You are on page 1of 5

SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dan dikaitkan dengan


Pemdidikan Prasekolah.

Anjakan 4: Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan

 Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30%
teratas
 Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu
dan latihan berasaskan sekolah
 Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan
mengurangkan beban pentadbiran
 Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
 Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar
bidang khusus menjelang 2016
 Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses
pensijilan mulai 2025

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendididkan


Malaysia yang bermula tahun 2013 hingga 2025. Malaysia sedang berusaha dengan
gigih untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Sebagai contoh, untuk
mencapai misi tersebut, Rancangan Malaysia ke-10 telah menggariskan beberapa
strategi untuk mengoptimumkan sumber negara secara kolektif bagi meningkatkan
daya saing ekonomi di peringkat global. Modal insan merupakan pelaburan terpenting
bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi
berpendapatan tinggi yang produktif. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
adalah salah satu daripada sebelas (11) Anjakan untuk Transformasi dalam pelan yang
dibangunkan.

Sesungguhnya, Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam


usaha membangun dan memajukan negara. Keutamaan yang diberikan kepada sektor
SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan dalam Dasar Pembangunan Negara telah membawa perkembangan yang


amat pesat dalam pelbagai aspek termasuk penyediaan infrastruktur, pembangunan
sumber manusia, pembinaan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan Pendidikan.

Kajian dalam penyelidikan menunjukkan faktor guru merupakan penyumbang


penting bagi menentukan kualiti Pendidikan. Ia dizahirkan melalui peningkatan
pencapaian akademik murid, kokurikulum, sukan termasuk juga sahsiah murid dalam
keperluan Pendidikan Abad 21 yang mementingkan kreativiti, inovatif dan menguasai
bahasa antarabangsa yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan.

Berdasarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia 2013-


2025 telah mengenal pasti sebelas anjakan. Setiap anjakan perlu memberikan impak
kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti,
equiti, perpaduan dan kecekapan. Dimensi kualiti menjadi fokus utama yang merentasi
semuaanjakan.

Kualiti sistem tidak boleh melangkau guru. Tidak dinafikan bahawa


terdapat guru yang cemerlang dalam sistem Pelajaran Malaysia. Pun begitu kajian oleh
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKPT) tahun 2011 mendapati bahawa hanya
50 peratus pengajian disampaikan dengan berkesan atau memuaskan. Justeru, banyak
lagi penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru. Ia meliputi bukan sahaja bagi
pengambilan guru-guru baru, malah juga transformasi guru-guru sedia ada. Statistik
menunjukkan lebih kurang 60 peratus guru pada hari ini akan terus mengajar bagi
tempoh.

Kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan pakej kerjaya guru baharu


dalam beberapa fasa bagi meningkatkan kualiti keguruan. Pakej ini merangkumi usaha
meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional
berterusan mengikut keperluan individu, membolehkan guru maju dalam kerjaya
berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan
SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas.

Anjakan ke-4 dalam Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia adalah


‘Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan’ perlu usaha segera kerana guru
yang kita ambil untuk dilatih hari ini akan membuahkan hasil empat atau lima tahun lagi.
Bagi merealisasikan anjakan ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk
mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 supaya guru yang dilantik adalah di
kalangan 30 peratus graduan yang terbaik. Usaha ini cuma satu langkah bagi
meningkatkan profesion keguruan dengan lebih berprestij dan elitis.

Di samping itu, Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing


Professional Development) mulai tahun 2013 akan dipertingkatkan dengan memberi
tumpuan terhadap keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Kerajaan juga
akan memastikan guru memberi fokus kepada fungsi teras pembelajaran dan
pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran mulai tahun 2013. Menjelang
tahun 2016, laluan guru untuk berperanan sebagai pemimpin, pakar pengajaran dan
pakar bidang akan dipertingkatkan. Mulai tahun 2025, proses pensijilan dan
pembudayaan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja akan dibentuk.

Dalam usaha meningkatkan standard kemasukan, adalah menjadi hasrat


kerajaan bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10, jaminan pelantikan
sebagai guru pelatih sedia ada dan Institut Pendidikan Guru dan Institusi Pengajian
Tinggi Awam tanpa mengambil kira prestasi akan dihapuskan. Hanya guru pelatih yang
memperolehi pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan pelantikan guru.
Peralihan kepada pengambilan guru secara sistem terbuka akan juga merangkumi
liberalisasi sistem latihan perguruan dan pengambilan guru. Di sini saya berpendapat,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran boleh memainkan peranan yang berkesan dalam
melaksanakan keputusan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti dalam syarat lantikan
guru.
SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Dalam menjamin kualiti keguruan, Kerajaan tidak mengabaikan kebajikan


guru, bermula dari proses pelantikan sehinggalah persaraan. Dalam konteks ini, saya
telah mengumumkan pada 13 Oktober sempena Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia
(GM1M) peringkat Zon Selatan di Johor Bahru, bahawa calon guru yang bakal dipilih
adalah 30 peratus di kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam
bidang perguruan, akan diserap sebagai guru pelatih mulai tahun depan. Sehubungan
itu, saya mengumumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah bersetuju
melantik secara terus calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan
ikhtisas selepas menamatkan pengajian tanpa proses temuduga. Untuk itu,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran perlu dilibatkan lebih awal iaitu semasa pemilihan
bakal calon guru.

Dalam konteks ini juga, semakan semula sistem Pelajaran dan organisasi
Institusi Pelajaran Guru Malaysia (IPGM) dan juga Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah
perlu untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti dan terbaik. transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam
laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan
kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru.

“Bagi melaksanakannya, kita perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya


dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang. Kita mahu jadikan profesion perguruan
sebagai profesion yang diminati dan menarik perhatian ramai pelajar,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata insentif utama untuk menggalakkan pelajar cemerlang
memasuki profesion perguruan adalah dengan menawarkan skim gaji yang menarik
dan menyediakan tempat kerja yang moden.
Muhyiddin berkata sistem pendidikan negara yang mengalami beberapa
transformasi yang dirancang adalah bagi melahirkan guru-guru yang memiliki
kemahiran abad ke-21 yang akan mempunyai kemampuan minda dan keupayaan
berfikir
pada tahap tinggi.
SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Beliau berkata kemahiran berfikir dan pemikiran kritis disertai dengan keupayaan
berkomunikasi serta memiliki keyakinan kendiri perlu dijana menerusi pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang holistik oleh guru.

“Pendekatan-pendekatan dalam pengajaran yang dinamik ini akan melahirkan pelajar


yang mampu berfikir secara mencapah dan menerokai kebenaran,” katanya.

Beliau turut meminta semua guru, secara berterusan berusaha memastikan pendidikan
di negara ini berkembang maju bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi juga untuk
generasi akan datang.

Muhyiddin juga berharap pelajar yang menamatkan persekolahan mereka boleh


bertutur dalam pelbagai bahasa dan mampu berkolaborasi merentas budaya dan
geografi.

“Kita tidak perlu takut atau risau dengan kemungkinan generasi akan datang akan
hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis,
generasi dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan,” katanya

You might also like