You are on page 1of 5

MINGGU 3

Tarikh & Hari : 17 Jun 2019

Masa : 8.00 a.m – 5.00 p.m

Nama Penyelia : Ustazah Normaliza Binti Sahat

Nama Pegawai/Pekerja Di Jabatan/


Organisasi Yang Terlibat : Ustaz Abang Azman bin Abang Mohamed

Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan :


1. Menyimpan modul ceramah
2. Mencetak modul Khemah Ibadah
3. Melipat surat jemputan

Pelaksanaan Aktiviti/Tugasan :
1. Menyimpan modul ceramah
2. Mencetak modul Khemah Ibadah sebanyak 40 set menggunakan mesin
faks.
3. Melipat surat jemputan bagi Ramah Tamah Aidilfitri Pejabat Agama
Islam Bahagian Limbang 2019.

Kesimpulan/Komen Tentang
Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan : Sistem agihan di awal waktu sebelum program dilaksanakan membuatkan
saya bersedia lebih awal untuk berhadapan dengan masyarakat.
Tarikh & Hari : 18 Jun 2019

Masa : 7.30 a.m – 5.00 p.m

Nama Pegawai/Pekerja Di Jabatan/


Organisasi Yang Terlibat : Semua Kakitangan staf PAIB Limbang

Arahan Dan Taklimat Oleh


Penyelia/Pegawai Yang Terlibat : Taklimat Mesyuarat Kelab oleh pengerusi Ustazah Normaliza

Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan :


1. Menghadiri Mesyuarat Kelab
2. Mengemaskini modul Khemah Ibadah
3. Membuat Panggilan Perkhidmatan
4. Melakukan tugasan sebagai peyambut tetamu

Pelaksanaan Aktiviti/Tugasan :
1. Menghadiri mesyuarat kelab bagi membincangkan Ramah Tamah
Aidilfitri Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang 2019
2. Mencatat tarikh, masa, tempat, jumlah jemputan serta menu yang
dicadangkan pada masa program yang akan berlangsung.
3. Mendapat agihan tugasan Aturcara Majlis Kesyukuran Aidilfitri
Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang Tahun 1440H/
2019M
4. Mengedit muka depan (Cover) modul Khemah Ibadah 2019
menggunakan Microsoft words di dalam laptop.
5. Mengepil modul Khemah Ibadah kepada 40 set.
6. Membuat panggilan perkhidmatan telefon di pejabat bagi bertanyakan
soalan berkaitan kehadiran ahli pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri kepada
beberapa agensi yang berlangsung pada malam 18 Jun di Dewan
Serbaguna, Kampung Bunga Raya.
7. Memastikan tempat dan kedudukan jemputan
8. Mengenal pasti tempat KK/ KM/ media/ persembahan serta jemputan

Masalah/Halangan & Penyelesaian : Kekurangan kertas A4 untuk mencetak modul dan masalah diselesaikan
dengan memaklumkan kepada Ustazah Nuurlaila.

Kesimpulan/Komen Tentang
Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan : Impak dan kesan pada hari ini ialah dapat berhubung dengan lebih ramai staf
dan agensi luar daripada PAIB Limbang semasa jamuan berlangsung.
Tarikh & Hari : 19 Jun 2019

Masa : 8.00 a.m – 5.00 p.m

Nama Pegawai/Pekerja Di Jabatan/


Organisasi Yang Terlibat : Ustazah Zafarinah binti Sapar

Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan :


1. Mempelajari laman web e-munakahat

Pelaksanaan Aktiviti/Tugasan :
1. Membuat pemerhatian berkenaan semakan dokumen lampiran yang
diperlukan terhadap pemohon.
2. Memepelajari cara mengisi maklumat berkaitan permohonan kursus pra
perkahwinan secara online
3. Mempelajari cara mengisi maklumat berkaitan permohonan nikah secara
online.

Kesimpulan/Komen Tentang
Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan : Memperoleh maklumat tetang proses memohon untuk nikah sekaligus dapat
membezakan jenis permohonan nikah antara Tanpa Kebenaran Mahakamah
dan Dengan Kebenaran Mahkamah.

Catatan Am : Pegawai rujukan ialah Pegawai Bahagian Pembangunan Keluarga Islam


Tarikh & Hari : 20 Jun 2019

Masa : 8.30 a.m – 5.00 p.m

Nama Pegawai/Pekerja Di Jabatan/


Organisasi Yang Terlibat :
1. Ustaz Abang Azman bin Awang Mohamed
2. Ustaz Muhammad Syahmi Anwar bin Ajan
3. Ustazah Nuurlailaasree binti Jainal

Arahan Dan Taklimat Oleh


Penyelia/Pegawai Yang Terlibat : Diberi lantikan sebagai penceramah dan urus setia bagi Program Khemah
Ibadah Tahun 2019

Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan : Mengikuti Program Khemah Ibadah di Surau Nurul Ihsan, Kampung Sayung,
Limbang

Pelaksanaan Aktiviti/Tugasan :
1. Menguruskan pendaftaran bagi senarai peserta
2. Mendengar ceramah pada slot 1 “Menuntut Ilmu satu Kefarduan” yang
disampaikan oleh Ustaz Mohd Izul Islam bin Hasni
3. Melakukan jamuan ringan pada minum pagi bersama peserta
4. Mendengar ceramah pada slot 2 1 “Inilah Jalanku Yang Lurus (Ahli Sunah
wal Jamaah) yang disampaikan oleh Ustaz Hj Abang Azman bin Hj Abang
Mohamed, Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Bahagian)
5. Mengadakan solat Fardhu Zohor berjemaah dan makan tengah hari
6. Mendengar ceramah pada slot 3 “Tidak aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepada-ku” yang disampaikan oleh Ustaz
Muhammad Syahmi Anwar bin Ajan, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam.
7. Solat Fardhu Asar berjemaah Majlis Penangguhan dan melakukan sedikit
jamuan ringan.

Masalah/Halangan & Penyelesaian : Masalah yang dihadapi adalah saya tidak mempunyai pengangkutan untuk
pergi melaksanakan program tersebut di Kampung Sayung dan
penyelesaiannya adalah saya memaklumkannya kepada Ustaz Syahmi untuk
menghantar dan membawa sekali mengikuti program.

Kesimpulan/Komen Tentang
Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan : Saya dapat pengalaman baru untuk menjalankan program yang berbentuk
khidmat kepada masyarakat kampung di mana sebelum ini saya hanya
berkhidmat kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja.

Catatan Am : Pegawai rujukan ialah Unit Kefahaman Islam dan Al-Quran pada Bahagian
Dakwah.
Tarikh & Hari : 21 Jun 2019

Masa : 8.00 a.m – 5.00 p.m

Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan :


1. Membantu staf-staf

Pelaksanaan Aktiviti/Tugasan :
1. Membantu Ustazah Zafarinah mengurus pelanggan di hadaapan kaunter
2. Membantu mengambil salinan surat sjil nikah di mesin fotokopi dan
menyerahkan surat tersebut kepada pemohon.
3. Membantu mengambil salinan surat permohonan kursus pra perkahwinan
di mesin fotokopi dan menyerahkannya kepada pemohon.
4. Membantu pemohon untuk menyerahkan borang permohonan kafa
kepada ustazah Nuurlailaasaree.

Kesimpulan/Komen Tentang
Aktiviti/Tugasan Yang Dijalankan : Dapat merendahkan diri pada alam pekerjaan yang sebenar.

You might also like