You are on page 1of 14

__________________________________________________________________

BIMS3023 TAKAFUL MANAGEMENT (A201)


__________________________________________________________________

KUMPULAN A

KUMPULAN 2 : TAKAFUL E-LETRIK(ETIQA)

DISELIA OLEH : DR RAZIAH BINTI MD TAHIR

AHLI KUMPULAN :

NO NAMA NO MATRIK

1 Umairah Binti Shahrom 253059

2 Nuraini Binti Ahmad 254401

3 Nursyafilla Binti Mohd Azman 254509

5 Wardatul Raihan Binti Mohd Rizal 254588

6 Siti Najiah Kamilah Binti Hasshim 256551


ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Nama Produk

2.0 Tujuan dan Sasaran Produk

3.0 Kelebihan produk baharu kepada peserta

4.0 Bentuk perlindungan yang ditawarkan

5.0 Jenis/Kaedah/ Pelan caruman peserta

1.0 NAMA PRODUK BAHARU


Takaful e- lektrik ( Perlindungan berkaitan risiko alatan elektrik )

Pelan perlindungan yang ekstensif untuk memenuhi keperluan anda yang


pelbagai. Daripada perubatan, pampasan kematian, perlindungan, peralatan
elektrik, dan pelan khas eksklusif elektrik. Produk dan perkhidmatan kami
samaada untuk indidvidu atau perniagaan menjamin kualiti perlindungan dan
keselamatan terbaik yang anda perlukan.

2.0 Tujuan / kepentingan/sasaran peserta untuk produk baharu takaful

Saban tahun timbul di dada - dada akhbar, di corong-corong radio serta di media
sosial berkenaan kes kemalangan elektrik sehingga mengakibatkan kematian,
kecederaan serta kebakaran rumah ataupun premis yang berpunca daripada renjatan
elektrik atapun disebabkan kerosakan alatan elektrik. Namun demikian, satu inisaitaif
dari syarikat takaful etiqa untuk menubuhkan pelan takaful e-lektrik bagi melindungi
pencarum dari kemalangan elektrik . Begitu juga kepada syarikat atau premis
perniagaan yang amat terdedah dengan risiko kemalangan elektrik yang boleh
mengakibatkan kemalangan nyawa serta kerugian yang amat besar sekiranya
menjejaskan premis perniagaan serta premis disekitarnya.

Sijil ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk peralatan


elektronik dan peralatan yang berkaitan dengannya, dengan syarat peralatan
tersebut telah tamat tempoh waranti atau tiada waranti. Pampasan akan dibayar
keatas sebarang kerugian fizikal, sahaja. Barangan yang rosak atau musnah
disebabkan musibah atau perkara yang tidak dijangka berlaku secara tiba - tiba
boleh menuntut ganti rugi.
Sasarannya adalah semua peringkat umur & pemilik perniagaan /syarikat.
Hal ini kerana, semua peringkat umur bermula dari bayi sehinggalah warga tua
menggunakan alatan elektrik dan bergantung dengannya dalam menjalankan
kehidupan seharian.
3.0 Kelebihan produk Baru kepada peserta

Seperti yang kita ketahui, barangan elektrik ini merupakan salah satu barangan yang memakan

kos dari segi kerugian dan penyelenggaraannya sekaligus ia akan mengambil masa untuk

membaik pulih sekiranya terdapat sebarang kerosakan. Oleh itu, produk E-Letrik yang

ditawarkan dari syarikat etiQa takaful ini sedia membantu pengguna-pengguna merancang

kewangan mereka dengan lebih bijak sekiranya mengambil produk yang disediakan.

Antara kelebihan yang ditawarkan kepada pelanggan apabila mengambil produk E-Letrik

ini adalah pelanggan mendapat penjimatan kos seperti kos kerugian barangan, kos kerosakan

harta benda serta kos penyelenggaraan barangan elektronik. Hal ini kerana, dengan produk

takaful yang disediakan, ia akan membantu para pelanggan bagi menampung sebahagian atau

bergantung kepada kos peralatan elektronik tersebut seperti yang telah ditawarkan oleh produk

itu. Dengan ini, pengambilan produk yang ditawarkan boleh memberi penjimatan kos kepada

para pelanggan untuk penjagaan peralatan elektronik sekaligus membantu ekonomi mereka

sentiasa dalam keadaan terancang.

Selain itu, para pelanggan juga perlu mengambil produk ini kerana seperti yang kita sedia

maklum, etiQa takaful ini adalah antara salah satu syarikat yang sangat mudah para pelanggan

membuat tebusan(claim) sekiranya terjadi sebarang risiko ke atas mereka. Oleh itu, dengan

mengambil produk E-Letrik ini, ia memudahkan para pencarum untuk menebus pampasan

terhadap risiko di atas kerugian yang berlaku kepada mereka. Dengan ini, para pelanggan tidak

perlu bimbang tentang kos yang perlu mereka tanggung bagi menampung kerugian yang dialami.
Di samping itu, kelebihan produk E-Letrik yang ditawarkan ini juga bersedia untuk

memberi perlindungan 24 jam bagi tempoh proses penebusan(claim) sekiranya terjadi sesuatu

risiko pada hari itu. Dengan perkhidmatan pantas yang disediakan oleh produk ini, para

pelanggan boleh mendapatkan pampasan kerugian dalam tempoh 24 jam setelah pemberitahuan

risiko diterima oleh pihak ejen mereka. Maka, dengan perkhidmatan kadar pantas ini, para

pelanggan tidak perlu menunggu masa yang lebih lama untuk membaik pulih sekiranya terdapat

sebarang kerosakan, kerugian atau penyelenggaraan yang berkaitan dengan peralatan elektronik

mereka.

Dalam pada itu, produk ini menyediakan elaun kemasukan hospital yang mana ia

termasuk di bawah pakej "medical card". Elaun yang disediakan ini akan menampung kos

perubatan sekiranya pelanggan dimasukkan ke dalam hospital apabila terjadi sesuatu kemalangan

yang berkaitan dengan produk ini. Dengan elaun tersebut, pihak takaful akan menanggung kos

perubatan sebanyak 60% seperti yang ditawarkan manakala peserta hanya perlu menampung

baki pembayaran tersebut sebanyak 40%. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan

sejumlah kos yang perlu ditanggung oleh para pelanggan bagi membiayai keseluruhan kos

perubatan tersebut.

Seterusnya, bagi pelan khas pula iaitu takaful gangguan perniagaan, produk ini turut

menawarkan khidmat juru elektrik bagi pelanggan yang menghadapi risiko kerosakan atau

memerlukan penyelenggaraan terhadap barangan tersebut. Dengan perkhidmatan yang

disediakan, produk ini akan meringankan beban dan melindungi para pelanggan daripada

kerugian berbanding jika menggunakan perkhidmatan luar yang mana caj membaik pulih yang

dikenakan mungkin dengan harga lebih tinggi daripada perkhidmatan yang ditawarkan bagi
produk takaful ini. Oleh itu, sesebuah perniagaan sangat disarankan mengambil produk ini

kerana ia bukan sahaja memberi perlindungan kepada kerugian barangan namun perkhidmatan

juru elektrik yang ditawarkan memudahkan para pelanggan untuk membuat tebusan(claim)

penyelenggaraan sekiranya memerlukan.

Secara tuntasnya, dengan kelebihan yang disediakan oleh produk ini, para pelanggan

haruslah bijak dalam merancang kewangan mereka supaya kehidupan mereka sentiasa stabil

sekurang kurang berkemampuan untuk menangani sekiranya berhadapan terhadap sesuatu risiko

yang semestinya memerlukan kepada sesuatu kos.


C) BENTUK PERLINDUNGAN YANG DITAWARKAN KEPADA

PESERTA

Pelan Medical Card

Kad perubatan atau medical card sering kali kita terdengar daripada masyarakat

disekeliling maka dengan itu pihak syarikat etiqa takaful telah menyediakan satu produk

yang dinamakan dengan E-letrik dimana dalam produk tersebut mengeluarkan satu pelan

yang sering digunakan oleh pihak takaful lain juga iaitu medical card atau kad perubatan.

Hal ini menjadi satu perkara yang diutamakan kerana ia adalah satu pelan yang

membawa kepada penyelesaian kepada peserta atau pengguna.

Disebabkan itu, pelan yang dikeluarkan itu memberi satu penawaran yang sungguh

lumayan kepada peserta apabila menghadapi musibah atau malapetaka. Medical card

akan digunakan apabila sesuatu kemungkinan akan terjadi kepada peserta atau diri

sendiri. Jadi, dengan adanya pelan tersebut akan memudahkan dan sekaligus akan

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta disebabkan oleh musibah yang

dihadapi. Justeru itu, pelan medical card banyak memberi kelebihan dan manfaat kepada

peserta yang menggunakan pelan tersebut kerana risiko yang kita hadapi dapat

dikurangkan dan ia juga dapat mengurangkan kos perubatan.

Pelan Perlindungan Diri

Pada zaman kini, pelan perlindungan diri merupakan salah satu daripada perkara yang

utama kepada penguna dan menjadi sesuatu yang penting kepada pengguna. Maka dengan

itu, syarikat Etiqa Takaful telah mengeluarkan satu produk iaitu Takaful E-letrik dimana
dalam kandungan produk tersebut telah menyenaraikan satu perkara asas yang perlu ada

dalam Takaful E-letrik iaitu pelan pelindungan diri.

Hal ini, menjadi perkara asas kerana itu adalah perkara yang difokuskan oleh peserta dan

satu kemudahan kepada peserta apabila mengalami sesuatu perkara tidak dijangka

sebagai contoh kematian, kemalangan dan seumpamanya bahkan apabila berlaku

kejadian tersebut pelan tersebut akan memberi pampasan atas berlaku musibah dan

malapetaka. Jadi, perlindungan diri memberi satu penyelesaian kepada masalah peserta

apabila menghadapi musibah dan malapetaka. Hal ini membuktikan bahawa produk E-

letrik yang menyediakan pelan perlindungan diri dalam produk tersebut telah mebawa

kepada manfaat dan kemudahan kepada peserta ataupun pengguna.

Pelan Membaik Pulih Peralatan

Pelan ini merupakan antara pelan asas yang akan diperolehi oleh setiap peserta yang

menyertai produk Takaful E-letrik. Pelan ini akan memberi perlindungan serta membaik

pulih terhadap semua peralatan elektronik yang dilindungi itu apabila berlaku kerosakan

ataupun kemusnahan akibat musibah yang tidak terduga. Selain itu, menerusi pelan ini

juga bayaran pampasan akan diberikan kepada peserta supaya boleh menggurangkan

bebanan kos mereka untuk membaiki peralatan elektronik yang rosak semasa melanggan

produk takaful ini.

Dasar Liabiliti Am

Menerusi pelan ini yang juga merupakan pelan asas yang akan diterima oleh para peserta

yang melanggan perlindungan terhadap peralatan elektronik mereka. Pelan ini boleh
disertai samaada individu ataupun syarikat perniagaan yang ingin mendapatkan

perlindungan untuk setiap peralatan elektronik. Selain itu, pelan ini adalah merangkumi

kerosakan yang berlaku terhadap harta benda serta kecederaan yang dialami oleh orang

lain ketika berlakunya musibah tersebut. Misalnya, jika berlaku bencana seperti

kebakaran yang disebabkan oleh pendawaian yang rosak, maka pelan ini akan memberi

bayaran tunai sebagai pampasan bagi memastikan kos rawatan kepada kecederaan serta

kos untuk membaikpulihkan harta benda tersebut.

(Pelan Khas) Takaful Gangguan Perniagaan

Pelan Khas yang akan disediakan oleh Etiqa Takaful ialah takaful gangguan perniagaan.

Pelan ini dikhaskan bagi tujuan perniagaan industri kecil seperti perniagaan dodol yang

menggunakan peralatan elektrik dan mesin dalam proses perniagaannya. Pelan ini akan

merangkumi bagi kerugian pendapatan. Jika trak dan peralatan individu dimusnahkan

oleh api dan individu tidak boleh bekerja selama dua bulan, individu akan dilindungi

untuk keuntungan yang hilang dan perbelanjaan operasi.

E) JENIS/KAEDAH/PELAN CARUMAN PESERTA

Pelan Medical Card

Tidak menafikan pelan medical card atau kad perubatan merupakan perkara yang

penting pada masa kini. Kad perubatan merupakan satu manfaat yang besar dan

memudahkan risiko kepada pengguna apabila menghadapi musibah atau malapetaka


dimana ia diperlukan oleh peserta untuk mendapat rawatan di hospital. Secara umumnya,

risiko kepada penyakit semakin meningkat di Malaysia, kos rawatan hospital semakin

mahal dan ia juga membawa ketidakselesaan dan kesesakan yang berlaku di hospital

kerajaan sekaligus tidak dapat menampung ruangan hospital tersebut. Jadi, tidak kira

samada berlaku kemalangan atau sakit yang diperlukan untuk rawatan di hospital dimana

pelan medical card merupakan satu alternatif yang disediakan oleh syarikat etiqa takaful

dimana ia membawa perkara yang penting yang boleh memudahkan peserta dalam

mengalami risiko tanpa mengeluarkan kos rawatan yang terlalu besar. Medical card

daripada syarikat etiqa takaful juga dapat mengelakkan pengguna daripada berhutang

atau kesempitan wang dimana ia tidak mempunyai perlindungan diri sehingga kos

perbelanjaan yang tinggi. Medical card dalam kandungan tersebut mampu menyediakan

dari segi hilang upaya kekal, kemalangan dan sebagainya.

Selain itu, medical card dari produk E-letrik menyediakan penawaran sungguh memberi

manfaat kepada peserta dimana 40% ditanggung oleh peserta sendiri manakala 60%

ditanggung oleh syarikat Etiqa Tafakul sendiri malah bayaran untuk per bulan RM 80 dan

RM960 untuk setahun. Hal ini, membuktikan bahawa penawaran yang diberikan dalam

medical card ini sangat munasabah sehingga ia dapat mengurangkan beban peserta yang

dihadapi musibah mahupun malapetaka. Dengan itu, medical card atau kad perubatan

sangat memberi kemudahan kepada peserta serta pihak syarikat Etiqa Takaful sekaligus

dapat menjamin kebajikan kepada pencarum yang menyertai pelan tersebut. Maka,

terbukti bahawa medical card sangat difokuskan kepada peserta kerana ia membawa

kelebihan yang banyak dan manfaat kepada pengguna.

Pelan Perlindungan Diri


Perlindungan takaful yang ada dalam produk takaful E-letrik sangat diperlukan kerana

ia adalah satu perkara yang dapat mengurangkan risiko dan memudahkan. Perlindungan

diri terdiri daripada kemalangan , kematian dan sebagainya yang membawa kepada risiko

yang kemungkinan terjadi kepada peserta mahupun pengguna. Oleh itu, perlindungan diri

diperlukan kerana dalam hal yang berkait dengan elektrik sangat membawa kepada

bahaya kepada diri sendiri. Jadi perlindungan diri akan digunakan apabila terjadi sesuatu

musibah yang berkait dengan elektirk akan ditanggung oleh pihak syarikat Etiqa Takaful

disebabkan pencarum telah menyertai pelan perlindungan diri tersebut.

Perlindungan diri telah menawarkan kepada pencarum dimana pihak takaful akan

menanggung separuh atas kejadian yang berlaku atas dirinya malah peserta akan

mendapat pampasan daripada syarikat etiqa takaful sebanyak RM10,000 dan untuk per

sebulan pencarum membayar sebanyak RM80 manakala untuk setahun RM960. Hal ini,

menunjukkan bahawa pelan tersebut sangat lumayan dan sangat manfaat kepada peserta

kerana ia sangat membantu peserta dalam menghadapi musibah ini tersebut.

Pelan Membaik Pulih Peralatan

Syarikat Etiqa Takaful amat mementingkan kebajikan terhadap peserta yang memilih

setiap produk takaful yang disediakan. Sehubungan itu, dengan adanya produk Takaful E-

Letrik para peserta yang memilih perlindungan ini akan memperolehi pelan membaik

pulih peralatan eletronik yang dilindungi daripada sebarang kerugian atau musibah. Ini

kerana, apabila berlaku perkara yang tidak terduga kebanyakkan peralatan elektronik

akan rosak ataupun musnah. Oleh itu, pengendali takaful akan memberi pampasan dalam

bentuk tunai supaya boleh digunakan untuk menanggung kos membaiki peralatan
elektronik. Setiap anggaran pampasan yang akan diberi kepada peserta adalah berbeza

mengikut peralatan elektronik yang dilindungi.

Para peserta juga akan dikenakan bayaran premium atau dikenali sebagai yuran

kepada syarikat takaful. Yuran yang dikenakan adalah untuk memberi perlindungan serta

memastikan peserta memperolehi dapat membaik pulih peralatan elektronik jika berlaku

perkara yang tidak dijangka. Oleh itu, telah ditetapkan yuran bulanan untuk pelan

membaik pulih peralatan elektronik adalah sebanyak RM 100, manakala yuran yang

dikenakan sepanjang tahun adalah bernilai RM 1,200. Seterusnya, pelan ini juga hanya

merangkumi perkara yang melibatkan sebarang keroskan ataupun kemusnahan akibat

musibah, bencana yang tidak terduga seperti kebakaran dan sebagainya. Pelan ini akan

dikecualikan apabila ia berpunca daripada kecuaian peserta sendiri serta peralatan

eletronik tersebut tidak dinyatakan untuk menerima perlindugan.

Dasar Liabiliti Am

Berdasarkan pelan ini jika berlaku sesuatu musibah, maka ia boleh menyebabkan

kerosakkan terhadap harta benda serta seseorang boleh mengalami kecederaan pada

tubuh badan mereka. Oleh itu, peserta akan dipertangunggjawabkan untuk memulihkan

sebarang struktur harta benda yang musnah dalam musibah tersebut. Malahan,

perbelanjaan untuk rawatan perubatan bagi kecederaan yang dihadapi oleh orang lain

juga perlulah di tanggung oleh peserta sendiri. Menerusi pelan ini para peserta yang

menyertai produk Takaful E-Letrik akan menerima banyaran anggaran pampasan oleh

pengendali takaful yang boleh digunakan dalam memastikan membantu peserta agar tidak
terbeban dengan pelbagai perkara. Oleh itu, para peserta boleh memastikan pemulihan

harta benda serta rawatan kecederaan berjalan dengan lancar.

Bayaran anggaran pampasan yang diberikan adalah berbeza mengikut kerugian

yang berlaku akibat situasi sesuatu musibah. Pembayaran pampasan yang dikenakan

adalah perlindungan yang disediakan oleh Etiqa takaful kepada setiap peserta. Menerusi

bayaran pampasan ini peserta boleh menggunakan untuk menampung kos-kos membaik

pulih serta rawatan perubatan. Seterusnya, setiap pelan akan dikenakan yuran secara

bulanan serta tahunan untuk memastikan perlindungan peralatan elektronik terus

dilindungi. Yuran bulanan yang telah ditetapkan adalah bernilai RM 40 bagi setiap bulan

dan diikuti yuran sebanyak RM 480 untuk setahun.

(Pelan Khas) Takaful Gangguan Perniagaan

Pelan Khas yang akan disediakan oleh Etiqa Takaful ialah takaful gangguan perniagaan.

Produk ini memberikan perlindungan berkenaan dengan dua bahagian iaitu bagi

kerosakan bahan dan peningkatan kos kerja. Bagi kerosakan bahan, ia meliputi semua

pemasangan perkakasan termasuk peralatan dan aksesori. Manakala, bagi peningkatan

kos kerja, pihak takaful akan memberi ganti rugi untuk kenaikan kos kerja berikutan

kehilangan bahan atau kerosakan yang menanggung kos menyewa peralatan. Takaful ini

memberi perlindungan adalah selama satu tahun. Individu perlu memperbaharui sijil

takaful setiap tahun. Yuran bulanan bagi takaful gangguan perniagaan ialah RM 600

manakala jumlah tahunan ialah sebanyak RM 7,200.

Jumlah pampasan yang diberikan oleh pihak takaful adalah berbeza bergantung kepada

pendedahan risiko, pengunderaitan keperluan serta jumlah perlindungan harta tanah.


Produk ini tidak akan menanggung kerugian tertentu, misalnya perang, pencerobohan,

tindakan musuh asing, permusuhan, rusuhan, serangan serta perkara yang berkaitan

dengannya. Selain itu, produk ini turut tidak menanggung bagi risiko tindak balas

nuklear, radiasi, radioaktif dan pencemaran serta tindakan sengaja atau kecuaian yang

disengajakan oleh mana-mana pegawai peserta. Produk ini juga tidak menanggung bagi

penghentian sebahagian atau keseluruhan kerja kerana kurang digunakan serta kerugian

akibat sebarang kejadian lain yang dilarang oleh prinsip Syariah.

You might also like