You are on page 1of 16
PRJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK ES Level 8, Block F8, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman web: http: www.moe-govany. Ruj. Kami: KPM.100-1/7/2 did. 4 (89) Tarikh: Mac 2018 ‘Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2018 GARIS PANDUAN PELIBATAN IBU BAPA/PENJAGA DAN KOMUNITI SEBAGAI SUKARELAWAN DI DALAM KELAS (Sdk) TUJUAN 1. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan bagi tujuan memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) untuk pelaksanaan program kerjasama antara ibu bapa/penjaga dan komuniti serta pihak sekolah selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). LATAR BELAKANG 2. Mesyuarat Profesional KPM Bil.33/2017 bertarikh 2 November 2017 telah bersetuju menerima dan meluluskan Kertas Cadangan Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK). 3. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 dalam Akta Pendidikan 1996 [AKTA 550], Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah di bawah KPM bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dengan guru yang diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama. 4. Peraturan 6(3) Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru)1998, menggariskan; “Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah dengan menggunakan tenaga mahir atau paker daripada kalangan anggota atau bukan kalangan anggota bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh”, PELAKSANAAN 5. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah memastikan agar Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) dirujuk dan dipatuhi bagi memastikan dasar ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama semua surat pekeliling ikhtisas dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK). TARIKH KUAT KUASA 6. Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 7. YBhg, Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Ann (DATUK DR. AMIN BIN SENIN) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk. 10. Menteri Pendidikan Malaysia Timbalan Menteri Pendidikan | Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PELIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DAN KOMUNITI SEBAGAI SUKARELAWAN DI DALAM KELAS KANDUNGAN nh LAMPIRAN 1... per etre gee gee gee TUJUAN .... LATAR BELAKANG ..... KONSEP SUKARELAWAN DALAM KELAG....... DEFINISI .. OBJEKTIF.... PERANAN ... SYARAT-SYARAT PELIBATAN SUKARELAWAN DI DALAM KELAS9 STRATEGI PELAKSANAAN PENUTUP..... Carta Alir Pelaksanaan Sukarelawan Dalam Kelas... TUJUAN 1.14. Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa / Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) memberi panduan tentang pelaksanaan pelibatan ibu bapa / penjaga dan komuniti sebagai sukarelawan membantu guru semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 4.2. Pelaksanaan SdK bermula dari peringkat prasekolah, rendah serta menengah, termasuk pendidikan khas dan program inklusif. 1.3. SdK boleh dilaksanakan secara pilihan iaitu sekolah tidak diwajibkan untuk melaksanakannya, tetapi bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sekolah. LATAR BELAKANG 2.1. Anjakan 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 menggariskan bahawa pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah serta dalam komuniti. Justeru, sekolah mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga dan komuniti. . Merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 [AKTA 550], dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan Persatuan Ibu Bapa — Guru 1998, Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah di bawah KPM bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dengan 2. iy guru yang diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama. Berdasarkan peraturan 5 (3) Peraturan- Peraturan PIBG menggariskan ‘Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh.’ 3. KONSEP SUKARELAWAN DALAM KELAS 3.1. Ibu bapa / penjaga atau komuniti yang secara sukarela bersedia membantu guru mata pelajaran semasa proses PdP, di mana ia dilaksanakan secara pilihan iaitu sekolah tidak diwajibkan untuk melaksanakannya, tetapi bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sekolah. Pelaksanaan SdK bermula dari peringkat prasekolah, rendah serta menengah, termasuk pendidikan khas dan program inklusif. SdK melibatkan Pengintegrasian sumbangan dari segi kepakaran bidang masing-masing namun masih tertakluk kepada etika profesionalisme keguruan semasa proses PdP. 4. SKOP 4.1. SdK dilaksanakan secara pilihan iaitu sekolah tidak diwajibkan untuk melaksanakannya, ia bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sekolah 4.2. SdK boleh dilaksanakan di peringkat prasekolah, rendah, dan menengah termasuk pendidikan khas dan program inklusif. 4 4.3. Garis Panduan Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) adalah untuk memudahkan pelaksanaan program kerjasama antara ibu bapa / Penjaga dan komuniti serta pinak sekolah. Sehubungan dengan itu, Garis Panduan SdK perlu dipatuhi agar pihak pelaksana dapat melakukannya dengan betul dan berkesan. 5. DEFINISI Bagi tujuan garis panduan ini: 5.1. Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) 5. 5. 2 o Biro KSIB adalah Jawatankuasa Kerja dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, komuniti, agensi awam dan swasta. Biro KSIB juga berperanan sebagai penyelaras maklumat sukarelawan. Guru Mata Pelajaran Guru yang berkelayakan untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, termasuk guru prasekolah, guru pemulihan dan guru pendidikan khas. Ibu bapa / penjaga Salah seorang ibu atau bapa atau kedua-dua ibu bapa dan termasuklah penjaga yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang ke atas seorang kanak-kanak. 5.4 5.5 5.6 Kelas Sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru dan murid yang dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Komuniti Kumpulan orang dan/atau organisasi yang berada dalam lingkungan lokasi yang berdekatan atau berkepentingan kepada peningkatan kualiti sekolah yang terdiri daripada masyarakat setempat, alumni, agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan, dan pemegang taruh (stakeholders). Sukarelawan di dalam Kelas (Sdk) Ibu bapa / penjaga atau komuniti yang secara sukarela bersedia melibatkan diri membantu guru mata pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran setelah mendapat kebenaran Pengetua / Guru Besar (PGB). OBJEKTIF Garis panduan ini bertujuan: 6.1 6.2 Memberi panduan kepada pentadbir, guru, PIBG, dan komuniti semasa pelaksanaan SdK dengan mematuhi semua surat pekeliling ikthisas dan peraturan yang sedang berkuat kuasa; dan Menjadikan ibu bapa / penjaga dan komuniti sebagai rakan strategik dan mewujudkan sokongan berterusan terhadap aktiviti pembelajaran anak. 6 7. PERANAN 7.1 Pentadbir Sekolah 7.2 7.14 ede 7.1.3 7.14 TAS 716 TAT 7.1.8 Memberi penjelasan kepada warga sekolah berkenaan pelaksanaan SdK dan Garis Panduan Sdk; Memastikan maklumat sukarelawan diselaraskan oleh Biro KSIB; Memastikan pemilihan sukarelawan memenuhi kriteria yang ditetapkan; Memastikan SdK dilaksanakan mengikut prosedur dan mematuhi peraturan keselamatan yang sedang berkuatkuasa; Membuat pengesahan kehadiran Sdk; Menyediakan surat lantikan kepada sukarelawan SdK; Pentadbir hendaklah memastikan semakan semula pelaksanaan SdK untuk mengambil kira keperluan semasa/ keutamaan objektif pembelajaran; dan PGB adalah bertanggungjawab sepenuhnya _ terhadap pelibatan SdK di sekolah. Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) tat a b. Membantu guru dalam proses PdP , contohnya: Menjadi fasilitator semasa murid melaksanakan aktiviti; Membantu murid =meningkatkan pemahaman_terhadap kandungan pembelajaran atau tugasan yang diberikan; dan . Menyediakan bahan bantu belajar. 722 7.2.3 Berkongsi kemahiran atau maklumat untuk memperkaya pembelajaran dalam kelas, contohnya a. Perbincangan antara guru dan SdK berkenaan objektif dan penguasaan kriteria kejayaan PdP; b. Berkongsi pengetahuan, kemahiran atau pengalaman mereka; dan c. Membantu murid mereka bentuk karya / inovasi Membantu guru dalam pengurusan kelas, contohnya a. Menceriakan bilik darjah; dan b. Memudah cara dan membimbing aktiviti individu, kumpulan kecil, kumpulan dalam kelas. 7.3 Guru Mata Pelajaran/Guru 7.3.1 7.3.2 7.3.3 7.3.4 7.3.5 7.3.6 7.3.7 Membantu pentadbir memberi penjelasan kepada ibu bapa / penjaga dan komuniti berkenaan SdK dan Garis Panduan SdkK; Mendapatkan maklumat ibu bapa / penjaga atau komuniti yang bersedia menjadi sukarelawan SdK daripada Biro KSIB; Merancang pelibatan sukarelawan SdK mengikut keperluan; Memaklumkan pentadbir berkenaan keperluan sukarelawan SdK berdasarkan perancangan pengajaran mereka; Mengadakan perbincangan bersama-sama sukarelawan SdK berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan; Melaksanakan aktiviti yang melibatkan sukarelawan SdK; dan Mencadangkan penamatan khidmat sukarelawan yang tidak berkesan dan melanggar syarat pelibatan SdK. 8. 74 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 7.4.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan SdK bagi memilin sukarelawan yang bersesuaian dan menepati keperiuan sekolah. 7.4.2 Mengemas kini dan menyelaras maklumat SdK yang dipilih. Proses ini dilakukan oleh KSIB. SYARAT-SYARAT PELIBATAN SUKARELAWAN DI DALAM KELAS Sukarelawan perlu memenuhi kriteria seperti yang berikut: 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 8.8 Melepasi proses pemilihan oleh Jawatankuasa PIBG; Memahami objektif PdP yang hendak dicapai dan mendukung matlamat tersebut; Mematuhi had dan batasan yang ditetapkan dalam garis panduan sedia ada pada setiap masa; Hanya dibenarkan berada di dalam kelas dengan kehadiran guru mata pelajaran pada masa yang ditetapkan; Mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa berdasarkan kepada semua Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan yang sedang berkuat kuasa; Bebas daripada isu-isu sensitif (fahaman ekstremis, dadah, perkauman, politik, agama dan sebagainya); Perkongsian sebarang bentuk dokumen, gambar, rakaman dan audio visual perlu mendapat kebenaran PGB; Bebas daripada kepentingan peribadi; 8.9 Pelibatan adalah secara sukarela tanpa mengenakan sebarang bayaran atau caj perkhidmatan; 8.10Menghormati pengurusan pentadbiran sekolah; 8.11Membantu pembangunan sahsiah murid tetapi tidak terlibat dalam pelaksanaan tindakan disiplin; 8.12Membantu TANPA mengambil alih tugas hakiki guru; dan 8.13Mematuhi arahan pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. STRATEGI PELAKSANAAN 9.1 Pentadbir membuat pemakluman atau penjelasan berkenaan peranan SdK kepada warga sekolah dan ibu bapa; 9.2 Jawatankuasa PIBG bertindak sebagai panel pemilihan Sdk berdasarkan tawaran kepakaran dalam bidang masing-masing dan/atau kemahiran ibu bapa / penjaga dan komuniti; Biro KSIB akan bertindak sebagai urus setia bagi proses pelaksanaan SdK berdasarkan permohonan guru mata pelajaran mengikut 9. oe perancangan PdP; 9.4 Guru mata pelajaran memaklumkan pentadbir berkenaan keperluan SdK berdasarkan perancangan pengajaran mereka; 9.5 Guru mata pelajaran dan SdK mengadakan perbincangan berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan; 9.6 SdK hadir ke sesi PdP seperti yang telah dirancang dan dipersetujui bersama-sama guru mata pelajaran dan pentadbir sekolah; 9. cal Pentadbir mengeluarkan dokumen pengesahan kehadiran Sdk; 10 10. 9.8 Pentadbir hendaklah memastikan semakan semula pelaksanaan SdK untuk mengambil kira keperluan semasa/ keutamaan objektif pembelajaran; 9.9 PGB adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelibatan SdK di sekolah; dan 9.10 Rujuk Carta Alir Pelaksanaan Sukarelawan Dalam Kelas di Lampiran 1 PENUTUP Garis Panduan ini mesti dibaca bersama-sama semua surat pekeliling ikhtisas dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia LAMPIRAN 1 Carta Alir Pelaksanaan Sukarelawan Dalam Kelas Lt ¥ roaigare = Mula Memaklum atau menjelaskan peranan Sdk kepada warga sekolah dan ibu bapa Memilih SdK berdasarkan tawaran kepakaran dalam bidang masing-masing dan/atau kemahiran ibu bapa / penjaga dan komuniti Mengurus setia bagi proses pelaksanaan Sdk berdasarkan permohonan guru mata pelajaran mengikut perancangan Pap Memaklumkan pentadbir berkenaan keperluan dK berdasarkan perancangan pengajaran mereka Mengadakan perbincangan dengan SdK berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan Menghadiri sesi PdP seperti yang telah dirancang dan dipersetujui bersama-sama guru mata pelajaran ‘Mengesahkan kehadiran Sdk Memastikan semakan semula pelaksanaan SdK Memastikan pelaksanaan SdK mematuhi semua Surat Pekeliling Ikhtisas dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa Tamat 12 Tindakan Guru Besar/Pengetua Jawatankuasa PIBG Biro KSIB Guru Mata Pelajaran Guru Mata Pelajaran sdk Guru Besar/Pengetua Guru Besar/Pengetua Guru Besar/Pengetua

You might also like