringankan tekanan yang dihadapi oleh mereka, aktiviti rekreasi juga dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka. Hal ini terbukti melalui kenyataan oleh Frank & Gustafon
(2001), aktiviti fizikal secara konsisten dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Hal ini
penting dalam konteks murid berkeperluan khas kerana apabila mereka dapat meningkatkan
sesuatu kemahiran mereka pada tahap tertentu serta berjaya dalam sesuatu aktiviti rekreasi,
mereka akan membina keyakinan diri mereka dimana ia akan mempengaruhi kehidupan mereka
dari segi cara mereka bekerja dan hubungan mereka dengan keluarga dan masyarakat.

 Meingkatkan pengetahuan dan kemahiran memimpin


Apabila mereka menjalankan aktiviti rekreasi yang melibatkan Latihan dalam Kumpulan secara
tidak lansung akan ada yang dipilih menjadi ketua. Jadi dengan adanya aktiviti ini dapat
memberikan pengalaman kepada murid cara mempimpin sesebuah kumpulan. Sekaligua
pengetahuan sebagai seorang pemimpin dapata diterapkan dalam kalangan murid berkeperluan
khas ini.

 Memupuk sikap menjaga kesihatan


Selepas setiap aktiviti dilakukan lazimnya murid-murid berkeperluan khas akan diajar untuk
membersihkan diri seperti mencuci tangan, mandi, menggosok gigi , menyikat rambut dan lain
lagi. Mereka juga akan dibimbing untuk membasuh pakaian sendiri.

8.4 EMOSI

 Mengurangkan tekanan murid berkeperluan khas


Pembelajaran di sekolah boleh menjadi satu perkara yang membebankan kepada murid
berkeperluan khas kerana mereka menghadapi masalah untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajran yang dijalankan di dalam kelas. Murid-murid akan berasa tertekan dengan latihan dan
tugasan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, aktiviti yang dilaksanakan boleh membantu murid
berkeperluan khas unutk mengatasi tekanan dengan melakukan aktiviti yang menyeromokan
seperti membuat kraftangan dan menyanyi.

 Mengikis perasaan malu


Ssesetengah murid khas malu hendak melakukan aktiviti seperti melompat, berlari kerana kurang
keyakinan dan khuatir diketawakan rakan. Dengan adanya sokongan, layanan yang mesra daripada
guru, fasilitator dan rakan-rakan maka dapat mengelakkan rasa rendah diri kerana kekurangan
yang dihadapi.

 Melatih untuk rasa bertenang


Murid berkeperluan khas yang menghadapi masalah ADHD dan tingkahlaku biasanya huru –
harakan keadaan . Melalui penglibatan aktif murid ini dalam aktiviti rekreasi sekaligus membawa
mereka untuk melupakan segala peristiwa yang berlaku. Selain itu melalui aktiviti rekreasi ini juga
dapat menepati masa dan sabar kerana harus menunggu giliran basuh pinggan sama juga sewaktu
mengambil makanan.

 Mengelak daripada rasa disisihkan


Apabila murid-murid berkeperluan khas ini menjalankan aktiviti rekreasi seperti latihan dalam
kumpulan mereka akan dibahagikan kumpulan secara rawak. Disebabkan itu dalam satu kumpulan
akan ada murid yang berbeza, latar belakang, jantina dan etnik. Selain tiu jika libatkan murid
tipikal dalam kumpulan dan mereka dapat bekerjasama dengan baik maka dapat mengelakkan rasa
disisihkan dalam masyarakat. Contohnya murid Sindrom Down terkenal dengan sifat mudah mesra
jadi jika murid tipikal dapat menerima mereka dengan ikhlas maka perasaan yakin diri mula
berkembang di dalam diri murid berkeperluan khas.

 Membantu menstabilkan emosi

Apabila seseorang pelajar sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, pelajar tersebut akan dapat
mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana pelajar dapat berfikir dengan tenang dan
menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu pelajar tersebut tidak akan banyak
menimbulkan masalah di sekolah.

8.5 BAHASA

 Meningkat kemahiran berkomunikasi


Murid-murid berkeperluan khas menghadapi masalah dalam bersosial dan berkomunikasi. Dengan
adanya aktiviti rekreasi dapat membantu mereka untuk mengembangkan kemahiran komunikasi
tersebut kerana mereka perlu bekerjasama dan saling bertanya sesame ahli kumpulan dan
fasilitator aktiviti. Oleh itu Fasilitator perlu memainkan peranan dalam menggerakan proses
komunikasi murid berkeperluan khas ini.

 Meningkatkan kemahiran bahasa


Sebahagian murid berkeperluan khas mengalami keadaan sukar dalam menghasilkan perkataan
untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan . Antara masalah
yang dihadapi ialah sengau dan gagap. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk memahami
apa yang disampaikan oleh orang yang bertutur. Sewaktu menjalani aktiviti rekreasi kemahiran
komunikasi diperlukan dalam kumpulan, jadi perlunya kerjasama semua ahli kumpulan untuk
bersama menyumbang idea dan pendapat. Fasilitator bermain peranan dalam sentiasa
berkomunikasi dengan murid ini supaya mereka berani untuk bertutur. Menurut teori pembelajaran
bahasa behavioris , murid-murid perlukan ransangan dan belajar daripada pemerhatian. Jadi
dengan mengikuti aktiviti rekreasi mereka dapat kenal dengan orang sekeliling dan menangkis rasa
malu yang hadir dalam diri atas kekurang yang dihadapi.

9 KESIMPULAN

Menurut Holah (2005), Freud, sebagai teori pembangunan psikologi kanak-kanak telah
menekankan bahawa dengan bermain, seseorang kanak-kanak itu akan menjadi lebih
bertanggungjawab dan belajar serta berusaha untuk mencapai matlamat yang diingini. Ini kerana
dalam sesuatu permainan terutamanya yang bersifat berkumpulan, terjalin kerjasama antara
individu untuk mencapai matlamat iaitu menang. Dalam kerjasama tersebut juga, sifat peneraju
atau kepimpinan akan terbentuk dalam diri segolongan kanak-kanak, manakala sikap penyokong
pula akan terbentuk dalam diri segolongan yang lain.

Aktiviti rekreasi yang dibina untuk golongan berkeperluan khas ini haruslah dirancang
supaya dapat memenuhi minat, kehendak dan kebolehan mereka. Disamping itu, dengan adanya
penyertaan murid berkeperluan khas ini memberi pelbagai faedah kepada golongan ini dalam
meneruskan kehidupan serta membantu mereka berdikari dalam kehidupan agar tidak bergantung
kepada orang lain di kemudian hari.

10 RUJUKAN
A.J. Veal. (1992). Definition of Leisure and Recreation. Australian Journal of Leisure and
Recreation. 44-48
N. Thomas & S. Andy. (2001). 1st Ed. Disability, Sport, and Society: An Introduction. New
York: Routledge Taylor & Francis Group
H. Fitzgerald. (2009). Disability and Youth Sport. New York: Routledge Taylor & Francis
Group.
R. Coleman & M. Chrisman. (2005). The Health and Social Bemefit of Recreation. California:
California State Parks.
Wan Norjihan Bt Wan Abdullah. Panduan Menjadi Fasilitator. PTS Publications Sdn Bhd.
Chek Mat . 2001. Pengurusan Rekreasi : Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributor
Sdn. Bhd.
Azilah Kasim, Raslinda Mohd. Ghazali. 2006. Kepentingan, Peranan, dan Isu-Isu
Pengurusan Rekreasi. Sintok. Penerbit UUM
Diane Nahl, Dania Bilal . 2007.Information and Emotion: The Emergent Affective Paradigm in
Information .Information Today Inc.
Manisah Mohd Ali, Mohd Mokhtar Bin Haji Tahar. 2010 . Kepentingan Rekreasi Kepada
Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Fakulti Pendidikan UKM.

Salehudin, J. 2009. Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds). Selangor: Karisma Publications.

You might also like