You are on page 1of 1

Kerjaya guru sebagai ibadah

Socrates (469-399)

 Berpendapat tujuan pendidikan ialah melatih pelajar agar menjadi rakyat yang berakhlak mulia,
lebih penting daripada pemerolehan ilmu
 Seseorang yang berakhlak mulia adalah memperoleh ilmu yang canggih
 Socrates menegaskan ilmu ialah kebaikan yang boleh diperolehi melalui pemikiran logical atas
soalan yang dikemukakan
 Ilmu tidak boleh diperoleh daripada persepsi
 Beliau berpendapat, prinsip prinsip, generalisasi dan hokum hanya dapat dibentuk melalui
pemikiran induktif

Plato (428-348)

 Pendidikan ialah satu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
 Pendidika bertujuan untuk memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik
 Seseorang mendapat ilmu apabila dia berusaha bersungguh-sungguh dgn pemikiran kritis.
 Pendapat adalah berkaitan dengan objek yang dipersepsi dan ini boleh disalah erti. Namun ilmu
ialah luar daripada persepsi dan berkaitan dengan dunia dan abadi.
 Fungsi pendidikan sebagai pemilihan pelajar yang sesuai untuk melatih mereka mengikut
potensi masing-masing
 Kandungan pelajaran haruslah dirancang mengikut peringkat perkembangan individu

Aristotle (384-322M)

 Menekankan latihan mental hanya boleh dijalankan selepas perkembangan fizikal dan emosinya
ke suatu tahap yang sesuai.
 Mengikut beliau, segala pengalaman adalah dikumpulkan daripada ingatan yang diwujudkan
daripada rangsangan luar dan melalui proses pengamatan.
 Menurut beliau, manusia mengabstrakkan pelbagai pengalaman yang diperolehi untuk
membuat generalisasi dan prinsip, dan dengan cara demikian dapat menguasai ilmu
pengetahuan am.
 Beliau berpendapat, pemerhatian dan pengamatan memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran untuk memperolehi ilmu pengetahuan.
 Mengikut beliau, kebaikan adalah kecemerlangan manusia. Maka tujuan pendidikan ialah
memupuk kebaikan pelajar. Semua rakyat bertanah harus dididik apa yang berguna untuk
mereka, agar mereka berbudaya, mempunyai kebaikan dan masa untuk memainkan peranan
yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara.

Najihah Bt Halimin, Dyg. Yasmidah Md. Yasin, Leslie Micheal Chang, Shahruddin Md Hirin.

You might also like