You are on page 1of 2

Program Intervensi awal adalah suatu pakej pendidikan yang merujuk kepada

perkhidmatan yang diberikan kepada bayi atau kanak-kanak yang mempunyai


ketidakupayaan.Tidak kira jenis ketidakupayaan apa sekali pun, misalnya: ketidakupayaan
pendengaran, penglihatan, pembelajaran dan ketidakupayaan fizikal. Semua ketidakupayaan
yg disebutkan perlukan intervensi awal dan ia juga perlu dilaksanakan seawal umur kanak-
kanak yakni dari awal kelahiran lagi.
Istilah intervensi awal juga didefinisikan sebagai suatu proses yg menyediakan
perkhidmatan, pelajaran untuk menyokong kanak-kanak khas yg telah didiagnosis
mempunyai ketidakupayaan mental dan fizikal serta kanak-kanak yg menghadapi
masalah atau terbantut dalam perkembangan mindanya.

Peranan ibu bapa dlm melibatkan diri dalam program Intervensi Awal

Secara umumnya tujuan intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan,
pendidikan, dan sokongan kepada kanak-kanak yg berisiko atau yg mengalami
kelambatan dlm perkembangan fizikal atau mental yg akan mempengaruhi
perkembangan pembelajaran. Dalam program intervensi awal ini, penglibatan ibu bapa
merupakan satu peranan penting yg lebih memberikan kesan positif terhadap anak tersebut.
Kajian mendapati anak yg menunjukkan kesan positif yg ketara disebabkan wujudnya
penglibatan ibu bapa sepanjang program intervensi dijalankan. Berbeza pula dengan anak yg
sering melakukan aktiviti program intervensi tanpa sokongan ibu bapa di mana mereka tiada
semangat untuk melakukannya.
Ibu bapa menjadi ikon penting kerana mereka adalah orang pertama yg dapat
merasakan terdapatnya perkembangan terbantut atau tertangguh pada anak mereka
sejak dari kecil lagi dan mereka jugalah yg sering berhadapan dgn t.laku negatif sepanjang
berada di rumah. Jadi, mereka mempunyai maklumat serba sedikit tentang perlakuan anak
mereka sebelum di hantar ke sekolah untuk menjalankan program intervensi awal ini.
Terdapat pelbagai peranan ibu bapa dlm melibatkan diri dlm program intervensi awal ini.
Antaranya ialah :

 Sebagai sumbangan maklumat - Tujuan sebenar pemberian maklumat daripada ibu bapa
adalah untuk pihak profesional terbabit mengetahui dan mendiagnosis masalah anak mereka
dan secara tidak langsung memberi beberapa panduan atau langkah pencegahan supaya anak
mereka tidak menjadi lebih teruk di kemudian hari.
 Mengukuhkan pembelajaran - Ibu bapa menjadi guru dengan meneruskan aktiviti
intervensi di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui apa yg dilakukan dan diajar kepada anaknya
pada hari tersebut. Maka, mereka dapat mengetahui bahawa samada aktiviti tersebut sesuai
atau tidak dengan jenis ketidakupayaan anak tersebut.
 Memberi sumbangan tenaga dan bahan - Ibu bapa turut memberi sumbangan tenaga dan
bahan kpd tempat program intervensi itu dijalankan. Terdapat pelbagai sumbangan antaranya
ialah dengan menyediakan alat bantu mengajar, mewujudkan persekitaran yg ceria di dalam
kelas. Selain itu juga, ibu bapa boleh menganjurkan lawatan atau perkhemahan bersama dgn
guru atau dgn ibu bapa murid berkeperluan khas yg lain.
 Mendapat maklumbalas drpd guru - Setelah tempoh program intervensi dilakukan
terhadap anak mereka, ibu bapa perlu mendapatkan maklumbalas dari guru berkaitan dgn
perubahan tingkah laku anaknya sepanjang berada di kelas. Tujuannya adalah untuk ibu bapa
mengetahui keberkesanan program intervensi tersebut dan membuat keputusan samada
program intervensi tersebut perlu diteruskan atau yidak. Selain itu, guru akan memberitahu
segala perkara berkaitan dgn perkembangan kanak-kanak tersebut hasil dari pemerhatiannya
di kelas.

Justeru, program intervensi awal ini perlu dberi perhatian oleh ibu bapa. Walaupun ia
dianggap remeh tetapi ia amat memberi kesan positif terhadap anak yang mengalami
pelbagai jenis ketidakupayaan. Jika ibu bapa peka dengan keadaan yg dialami oleh anak,
maka langkah pencegahan boleh dilaksanakan supaya ia tidak menjadi lebih teruk.

You might also like