You are on page 1of 2

Cara mengatasi isu yang Perlu menitikberatkan perbezaan gaya pembelajaran individu

Salah satu kaedah yang dianggap terbaik dalam menangani isu ini ialah melalui penggunaan modul.
Guru boleh menerapkan model pengurusan disiplin bagi mengatasi isu tingkah laku ponteng kelas ini.
Dalam isu ini, model yang sesuai untuk digunakan ialah Model Terapi Realiti yang diperkenalkan oleh
William Glasser. Idea utama terapi realiti ini ialah manusia bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri
kerana setiap daripada kita mencipta dunia dalaman sendiri (Melati Sumari, et.al, 2014). Dalam isu ini,
guru boleh membantu murid untuk mengenal pasti akibat daripada tingkah laku yang dibuat untuk
masa akan datang. Setelah itu, murid membuat pilihan untuk menentukan masa depan mereka.
Misalnya, guru boleh menerangkan kepada murid kesan dan akibat jika ponteng kelas. Guru juga boleh
menunjukkan contoh gambar-gambar orang yang tidak berjaya sehingga terlibat dengan masalah
gejala sosial yang lebih serius berbanding ponteng kelas. Hal ini secara tidak langsung dapat
membuktikan bahawa guru merupakan pebimbing kepada murid-murid. Oleh itu, Model Terapi Realiti
merupakan salah satu panduan bagi menyelesaikan isu tingkah laku ponteng kelas.

Selain itu, guru juga seharusnya variasikan sumber pengajaran dan pembelajaran sejarah agar dapat
menarik minat murid. Sejarah seharusnya menjadi sesuatu yang hidup dan boleh menarik minat murid
terhadap mata pelajaran tersebut (Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2003b; PPK 2003).
Pengunaan seperti bahan bercetak, video interaktif, peta dan bahan internet secara tidak langsung
dapat memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. Hal ini
akan menjadikan subjek sejarah suatu subjek menarik serta isu ponteng kelas juga akan berkurangan.
Oleh itu,jelaslah membuktikan cara mengatasi isu ponteng sekolah ialah mempelbagaikan
penggunaan sumber pengajaran sejarah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Salah satu matlamat pendidikan sejarah ialah mendidik pelajar mengenai ilmu sejarah itu
sendiri. Dalam hal ini guru-guru dan pelajar perlu didedahkan kepada pembuktian dalam ilmu
sejarah. Ia boleh dilakukan dengan cara mendedahkan mereka kepada bahan-bahan
dokumen, manuskrip atau artifak. Pendekatan ini telah digunakan di Amerika Syarikat, seperti
guru-guru menunjukkan surat-surat yang dihantar oleh penduduk kepada Presiden F.D
Rooservelt (sila rujuk Lampiran 1-2). Secara tidak langsung, pelajar dapat menghayati dan
mempelajari melalui pengalaman terhadap peristiwa yang berlaku di negara ini.

Dalam mengatasi isu tingkah laku murid, guru turut memainkan peranan yang amat penting. Hal ini
kerana selain ibu bapa, guru boleh dikatakan merupakan orang yang paling rapat dengan murid.
elain itu, guru juga bertanggungjawab untuk mengetahui latar belakang dan gaya pembelajaran
murid. Melalui cara ini, guru dapat membantu murid sebgai guru pembimbing untuk membantu
murid tersebut menuju kearah tujuan yang sebenar.

Glasser meletakkan asas utama dalam model ini iaitu setiap tingkah laku yang dibuat oleh individu
berdasarkan pilihan yang dibuat. Menurut beliau lagi, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah
berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan . Gordon menegaskan dalam teori ini bahawa
guru seharusnya tidak lagi bergantung kepada teknik intervensi tradisional yang berpusatkan
kawalan guru, ganjaran dan hukuman (Haliza Hamzah, 2014).

Antara cara penambahbaikan ialah guru boleh menerapkan model disiplin bagi mengatasi isu tingkah
laku ponteng kelas ini. Antara model disiplin yang boleh diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah
ini ialah Thomas Gordon. Thomas Gordon percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan
membantu murid memperoleh kawalan dalaman atau kawalan kendiri. Gordon menegaskan guru
seharusnya tidak lagi bergantung kepada teknik intervensi tradisional yang berpusatkan kawalan
guru, ganjaran dan hukuman. Gordon menggesa guru untuk menggantikan ganjaran dan hukuman
dengan teknik yang tidak mengawal murid secara luaran seperti menyediakan persekitaran
pembelajaran murid yang memberansangkan, menggunakan pendekatan i-message,
mengaplikasikan teknik menyelesaikan masalah konflik, menghargai persepsi dan perasaan murid,
mendengar murid dengan aktif dan mengelakkan halangan komunikasi guru dengan murid seperti
mengarah, memberi amaran, membebel, mengkritik, melabel.

Model Terapi Realiti merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka
kemahuan diri, membuat refleksi tentang perkaran yang sedang dilakukan dan membuat
perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.

Menurut Johnson and Johnson (1989; dipetik daripada Panitz, 1998), kebaikanpembelajaran
koperatif yang utama adalah untuk meningkatkan keupayaan dan keyakinan diri murid serta
menimbulkan motivasi untuk penglibatan aktif dalam proses pembelajaran. Dengan wujudnya
motivasi sedemikian, murid akan lebih tertumpu dalam pembelajaran sama ada motivasi intrinsik
mahupun ekstrinsik. Hal ini sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah gangguan atau ‘off-
task behaviours’ dalam pembelajaran. Berdasarkan teori behaviouris Skinner, pemberian ganjaran
yang setimpal meningkatkan motivasi seseorang.Para behaviouris percaya bahawa untuk
menggalakkan kerjasama murid dalam kumpulannya, sokongan positif atau positive reinforcement
perlu dilakukan.

You might also like