Professional Documents
Culture Documents
KEHADIRAN :
1. NOOR SHAFIZA BT AHMAD Ketua Guru Penasihat
2. MOHD AKRAMIN BIN ISHAK Guru Penasihat
3. AHLI BSMM Tahun 4
1.1 Pn. Noor Shafiza, mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru penasihat dan
ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Tahun 4, SK Senawang 3 bagi tahun 2019.
1.2 Beliau meminta semua ahli BSMM memberi kerjasama dan sentiasa hadir setiap
perjumpaan BSMM sepanjang tahun 2019.
1.3 Beliau memperkenalkan semua guru penasihat Badan Beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia bagi Tahun 4, SK Senawang 3.
1.4 Beliau memaklumkan bahawa banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun
seperti pembelajaran tentang ilmu-ilmu asas pertolongan cemas, kawad kaki, ikatan &
simpulan, ilmu perkhemahan dan kawad kaki.
1.5 Mesyuarat diserahkan kepada Ustaz Akramin untuk mempengerusikan mesyuarat bagi
pemilihan ahli jawatankuasa.
2.0 PELANTIKAN AJK BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, SK SENAWANG 3 BAGI TAHUN 2019
2.1 Ustaz Akramin meminta murid mencalonkan nama ahli BSMM yang layak bagi mengisi
jawatan dalam BSMM dan menjalankan tugas sepanjang tahun 2019.
2.2 Pn. Noor Shafiza, mencatat dan mengira undian bagi pemilihan AJK Murid Bulan Sabit
Merah Malaysia, SK Senawang 3.
2.4 Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia Tahun 4, SK Senawang 3 adalah seperti
berikut:
3.1 Ustaz Akramin meminta semua murid menjaga disiplin dan hadir tepat waktu bagi setiap
sesi .
3.2 Pn. Noor Shafiza, meminta murid Tahun 4 menyediakan Buku Log bagi menulis nota tentang
pembelajaran ilmu Bulan Sabit Merah Malaysia.
Disediakan oleh:
.............................................
NOOR SHAFIZA BINTI AHMAD
Ketua Guru Penasihat,
Bulan Sabit Merah Malaysia
SK Senawang 3