You are on page 1of 3

QUE TEKS CATATAN

Panggilan Diminta kepada semua kontijen untuk berkumpul di tengah gelanggang bola keranjang kerana majlis
penutupan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Dijemput juga kepada tetamu-tatamu kehormat, guru besar- guru besar, guru-guru pengiring untuk duduk di
tempat duduk yang disediakan. Terima kasih.
Salutasi Yang berusaha Kapitan Thomas Wong Sau Weng, Pengerusi Lembaga Sekolah.
Encik Roslee Basri/Ust Ruzain, Ketua Unit Pembangunan dan Kemanusiaan / Penyelia Sukan Pejabat
Pendidikan Daerah Lahad Datu.
En Chong Chi Thart, guru besar sjkc yuk choi, lahad datu.

Yang Dihormati En Lee Ket Fah, pegawai teknik bola keranjang MSS Tenggara.
Tetamu-tetamu kehormat, guru-guru pengiring, guru-guru, hadirin hadirat serta kepada pelajar-pelajar yang
dikasihi sekalian. Selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Selamat datang ke majlis penutupan Kejohanan Bola Keranjang Peringkat MSS Tenggara tahun 2017.
Ucapan Tanpa membuang masa, majlis menjemput Encik Roslee Basri / Ust Ruzain mewakili Pejabat Pendidikan
Daerah Lahad Datu bagi menyampaikan ucapannya. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Roslee Basri atas ucapannya sebentar tadi.

Kategori 12 tahun Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian sijil penyertaan dan pingat kemenangan kepada
ke bawah para kontinjen. Dengan itu, majlis menjemput sekali lagi Kapitan Thomas Wong diiringi oleh Encik Chong
Chi Thart, bagi menyampaikan sijil penyertaan dan pingat kemenangan kepada para pasukan.

Kita mulakan dengan kategori 12 tahun ke bawah perempuan. Naib johan, jatuh kepada pasukan dari
___________________. Dijemput kepada para ahli pasukan ___________ untuk tampil ke hadapan
menerima pingat. Dijemput juga kepada guru pengiring untuk bersama-sama mengambil gambar kenang-
kenangan.
Tahniah kepada pasukan dari __________________ di atas pencapaian anda semua.

Johan bagi kategori 12 tahun kebawah Perempuan jatuh kepada pasukan dari _____________. Jutaan
tahniah kepada pasukan ______________. Dijemput semua ahli pasukan serta guru pengiring untuk tampil
menerima sijil dan pingat.
Tahniah sekali lagi kepada para pemenang.
Seterusnya ialah kategori 12 tahun ke bawah Lelaki. Naib johan, jatuh kepada pasukan dari
___________________. Dijemput kepada para ahli pasukan ___________ untuk tampil ke hadapan
menerima pingat. Dijemput juga kepada guru pengiring untuk bersama-sama mengambil gambar kenang-
kenangan.
Tahniah kepada pasukan dari __________________ di atas pencapaian anda semua.

Johan bagi kategori 12 tahun kebawah lelaki jatuh kepada pasukan dari _____________. Jutaan tahniah
kepada pasukan ______________. Dijemput semua ahli pasukan serta guru pengiring untuk tampil
menerima sijil dan pingat.

Terima kasih kepada Kapitan Thomas Wong.

Kategori 18 tahun Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian kategori 18 tahun ke bawah perempuan dan lelaki. Dengan itu
ke bawah dijemput Encik Roslee Basri / Ust Ruzain diiringi oleh En Chong Chi Thart, guru besar. bagi
menyampaikan sijil dan pingat kemenangan

Diumumkan keputusan bagi kategori 18 tahun ke bawah perempuan. Naib Johan, jatuh kepada pasukan
daripada Lahad Datu. Dijemput kepada para wirawati Lahad Datu untuk tampil menerima sijil kemenangan.
Tahniah sekali lagi diucapkan.

Johan kategori 18 tahun kebawah perempuan jatuh kepada pasukan Tawau! Tahniah kepada pasukan
Tawau. Dijemput semua pasukan perempuan Tawau tampil menerima pingat kemenangan. Dijemput juga
guru pengiring untuk tampil bersama-sama meraikan kemenangan.

Jutaan tahniah kepada para pemenang.

Kategori terakhir iaitu kategori 18 tahun kebawah lelaki. Naib johan jatuh kepada pasukan Lahad Datu.
Dijemput kepada pasukan Lahad Datu untuk tampil menerima sijil dan pingat. Tahniah buat wira-wira
Lahad Datu. Rakyat jelata lahad datu sungguh terharu dengan perjuangan kalian.

Johan! Bagi kategori 18 tahun ke bawah lelaki jatuh kepada pasukan dari Tawau! Jutaan tahniah diucapkan
kepada pasukan Tawau. Dijemput para pasukan Tawau untuk tampil menerima sijil dan pingat kemenangan.
Dijemput juga kepada jurulatih dan guru pengiring untuk bersama-sama tampil bersama meraikan
kemenangan ini.

Jutaan tahniah buat kesemua kontinjen.


Terima kasih juga kepada En Roslee Basri/Ust Ruzain dan guru besar di atas kesudian menyampaikan Sijil
dan pingat kepada para kontinjen.

Pengumuman Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman pemain yang terpilih bagi mewakili Zon Tenggara dalam
Pemilihan Pemain Kejohanan Bola Keranjang Peringkat MSS Negeri Sabah tahun 2017. Majlis menjemput En
_____________________________________ bagi mengumumkan pemain yang terpilih. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Encik ______________________________________. Tahniah kepada para pemian


yang telah dipilih sebentar tadi.

Bersurai Dengan berakhirnya pengumuman sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis penutupan kita di petang
senja yang indah ini. Kami pihak penganjur memohon maaf ke atas setidaksempurnaan sepanjang
kejohanan ini berlangsung. Sekali lagi tahniah buat para pemenang kerana semuanya pemenang. Tiada
pengalah. Jumpa lagi di kejohanan yang akan datang. Majulah sukan untuk negara.

You might also like