You are on page 1of 4

LAILA AZHAN BINTI AHMAD TAJUDDIN EPPE6574: ISU SEMASA PERBANKAN ISLAMP68372 @ FEP UKM

SEM II 2013/2014 PROF MADYA DR MARIANI ABD MAJID

8|Page

4.

Autoriti/sumber perundanganSistem perundangan sedia ada tidak memberi hak kepada mahkamah
shariah untukmendengar kes berkaitan perbankan Islam kerana tidak memiliki bidang kuasa tersebut.
Halini adalah masuk akal kerana pelanggan perbankan Islam terdiri daripada pelbagai kaum dantidak
terhad kepada orang Islam sahaja.Namun demikian, mahkamah sivil selain mempunyai bidang kuasa
tersebut perlu melengkapkan diri untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan luas.Menurut
Akta Undang-undang Sivil 1956, sistem perundangan telah meletakkanundang-undang sivil, undang-
undang

common

dan prinsip ekuiti sebagai rujukan utama bagimenyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak terlibat. Oleh
itu, mahkamah tidak boleh bersifatkaku perlu lebih fleksibel dengan mengaplikasikan prinsip ekuiti iaitu
dengan mengambilkirafaktor shariah dan lain-lain sebagai sumber perundangan.Sumber perundangan
Islam sepertiAl-Quran dan As-Sunnah perlu mendapat tempat sebagai rujukan undang-undang.5.

Undang-undang lama dalam konteks modenTerdapat undang-undang yang digubal sejak tahun 1900-an
dan masih terpakaisehingga kini. Walaupun demikian, keadaan ekonomi yang membangun dari semasa
kesemasa tidak memungkinkan aplikasi undang-undang tersebut untuk menyelesaikan pertikaian antara
pihak-pihak dengan interpretasi undang-undang secara bahasa semata-mata.Memandangkan sewaktu
Enakmen tersebut digubal, prinsip undang-undang Islamtiada dalam fikiran penggubal undang-undang.
Oleh itu, hakim tidak boleh menggunakanundang-undang tersebut untuk menghalang perkembangan
undang-undang Islam di Malaysia.Penggubalan undang-undang perlu sesuai dengan pertumbuhan dan
pembangunan perbankanIslam di Malaysia.Mahkamah perlu lebih kreatif dalam mengubahsuai
pengaplikasian undang-undanglama ke dalam konteks moden disamping mengekalkan kaedah-kaedah
shariah sekaligusmembantu perkembangan perbankan Islam di Malaysia. Pengecualian boleh
dilakukandengan memasukkan prinsip ekuiti memandangkan kebanyakan undang-undang substantifdan
peraturan prosedur adalah digubal tanpa kehadiran perbankan Islam di Malaysia padaketika itu.

LAILA AZHAN BINTI AHMAD TAJUDDIN EPPE6574: ISU SEMASA PERBANKAN ISLAMP68372 @ FEP UKM
SEM II 2013/2014 PROF MADYA DR MARIANI ABD MAJID

9|Page

KESIMPULANKes ini membuktikan bahawa pada awal 1980-an, Malaysia tidak mempunyai rangkakerja
perundangan yang menyeluruh dan komprehensif bagi menangani isu-isu dan pertikaianyang timbul
berkaitan industri perbankan Islam. Disebabkan rangka perundangan negarayang mengikut struktur
perundangan Inggeris pada umumnya, ditambah pula dengankehadiran hakim yang dilatih dalam sistem
undang-undang

common

, Malaysia kekuranganhakim yang berkelayakan dan kompeten untuk memutuskan kes yang berkaitan
kontrakshariah kerana kekangan ilmu berkaitan shariah dan ekonomi muamalat.Walaubagaimanapun,
di dalam satu kajian kes perundangan berhubung dengan pengaplikasian undang-undang kewangan
negara, Malaysia dilihat semakin berkembang darisemasa ke semasa. Selain kes ini, terdapat beberapa
kes tuntutan mahkamah yang melahirkanisu perundangan yang sama iaitu keabsahan kontrak BBA di
bawah Akta Bank Islam 1983dan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (kedua-duanya telah
dimansuhkan denganAkta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan
2013).Dalam membincangkan isu ini, terdapat tiga (3) fasa yang menjelaskan perkembangan
perbicaraan mahkamah berkaitan kontrak shariah. Kes ini merupakan salah satu kes yangterlibat dalam
fasa pertama perkembangan perbankan Islam di Malaysia. Pada fasa pengenalan ini, pihak hakim lebih
menjurus kepada aspek teknikal perundangan sivil tanpamengambil kira isu shariah yang sebenar.Pada
fasa kedua, pihak mahkamah mula menunjukkan keprihatinannya dalammengkaji secara kritikal
berkenaan kontrak BBA. Mahkamah mengkritik tindakan mahkamahyang hanya menggunakan undang-
undang

common

yang klasik dalam menyelesaikan pertikaian di dalam kes perbankan yang berasaskan shariah.
Mahkamah juga menyatakan perkara yang sepatutnya berlaku adalah dengan menilai keabsahan
kontrak di sisi shariah. Namun begitu, pihak mahkamah terlepas pandang akan aspek kesahihan
keuntungan dalamkontrak BBA. Mahkamah hanya mengkaji dari aspek komprehensif aplikasi kontrak
BBAdaripada aspek undang-undang sivil dan shariah.Pada fasa ketiga, mahkamah dilihat lebih proaktif
dalam penghakiman kes yangmelibatkan perbankan Islam. Pada fasa ini, kepentingan mahkamah
untukmempertimbangkan keputusanya terhadap kedudukan tafsiran harga jualan di bawah
BBAmenurut kehendak shariah menjadi objektif mahkamah.
LAILA AZHAN BINTI AHMAD TAJUDDIN EPPE6574: ISU SEMASA PERBANKAN ISLAMP68372 @ FEP UKM
SEM II 2013/2014 PROF MADYA DR MARIANI ABD MAJID

10|Page

CADANGANBerdasarkan kepada ulasan dan pemerhatian kes ini, adalah amat penting bagiMalaysia
untuk mempunyai rangka kerja perundangan yang menyeluruh dan komprehensifserta meliputi pelbagai
aspek berkaitan. Memandangkan ekonomi, shariah dan perundanganmempunyai objektif yang sama
dalam pembangunan ekonomi Islam negara, sistem perundangan perlu bergerak seiring dengan
perkembangan ekonomi semasa supaya setiap pertikaian yang membawa kepada kes mahkamah dapat
diselesaikan dengan baik tanpamengabaikan hukum Islam dan kepentingan pihak-pihak bertikai.Selain
itu, pengamal-pengamal perbankan, shariah dan perundangan perlumelengkapkan diri dengan ilmu
shariah dan perundangan selain fokus terhadap pembangunan perbankan dan ekonomi negara. Semua
pihak perlu bekerja sama dalam memastikankelompongan sistem dapat diperbaiki sama ada dari segi
ekonomi, shariah mahupun perundangan. Dalam hal ini, latihan perundangan dan shariah perlu
diwajibkan keatas setiap pengamal perbankan. Manakala pengamal perundangan pula perlu mendalami
ilmu shariahdan perbankan supaya kes-kes dapat diputuskan dengan adil dan selari dengan
maqasidshariah. Ahli akademik, pelajar dan institusi badan kawal selia juga perlu memainkan
peranandengan memperbanyakkan kajian yang berkaitan dengan pengaplikasian undang-undangdalam
perbankan Islam bagi menyokong perkembangan ekonomi Islam di Malaysia.RUJUKAN Nawalin Nazah &
Hamida Mohamed Rininta Nurrachmi. 2013. Dispute between Bank andCustomer in Bai Bithaman Ajil
(BBA): Case in Malaysia.http://mpra.ub.uni-muenchen.de/43991/Hashimah Yasin. 1997. Islamic
Banking: Case Commentaries Involving Al-Bay' BithamanAjil.

Malayan Law Journal

. [1997] 3 MLJ cxciiTan wan Yean. 2010.

A review of the case of Dato’ Haji Nik Mahmud bin Daud ver

sus BankIslam Malaysia Berhad.

Journal of Islamic Economics

. Vol. 6 No. 3 Pp. 105

116Info perbankan. 2009. Ed 2.www.bankinginfo.com.myA.M. Hafizi, S. Shahida dan Aisyah Abdul


Rahman. 2012.

Pasaran Wang Dan Modal: Perspektif Malaysia (Edisi Semak)


. hal 61-63

You might also like