You are on page 1of 1

BAB 3

S istem barter merupakan satu sistem perniagaan dahulu


dan merupakan suatu bentuk perniagaan yang paling awal
wujud di dunia.

Sistem barter ini telah digunakan sejak berabad-abad lama dahulu


sebelum penemuan wang. Barter merupakan salah satu bentuk
awal perdagangan. Sistem ini memudahkan pertukaram barangan
dan perkhidmatan semasa manusia belum menemui wang.

Pelbagai barangan pernah digunakan sebagai standard barter. Contohnya adalah tengkorak
manusia. Barang lain yang popular yang digunakan untuk pertukaran adalah garam.

Kelemahan utama dari sistem barter ini ialah tidak adanya kriteria standard untuk menentukan nilai
sesuatu barangan dan perkhidmatan yang tepat dan betul. Ini boleh mengakibatkan perselisihan
dan pertengkaran antara pedagang.

Orang-orang Eropah mula menjelajah untuk menukarkan barang-barang yang mereka bawa seperti
bulu, binatang dan menukarkan dengan minyak wangi dan sutera.

Kebaikan Sistem Barter


1. Tidak melibatkan orang tengah.
2. Tiada peningkatan harga.
3. Pertukaran barang hanya berlaku apabila kedua-dua pihak berpuas hati dengan urus niaga
mereka.

Kelemahan Sistem Barter.


1. Penemuan kehendak beregu.
2. Kesukaran menentukan nilai pertukaran.
3. Masalah membahagi barang kepada bahagian yang kecil.
4. Masalah simpanan nilai.
5. Barang tidak tahan lama.

Sejarah perkembangan wang bermula dengan evolusi tamadun manusia itu sendiri, iaitu kira-kira
2000 tahun sebelum masihi.

You might also like