You are on page 1of 4

CETAKAN

DEFINISI
1)Satu proses menekan huruf atau gambar atau terapan blok di atas kertas,kain atau bahan-bahan lain.

CIRI-CIRI
1)Kesan yang dipindahkan ialah seperti bayangan asli pada cermin.
2)Dapat menghasilkan beberapa keeping karya yang sama.
3)Karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.

SEJARAH CETAKAN
1)Cetakan paling awal dan pertama kali di China pada kurun ke-8.
2)Pada 1418 Masihi,mula berkembang di Eropah untuk mencetak rekaan pada kain.
3)Kurun Ke-15 Masihi,cetakan berwarna diperkenalkan.

Cetakan Litografi
1)Dicipta oleh Aloys Senefelder pada tahun 1798.
2)Tahun 1890-an,muncul dalam karya Pierre Bonnard dan Henri de Toulouse –Lentec.

Cetakan Gurisan Asid (Etching)


1)Digunakan pada kurun ke-16 untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.Antara artisnya ialah
Rembrandt Van Rijn,Francisco Goya dan Pablo Picasso.

Cetakan Sutera Saring


1)Tahun 1960 an pengaruh besar kepada artis pop yang tertarik dengan warna yang rata dan
penampilan yang lebih komersil.
REKA BENTUK GRAFIK

Definisi Reka Bentuk Grafik


1)Proses seni yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk logo
,grafik,risalah,bulletin,poster,papan tanda dan lain-lain komunikasi visual.

Definisi Grafik
1)Kepelbagaian visual bukan unjuran (non projected visual)bahan bukan fotografi ,bahan (2D)
2)Direka bentuk khusus melalui kombinasi lukisan,perkataan,symbol,dan gambar untuk menyampaikan
mesej,idea,fakta dan maklumat.
3)Reka bentuk grafik-Proses Seni-Teks dan grafik-Logo,risalah,poster,bulletin,papan tanda.

Sejarah Perkembangan Grafik


1)Apabila manusia mula mengenal tulisan dan percetakan,komunikasi manusia tidak hanya tertumpu
kepada lisan semata-mata.
2)Tercetus revolusi perindustrian .Penggunaan mesin cetak lebih meluas digunakan.Kerja-kerja grafik
dan percetakan dibuat secara berasingan.
3)Pada 1880-an,akhbar New York Daily Graphic banyak menggunakan elemen-elemn grafik dalam
teknologi baru iaitu dengan memasukkan fotografi.
4)Kumpulan Bauhaus telah memperkenalkan bahasa-bahasa seni melalui asas-asas seni reka.
5)Sekitar 1920-an,pembangunan dalam rekaan grafik menyerlah apabila muncul kumpulan De Stijl
Group.
6)1890-1930 ,Kumpulan avant gorde telah memperkenalkan istilah art Noauveau.
7)Kini,computer mengambil tempat sebagai media untuk menghasilakan rekaan-rekaan grafik 2D dan
3D.

Bidang-Bidang Grafik

Reka Bentuk Korporat

1)Identiti visual sesebuah syarikat,organisasi atau institusi .


2)Bertujuan untuk menjelaskan identiti atau imej sesuatu badan tersebut.
3)Merangkumi prinsip asas visual yang melambangkan organisasi dan produk atau perkhidmatannya.
4)Rekaan meliputi logo,kepala surat,kad perniagaan,invois dan sebagainya.

Reka Bentuk Penerbitan Umum

1)Reka bentuk terbitan seperti buku,surat khabar,majalah,laporan,jurnal dan bahan terbitan lain untuk
tatapan umum.

Reka Bentuk Cetakan Iklan Dan Komunikasi


1)Rekaan artistic untuk meningkatkan promosi dan peningkatan jualan sesuatu produk atau sesuatu
perkhidmatan.
2)Poster,risalah,bilbod,sepanduk,bunting dan sebagainya.
Reka Bentuk Papan Tanda
1)Reka bentuk tanda jalan seperti di jalan raya ataupun tanda arah di dalam bangunan.
2)Di tempat yang menjadi tumpuan ramai dalam bentuk muka taip,symbol atau kedua-duanya.

Reka bentuk media digital


1)Meliputi reka bentuk komputer dan elektronik seprti reka bentuk laman web,filem,rekabentuk
multimedia,animasi digital dan video.

Reka bentuk pembungkusan


1)Membungkus sesuatu bahan atau produk supaya melindungi produk dan mewujudkan identiti bagi
membezakannya daripada produk lain.
2)Meliputi kotak pembungkusan,tin,botol,plastik,foil aluminium,kaca dan sebagainya.

POSTER
Definisi
1)Alat komunikasi visual yang mudah dan berkesan.
2)Melibatkan tipografi,warna,reka letak,dan ilustrasi.

Fungsi Poster
1)Medium komunikasi universal menyalurkan maklumat dan promosi mellaui reka bentuk yang menarik
perhatian.
2)Dipersembahkan melalui poster mudah atau poster berilustrasi.

Ciri-Ciri Poster

1)Mesej perlu tepat dan terang.


2)Idea utama disampaikan dalam bentuk imej atau tipografi.
3)Menggunakan muka taip yang tepat dengan saiz yang bersesuaian.
4)Menyampaikan mesej secara terus dan jelas.
5)Menarik perhatian orang ramai.

Elemen Penting Dalam Poster

Tipografi

-Tipografi-Seni menyusun atur menggunakan huruf


-Muka Taip-Rupa atau jenis-jenis muka taip.

Ilustrasi

Imej yang bersifat penjelasan.Merujuk sebarang rupa bentuk gambar atau hiasan yang digabungkan
dengan teks untuk menghias penampilan dan menjelaskan lagi makna poster tersebut.
Warna

-Memberi kesan rasa kepada poster.


-Dapat mencerikan poster.
-Warna,teks atau kapsyen sesebuah poster perlu berkontra dengan warna latar.

Reka Letak

-Penyusunan tipografi dan ilustrasi atau gambar dalam gubahan poster.


-Pemilihan dan penggunaan ruang yang seimbang akan menghasilkan poster yang baik dan berkesan.

Jenis Poster

-Dekoratif
-Iklan dan promosi
-Media dan teknik percetakan
-Sukan
-Hiburan
-Perkhidmatan awam
-Pameran,pertandingan dan ekspo
-Kreatif,abstrak dan artistik

You might also like