You are on page 1of 1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PROGRAM FIT CHALLENGE


BIL.4/2019

Tarikh : 4 April 2019


Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Kolej K9 & K10
Yang Hadir
1. Sdr. Muhamad Azfar Haiqal Bin Jamian - Pengerusi
2. Sdri. Nur Aireen Umaira Binti Muslimin - Setiausaha
3. Sdri. Nurul Ain Binti Zulkifli - Bendahari
4. Sdr. Farizalmi Bin Juhari - AJK
5. Sdr. Muhamad Asyraf Bin Yahya - AJK
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alu kehadiran ahli mesyuarat dan mengucapkan terima
kasih kepada ahli kerana semua ahli dapat meluangkan masa menghadiri
mesyuarat ini tepat pada masanya.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Sdr. Muhamad Azfar Haiqal Bin Jamian
dan disokong oleh Sdri. Nurul Ain Binti Zulkifli.
3.0 Perkara-Perkara Berbangkit
3.1 Ahli mesyuarat diminta untuk menyenaraikan jumlah perbelanjaan yang akan
dibelanjakan sepanjang program dijalankan.
3.2 Ahli mesyuarat bersepakat dan bersetuju untuk menetapkan tarikh yang sesuai
bagi menjalankan program.
4.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat
4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dan mesyuarat seterusnya
akan diadakan pada 15 April 2019.
Disediakan oleh,

(MUHAMAD AZFAR HAIQAL BIN JAMIAN)


PENGERUSI

You might also like