You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2019

Program:
Nama Pelajar:
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
(PDPP)

Semester / Tahun:
Kod Kursus: EDUP2043 Semester 2 Tahun 1
Ambilan: November 2018

Nama Kursus: Kumpulan:


Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku KDC Pendidikan Islam SM 1/SM 2/
SR 1/SR 2/SR 3

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Deskriptif (20%) 13.7.2019 27.7.2019


2. Projek (40%) 13.7.2019 10.8.2019

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menghuraikan konsep pengurusan bilik darjah yang berkesan bagi membina hubungan
yang positif di dalam bilik darjah (C2, HP1)

2. Membina pelan pengurusan bilik darjah secara kreatif yang dikaitkan dengan peranan guru,
model pengurusan disiplin dan kemahiran bimbingan bagi menangani isu-isu semasa dalam
pengurusan bilik darjah (C6, HP3, CTPS5, CTPS11)

3. Menangani isu-isu semasa dalam pengurusan bilik darjah melalui rujukan pelbagai sumber
(A4, HP6, LL3, LL9)

Kerja kursus projek ini dibina bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. menghuraikan secara terperinci tentang peranan guru dalam membina hubungan positif
bilik darjah berpandukan konsep-konsep pengurusan bilik darjah berkesan.

2. menghasilkan satu pelan pengurusan bilik darjah berkesan abad ke-21 yang komprehensif
dan sesuai dipraktikkan oleh guru-guru dalam menangani keperluan psikososial dan fizikal
dalam bilik darjah masa kini.

1
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1 : Penulisan Deskriptif - Individu (20 %)


Hubungan yang positif antara guru dengan murid atau murid dengan murid menjadi asas
kepada pembentukan suasana bilik darjah yang kondusif. Kefahaman guru terhadap konsep
dan model pengurusan bilik darjah akan membantu mereka menguruskan bilik darjah mereka
dengan efektif.

Huraikan secara terperinci berserta contoh-contoh yang relevan tentang peranan guru dalam
membina hubungan positif bilik darjah berpandukan konsep-konsep pengurusan bilik darjah
berkesan.

Tugasan 2 : Projek - Individu (40%)


Anda merupakan seorang guru senior di sebuah sekolah kawasan bandar yang mempunyai
pelbagai latar belakang pelajar. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah meminta anda untuk
merancang aktiviti Professional Learning Community (PLC) berkaitan penyediaan pelan
pengurusan bilik darjah berkesan untuk guru-guru baharu di sekolah anda.

Cadangkan satu pelan pengurusan bilik darjah berkesan abad ke-21 yang komprehensif dan
sesuai bagi menangani keperluan psikososial dan fizikal dalam pendidikan masa kini. Pelan
yang dicadangkan hendaklah membincangkan tentang peranan guru, model pengurusan
disiplin yang relevan serta kemahiran bimbingan yang perlu dikuasai oleh guru.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Tugasan 1 dan Tugasan 2 merupakan tugasan individu.
2. Panjang penulisan deskriptif adalah lebih kurang 800 patah perkataan.
3. Tugasan-tugasan ini membawa 100 markah dengan wajaran 60%.
4. Setiap tugasan hendaklah dihantar secara berasingan mengikut tarikh penghantaran
yang telah ditetapkan.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
6. Format tugasan adalah seperti berikut:
6.1 Font Arial
6.2 Saiz huruf ialah 11 point
6.3 Langkau 1.5 baris
6.4 Penulisan sumber rujukan adalah mengikut format American Psychological
Association (A.P.A) dengan merujuk kepada pelbagai sumber Rujukan Asas
dan Rujukan Tambahan seperti yang dinyatakan dalam Ringkasan Maklumat
Kursus (RMK)
6.5 Sertakan lampiran (jika perlu) bagi menyokong penulisan hujah-hujah anda.
7. Bahagian kulit hadapan tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
Nama pelajar:
Angka Giliran:
No. Kad Pengenalan:
Kumpulan/Unit:
Kod dan Nama Kursus:
Nama Pensyarah Pembimbing:
Tarikh Hantar:
8. Kulit tugasan kerja kursus hendaklah menggunakan kertas berwarna hijau.

2
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang jelas, koheren dan terperinci.
1. Mengemukakan bukti-bukti yang relevan bagi menyokong hujah-hujah atau idea.
2. Keseluruhan fakta dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan memiliki nilai
ilmiah.
3. Format dan organisasi penulisan mematuhi spesifikasi yang ditentukan.
2. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah serta berupaya
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria Penilaian
Tugasan ini akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah disediakan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

____________________________ ____________________
(BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR) (SUKRAN BIN NALAMIN)
Penyelaras Kursus EDUP2043, Pakar Bidang (SME) / Pensyarah Kanan,
IPG Kampus Tawau Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Tawau

Disahkan oleh Ketua Jabatan,

__________________________________
(DR. ABDUL HAMID BIN ABDUL RAHIM)
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Tawau.

You might also like