You are on page 1of 8

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru kami yang banyak membantu kami
dalam melaksanakan folio matematik ini. Terima diucapkan kepada guru kami, En.
SAKRI BIN WAN HUSAIN kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam
melaksanakan kerja ini.Terima kasih juga kami ucapkan kepada ibubapa kami kerana
kerja-kerja ini memerlukan akal fikiran, tenaga serta wang mereka...Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana telah memberi kerja sama
dalam melasanakan kerja pembentangan kumpulan .
Laman web yang diberikan nama Kuasai Trigo ini dibangunkan bertujuan bagi memberi
pendedahan kepada pelajar mengenai mata pelajaran Matematik dimana kami memfokuskan
kepada topik Trigonometri (Tingkatan 3), Trigonometri II (Tingkatan 4) dengan bantuan visual
dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Dengan adanya interaktif ini, pelajar dapat
mempelajari Matematik mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tumpuan Kuasai
Trigo ini adalah kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah terutama guru dan pelajar
Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.
Kuasai Trigo ini dibangunkan menggunakan platform Weebly dimana ianya meliputi
gabungan elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi dan video bagi menjadikan proses PdP
lebih interaktif, inovatif serta mudah diakses dimana sahaja dan bila-bila masa. Justeru
itu, Kuasai Trigo ini sedikit sebanyak dapat membantu guru dan pelajar dalam mewujudkan
satu pendekatan dan kaedah pemahaman yang lebih mudah, santai serta kondusif.
Isi kandungan
Isi kandungan Muka surat
1.isi kandungan 1
2.penghargaan 2
3.objektif 3
4.kaedah 4
5.hasil tugasan 5
6.sumber rujukan 6
Objektif trigonometri

Dalam tajuk ini terkandung empat objektif utama dalam pembelajaran ini. Objektif
pembelajaran yang perlu diperolehi pelajar adalah seperti berikut:

1. Memahami dan menggunakan tangen bagi sudut tirus dalam segitiga bersudut
tegak.
2. Memahami dan menggunakan sinus bagi sudut tirus dalam segitiga bersudut
tegak.
3. Memahami dan menggunakan kosinus bagi sudut tirus dalam segitiga
bersudut tegak.
4. Menggunakan nilai tangen, sinus dan kosinus untuk menyelesaikan masalah.
Kaedah digunakan

1. Peta Minda
Web ini menyediakan peta minda yang berkaitan dengan rumus atau formula trigonometri.
Formula-formula tersebut dikelaskan mengikut subtopik dan membuat perkaitan di antara
formula-formula untuk memudahkan pelajar mengingat dan tahu untuk membezakan formula
tersebut.

2. Perbincangan
Web ini menyediakan satu laman pautan bagi memudahkan pelajar untuk terlibat secara
aktif dalam proses penyelesaian masalah berkaitan topik trigonometri. Pelajar boleh melihat
atau menunjukkan dalam penyelesaian pada laman pautan yang disediakan. Selain itu,
sebarang pertanyaan ataupun penambahan berkaitan dengan langkah penyelesaian yang
ditunjukkan, pelajar boleh memasukkan ke dalam halaman berkaitan.

3. Praktikal
Pendekatan praktikal ini lebih fokus kepada guru dimana beberapa cadangan telah kami
kemukakan sebagai bantuan kepada guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas berkaitan tajuk trigonometri. Pendekatan secara praktikal ini
adalah sebuah pendekatan yang akan menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu
mengajar.

4. Latih Tubi
Kami menyediakan sebuah bank soalanyang mengandungi contoh-contoh soalan sebenar
PT3 untuk pelajar Tingkatan 3 dan SPM untuk pelajar Tingkatan 5 berkaitan dengan topik
trigonometri. Melalui bank soalan ini, pelajar mampu mengasah kemahiran serta menambah
kefahaman mereka dalam menyelesaikan soalan trigonometri.
Hasil tugasan
Sumber rujukan

1. https://prezi.com/srrobvvkmjjh/trigonometri/
2. http://kuasaitrigo.weebly.com/trigonometri-i.html
3. Modul trigonometri
4. http://spmmatematiktambahan.blog.onlinetuition.com.my/201
6/06/532-melakar-graf-fungsi-trigonometri.html

You might also like