You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AJK KELAB BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2019

SK BUKIT PAPIT, MERADONG

Tarikh : 30 Februari 2019

Masa : 2.15 – 3.15 petang

Tempat : Kelas 6 Cemerlang

Penasihat : Puan Anja anak Rabu ( Ketua )


: Puan Faridah binti Abu (Penolong)

Kehadiran:

1. Puan Anja anak Rabu


2. Puan Faridah binti Abu
3. Semua ahli kelab BM

1. UCAPAN KETUA PEMIMPIN


Guru Penasihat Puan Anja anak Rabu mengalu-alukan kedatangan guru dan murid-
murid yang menghadiri Mesyuarat AJK Kelab Bahasa Melayu kali pertama bagi tahun
2019. Beliau juga merakamkan selamat datang kepada guru dan murid-murid.

2. UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN


dib Arfan dari Tahun 6 Cemerlang selaku Pengerusi kelab mengucapkan terima kasih
kepada para Guru Penasihat dan rakan-rakannya yang hadir.

3. MERANCANG AKTIVITI
3.1 Guru Penasihat, Puan Anja anak Rabu memaklumkan yang setiap aktiviti
perlu mengandungi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan
memasukkan peta pemikiran i-Think untuk aktiviti yang sesuai.
3.2 Puan Faridah binti Abu mencadangkan aktiviti yang berkaitan simpulan
Bahasa dan peribahasa dan disokong oleh Naib Pengerusi kelab,
Mohammad Rafiq Bin Bahtiar.
3.3 Puan Farazila mencadangkan tayangan video cerita Melayu seperti Hang
Tuah atau Mahsuri. Cadangan disokong oleh AJK Kelas 4B, Daniel Nga.

Tindakan:Makluman

4. MENENTUKAN TARIKH PERTANDINGAN

1
Kuiz Peribahasa dipersetujui pada mana-mana bulan semester pertama dan Kuiz
Tatabahasa pada semester kedua. Pertandingan Mencari Harta Karun akan diadakan
pada bulan Oktober.

Tindakan:Makluman

5. KEWANGAN
Tiada yuran keahlian dikenakan. Cik Etiesha memaklumkan yang kewangan untuk
hadiah pertandingan akan ditaja oleh pihak sekolah.

Tindakan:Makluman

6. PENETAPAN WAKTU PERJUMPAAN


Setiap Selasa jam 2.00 hingga 3.00 petang di Kelas 4B dan 5B.
Tindakan:Makluman

7. HAL-HAL LAIN
Tiada.
Tindakan:Makluman

8. PENANGGUHAN MESYUARAT
8.1 Puan Farazila mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan
dan disokong oleh Puan Diong Lee Nguik. Mesyuarat ditangguhkan pada
pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, 23 Februari 2014

__________________________
( Diong Chiu Le)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu 2014.

Disemak oleh,

___________________________
( Cik Etiesha bt Abd Rais)
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu 2014.

You might also like