You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM KAWASAN

JASIN UNTUK TAHUN 2012.

Pembukaan/Aluan Assalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera dan salam


1Malaysia

Yang berusaha, Encik Abu Bakar bin Alim; Pegawai Pelajaran Daerah Jasin

Yang berusaha, Encik Brad Pit; Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat
merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kejohanan.

Yang Berusaha, Puan Anjelina Jolie, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK
Pening Lalat.

Ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan,

Pengetua-pengetua Sekolah yang bertanding,

wakil-wakil pengetua

Pegawai-pegawai Kejohanan,

Para guru dan Guru-guru pengiring

pasukan-pasukan yang bertanding

Para pelajar.

serta hadirin dan hadirat sekalian

Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng menyusun jari

Salam Sembah selamat datang

Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah


rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis
Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin untuk
tahun 2012. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang
dan membawa seribu makna kepada kita semua.
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,

………………………………………………………………………………………………………………………….

Pegawai Pelajaran Daerah Jasin ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan


Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin untuk tahun 2012 kelolaan SMK Pening
Lalat. Sesungguhnya, kehadiran Yang berusaha Tuan PPD ialah lambang
keprihatinan terhadap sumbangan sekolah-sekolah di Daerah Jasin dalam
mencapai kecemerlangan.

Hadirin hadirat sekalian,

Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin pada tahun ini telah bermula dari
24hb April.

Untuk makluman, objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk

-mempopularkan permainan bola sepak kepada para pelajar sekolah


menengah

-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum.

mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan


berdisiplin tinggi bagi mewakili MSS Melaka ke peringkat yang lebih tinggi.

Ucapan Pengerusi Anak muda mengalun qasidah

Tiada kekok tampil ke depan

Pembuka kata berlalu sudah

Mari kita mendengar ucapan


Majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Brad Pit Pengetua Cemerlang SMK
Pening Lalat selaku pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan Bola Sepak
MSSM Kawasan Jasin tahun 2012 menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan Perasmi Terima kasih diucapkan kepada Encik Brad Pit, Pengetua Cemerlang SMK
Pening Lalat di atas ucapan tadi . Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Abu


Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin menyampaikan ucapan dan
seterusnya menutup dengan rasminya. Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan
Jasin tahun 2012. Dipersilakan.

Penyampaian Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup oleh Yang Berusaha
Hadiah Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin sebentar tadi.

Jalan lengkok redup berkalis

Damba pedoman menyongsong arah

Ucapan Tuan merasmi majlis

Tanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan 9


buah sekolah bagi kategori Bawah 15 Tahun manakala 11 buah sekolah
beraksi untuk kategori bawah 18 tahun.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah


_________________________________________________

Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi kategori


bawah 15 Tahun.

Semua anggota kontinjen pasukan bola sepak kategori bawah 15 tahun yang
berjaya mendapat pingat dipersilakan bersedia {diatas pentas penerimaaan
hadiah}

Menjemput
Penyampai
Hadiah Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Brad Piti diiringi Puan
Anjelina Jolie, menjemput dan mengiringi Yang berusaha Encik Abu Bakar bin
Alim bergerak ke tempat penyampaian hadiah.

Penyampaian Bagi kategori 15 tahun kebawah


Hadiah
Tempat keempat jatuh kepada SMK ____________

Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______
__ berbalas __

Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________

Dan JOHAN Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012 bagi
kategori bawah 15 tahun di sandang oleh SMK ___________ yang
menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____ berbalas _____

Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi kategori bawah
Hadiah 18 tahun.

Tempat keempat jatuh kepada SMK

Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______
__ berbalas __

Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________

Dan JOHAN Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun 2012 bagi
kategori bawah 18 tahun di sandang oleh SMK ___________ yang
menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____ berbalas _____

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Penyampaian Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Brad
Cenderamata Pit, Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat menyampaikan cenderamata
kepada Yang berusaha Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah
Jasin.

Ucapan Terima Terima kasih di ucapkan kepada Yang berusaha Encik Abu Bakar bin Alim,
Kasih Pegawai Pelajaran Daerah Jasin yang sudi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Bacaan Doa Sebagai tanda syukur bahawa majlis pada hari ini berjalan dengan jayanya,
dengan hormatnya dipersilakan al-Fadil Ustaz __________ untuk memimpin
bacaan doa. Tafaddhal ya ustaz.

Undangan Jamuan Terima kasih al-Fadil Ustaz ________________

Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi Encik Brad Pit menjemput dan
mengiringi Encik Abu Bakar bin Alim ke bilik jamuan makan tengah hari.
Semua tetamu jemputan juga dipersilakan bergerak ke bilik jamuan untuk
menikmati juadah yang telah disediakan.

Penutup Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa bersua lagi.

Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang.

(Pengumuman kepada semua wakil semua kontinjen dan para petugas. Di


jemput ke ____________ bagi mendapatkan pek makanan tengah tengah hari.
)

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like