You are on page 1of 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

LAPORAN PROJEK/AKTIVITI/PERANAN LAIN

Nama Pelajar : MUHAMMAD AMSYAR BIN AZMAN


Kursus dan Ambilan : PK (PEMBELAJARAN) AMB JUN 2017
Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 2

Nama Program : KARNIVAL MINI SUKAN KHAS

Tempoh Pelaksanaan : 26 JUN 2019 (RABU)

Objektif :

I. Menormalisasikan kanak-kanak khas bersama seluruh warga sekolah.


II. Menyediakan ruang untuk kanak-kanak khas memperlihatkan kebolehan sediaada
mereka.
III. Memberikan hak yang sama kepada kanak-kanak khas untuk beraktiviti dalamacara yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.

Perlaksanaan

Pada 26 Jun 2019 bersamaan hari Rabu yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 (SKTM2) telah mengadakan Karnival Mini Sukan Khas
peringkat sekolah bertempat di padang SKTM2. Program ini telah dirasmikan oleh En. Hamizar b.
Abd Hadi, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan. Acara yang dipertandingkan dalam
karnival ini adalah ‘Penalty Kick Challenge Sek Ren’ kategori lelaki dan ‘Liga Thrown in Sek Ren’
kategori Perempuan.

Dalam merencanakan program ini, kami telah dibahagikan tugas masing-masing mengikut
jawatankuasa yang telah diberikan oleh Pn. K.N. Selvi A/P Nadarajah, Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas. Kami telah ditugaskan untuk mengendalikan senaman pagi semasa waktu
pendaftaran sebelum acara bermula. Disamping itu, kami juga telah ditugaskan sebagai Pengurus
Pasukan dan ‘Scorer’ semasa acara dipertandingkan.

Karnival Mini Sukan telah dikendalikan dengan sangat baik walaupun beberapa masalah teknikal
yang telah dihadapi. Walaubagaimanapun, masalah itu dapat diselesaikan dengan pantas oleh guru-
guru Pendidikan Khas SKTM2.

You might also like