You are on page 1of 9

ANUGERAH CEMERLANG

KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN KEBANGSAAN 2018

BORANG DAN
PANDUAN PENYERTAAN

MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)
d/a JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
ARAS 5, BLOK D4, KOMPLEKS D,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62530 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
TEL : 603-8000 8000
FAKS : 603-8889 2354

1
MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

ANUGERAH CEMERLANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEBANGSAAN 2018

1.0 PENGENALAN

1.1 Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018
dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Majlis anugerah ini diadakan
setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang
telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang di dalam
perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja
mereka.

1.2 Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk
menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan
kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

2.0 KATEGORI ANUGERAH

Anugerah adalah terbuka bagi penyertaan kepada pelbagai industri di Malaysia. Terdapat lapan
(8) kategori utama yang diberikan kepada organisasi yang menunjukkan rekod pencapaian yang
cemerlang dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Kategori anugerah adalah seperti berikut :-

2.1 Anugerah Tempat Kerja

2.1.1 Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Elektrik/Elektronik;


2.1.2 Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Petroleum/Gas/Kimia;
2.1.3 Anugerah Pengilangan Industri Besar – Kategori Lain-lain Pengilangan;
2.1.4 Anugerah Perusahaan Kecil dan Sederhana (definasi : jumlah jualan tahunan
syarikat tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 200 orang);
2.1.5 Anugerah Perlombongan dan Penguarian;
2.1.6 Anugerah Pembinaan;
2.1.7 Anugerah Pertanian;
2.1.8 Anugerah Perhutanan;
2.1.9 Anugerah Perikanan;
2.1.10 Anugerah Kemudahan (Pembekalan Eletrik);
2.1.11 Anugerah Kemudahan (Air);
2.1.12 Anugerah Kemudahan (Gas);
2.1.13 Anugerah Kemudahan (Kebersihan);
2.1.14 Anugerah Pengangkutan (Pengangkutan Awam, Bas, Udara & Keretapi);
2.1.15 Anugerah Penyimpanan (Gudang Penyimpanan);
2.1.16 Anugerah Komunikasi (Komunikasi, Satelit & Internet Services Provider);
2.1.17 Anugerah Perdagangan Borong dan Runcit;
2.1.18 Anugerah Hotel dan Restoran;
2.1.19 Anugerah Kewangan, Insuran dan Harta Tanah;
2.1.20 Anugerah Perkhidmatan Perniagaan; dan
2.1.21 Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan.

2
2.2 Anugerah Tokoh (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan);
2.3 Anugerah Media;
2.4 Anugerah Wartawan;
2.5 Anugerah Mentor-Mentee;
2.6 Anugerah Sekolah (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan);
2.7 Anugerah Institut Pengajian Tinggi (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), dan
– Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej
Komuniti, Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) atau IKBN
2.8 Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).

3.0 KRITERIA PEMILIHAN CALON PENERIMA ANUGERAH

3.1 KATEGORI TEMPAT KERJA, MENTOR-MENTEE, SEKOLAH DAN INSTITUT


PENDIDIKAN TINGGI (KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN)

3.1.1 Anugerah ini diberikan kepada organisasi yang telah melaksanakan Sistem
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja dan mempunyai rekod
pencapaian yang cemerlang dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan;

3.1.2 Prestasi pencapaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja akan
dinilai bagi tempoh sepanjang Tahun 2017 dan juga sehingga tempoh proses
penilaian selesai dilaksanakan;

3.1.3 Kriteria penilaian adalah seperti berikut :

• Melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


dan Sistem Pencapaian Systematic Occupational Health Enhancement Level
Programme (SoHELP) yang cemerlang ditempat kerja;
• Mempunyai Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berkesan;
• Mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang aktif
dan efektif;
• Menyedia dan melaksana Pelan Tindakan Kecemasan yang efektif; dan
• Mempunyai rekod kemalangan yang baik serta tiada kemalangan maut,
penyakit perusahaan atau hilang upaya kekal sepanjang tahun 2017 dan
juga sehingga tempoh proses audit selesai dilaksanakan.

3.1.4 Proses Penilaian

• Penilaian pertama – Pihak yang memohon dinilai oleh pejabat JKKP Negeri;
• Penilaian kedua – Disenarai pendek (Shortlisted) berdasarkan kepada hasil
taklimat, senarai semak dan dokumen/maklumat sokongan yang
dikemukakan oleh pihak yang dinilai; dan
• Penilaian ketiga – Menjalankan penilaian di tempat kerja yang telah
disenarai pendek.
• Proses Penilaian akan dijalankan oleh juruaudit yang dilantik oleh Majlis
Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
• Kekerapan proses penilaian di tempat kerja akan ditetapkan oleh Majlis
Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
• Tarikh penilaian yang dijalankan akan dimaklumkan oleh juruaudit;
• Taklimat dan penerangan kepada jururaudit semasa proses penilaian
dijalankan berkaitan perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan, SoHELP serta senarai semak OSH MS 1722; dan juga
• Dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan kepada juruaudit semasa
penilaian dijalankan.

3
3.2 KATEGORI TOKOH (KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN)

3.2.1 Anugerah ini diberikan kepada individu (perseorangan) yang mempunyai


pencapaian rekod yang cemerlang dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan
diperingkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa.

3.2.2 Kriteria penilaian adalah seperti berikut :

• Calon adalah Warganegara Malaysia;


• Menjadi penggerak (initiator) kepada program-program Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan diperingkat organisasi, kebangsaan atau antarabangsa;
• Sedang atau pernah bergiat cergas diperingkat organisasi, kebangsaan atau
antarabangsa dalam memperjuangkan dan mempertingkatkan taraf
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
• Pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan artikel
berkaitan dengan keselamatan dan Kesihatan pekerjaan; dan
• Lain-lain sumbangan (berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan).

3.2.3 Penilaian pencalonan akan dijalankan oleh Panel Jawatankuasa yang dilantik
oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

3.2.4 Borang permohonan penyertaan hendaklah disertakan bersama dengan


dokumen sokongan yang berkaitan. Sila nyatakan maklumat peribadi seperti
gambar passport, no. kad pengenalan, alamat surat menyurat, no. telefon, no.
Fak, nama organisasi, jawatan terakhir dan kelulusan akademik tertinggi.

3.3 KATEGORI MEDIA

3.3.1 Anugerah ini diberikan kepada media yang telah menunjukkan komitmen dan
kerjasama yang tinggi di dalam menangani dan mempromosikan isu-isu
berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

3.3.2 Kriteria penilaian adalah seperti berikut :

• Media yang paling banyak memberi liputan serta paling meluas di dalam
aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
• Menyiarkan berita atau artikel berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan; dan
• Membantu di dalam mempromosi dan mempertingkatkan tahap kesedaran
terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

3.3.3 Borang permohonan penyertaan hendaklah disertakan bersama dokumen


sokongan seperti rekod penyiaran, salinan berita atau artikel serta dokumen
lain yang berkaitan.

3.4 KATEGORI WARTAWAN

3.4.1 Anugerah ini diberikan kepada wartawan yang telah menunjukkan komitmen
dan kerjasama yang tinggi di dalam menangani dan mempromosikan isu-isu
berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

3.4.2 Kriteria penilaian adalah seperti berikut :

• Mestilah Warganegara Malaysia;


• Anugerah ini diberikan kepada wartawan yang terlibat secara langsung
dalam liputan atau menerbitkan artikel serta berita yang paling banyak
tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada negara ini di dalam
media masing-masing;
• Membantu di dalam mempromosi dan mempertingkatkan tahap kesedaran
terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

4
3.4.3 Borang permohonan penyertaan hendaklah disertakan bersama dokumen
sokongan seperti rekod penyiaran, Salinan berita atau artikel serta dokumen
lain yang berkaitan.

3.5 KATEGORI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN)

3.5.1 Anugerah ini diberikan kepada individu (perseorangan) yang sedang


menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau yang setaraf serta telah
menunjukkan pencapaian rekod yang cemerlang dalam keselamatan dan
kesihatan pekerjaan diperingkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa.

3.5.2 Kriteria utama penilaian adalah seperti berikut:

• Terbuka kepada warganegara dan juga bukan warganegara Malaysia;


• Mematuhi semua perundangan Malaysia;
• Sedang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau yang setaraf dan
bertanggungjawab dalam semua urusan organisasi;
• Organisasi tidak pernah mengalami kemalangan maut termasuk penyakit
perusahaan yang mengakibat maut atau hilang upaya yang tetap di
sepanjang tahun 2017 sehingga kini;
• Organisasi yang diterajui telah melaksanakan sepenuhnya sistem
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan Sistem Pencapaian
Systematic Occupational Health Enhancement Level Programme (SoHELP)
dengan cemerlang di tempat kerja;
• Menunjukkan komitmen yang tinggi serta terlibat secara langsung dalam
aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi seperti
menyediakan peruntukan kewangan untuk keselamatan dan kesihatan
pekerjaan setiap tahun, memberi latihan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, menyediakan peralatan keselamatan diri, mempengerusikan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan lain-lain yang berkaitan;
• Organisasi mendapat pengiktirafan persijilan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa seperti OHSAS, OSHMS, dan lain-lain;
• Melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) dan program
mentor-mentee berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
terhadap pekerja,masyarakat, industri, negara dan antarabangsa;
• Organisasi pernah menerima anugerah atau pengiktirafan berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa;
• Pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan artikel
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
• Pernah memberi sumbangan idea-idea yang bernas kepada negara dalam
mempertingkatkan tahap Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan;
• Sedang atau pernah bergiat cergas dalam memperjuangkan dan
mempertingkatkan taraf Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan di peringkat
organisasi, kebangsaan atau antarabangsa;
• Menjadi penggerak (initiator) kepada program-program Keselamatan dan
Kesihatan pekerjaan di peringkat organisasi, kebangsaan atau
antarabangsa; dan
• Mempunyai sijil kompetensi dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

3.5.3 Borang permohonan penyertaan hendaklah disertakan bersama dokumen


sokongan bagi tujuan penilaian Jawatankuasa panel penilaian.

5
4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

4.1 Semua penyertaan adalah percuma.

4.2 Semua pencalonan mestilah menggunakan borang penyertaan Anugerah Cemerlang


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 yang telah ditetapkan.

4.3 Borang penyertaan hendaklah sampai ke Pejabat JKKP Negeri sebelum atau pada tarikh
tutup yang telah ditetapkan.

5.0 KEPUTUSAN PENERIMA ANUGERAH

5.1 Penilaian terakhir bagi penerima anugerah akan diputuskan oleh Majlis Negara bagi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

5.2 Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018
dijangkakan diadakan pada bulan November 2018 samada di Kuala Lumpur / Putrajaya.

5.3 Semua keputusan penilaian adalah muktamad dan sulit. Sebarang permohonan rayuan
tidak akan dipertimbangkan.

5.4 Pemenang-pemenang akan dimaklumkan secara lisan atau melalui surat/e-mel sebelum
majlis tersebut.

6
6.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Semua borang penyertaan hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2018 (tertakluk
kepada pindaan) TERUS kepada:

PEJABAT JKKP NEGERI (DOSH STATE OFFICE)

WP Kuala Lumpur Selangor Pulau Pinang


Aras 11 (West Wing), The I-CON Tingkat 7, Wisma Consplant 2, Tingkat 4, Kompleks Sempelai
No. 1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Jaya, Jalan Sempelai,13700
Razak, 55000 Kuala Lumpur Selangor Seberang Jaya, Pulau Pinang
(E): jkkpwp@mohr.gov.my (E): jkkpsl@mohr.gov.my (E): jkkppp@mohr.gov.my
(T): 03-2161 1414 / 03-2161 (T): 03-5623 6400 (T): 04-399 1144 / 04-399 4106
0720 / 03-2166 0412 (F): 03-5638 9159 (F): 04-390 8844
(F): 03-2161 0809

Johor Perak Kedah


Tingkat 9, Menara TJB, Jalan Dato' Tingkat 3, Bangunan Sri Kinta, Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan
Mohd Mufti, 80534 Johor Bahru, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Pusat Pentadbiran Kerajaan
Johor Ipoh, Perak Persekutuan, 06550 Bandar
(E): jkkpjh@mohr.gov.my (E): jkkppk@mohr.gov.my Muazam Shah, Kedah
(T): 07-221 4121 / 07-224 2122 / (T): 05-254 9711 / 05-253 0629 / (E): jkkpkd@mohr.gov.my
07-224 3076 05-242 1925 (T): 04-700 0100 / 04-735 5880
(F): 07-224 2667 (Tingkat 9) / 07- (F): 05-255 5219 (F): 04-732 9659
224 9039 (Tingkat 7)

Perlis Negeri Sembilan Melaka


No 3, Jalan Hospital, 01000 Tingkat 4 & 5, Wisma PERKESO Aras 3 & 4, Menara Persekutuan,
Kangar Perlis Jalan Sg. Ujong, 70000 Seremban, Jalan Persekutuan, Hang Tuah
(E): jkkpps@mohr.gov.my Negeri Sembilan Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
(T): 04-977 4100 (E): jkkpns@mohr.gov.my (E): jkkpmk@mohr.gov.my
(F): 04-976 7427 (T): 06-761 2828 (T): 06-234 5123 / 06-234 5124 /
(F): 06-764 3143 06-234 5125 / 06-234 5126 / 06-
234 5127 / 06-234 5128 / 06-234
5129
(F): 06-234 5121

Pahang Terengganu Kelantan


Tingkat 2, Wisma PERKESO, Jalan Aras 3, Wisma Perkeso, Jalan Air Tingkat 5, Wisma PERKESO,
Mat Kilau, 25000 Kuantan, Pahang Jernih, 20538 Kuala Terengganu, PT 304-307, Seksyen 22, Jalan
(E): jkkpph@mohr.gov.my Terengganu Kota Darul Naim,15538 Kota
(T): 09-513 2906 / 09-513 2834 (E): jkkptg@mohr.gov.my Bharu, Kelantan
(F): 09-513 2923 (T): 09-622 5288 (E): jkkpkn@mohr.gov.my
(F): 09-623 6654 (T): 09-748 2875 / 09-748 8745
(F): 09-747 9745

Sabah WP Labuan Sarawak


Tingkat 1, Sayap Kanan, Wisma Lot 5-10, Tingkat 1, Wisma Wong Aras 17, Bangunan Ariva Kuching
PERKESO, No. 11, Lorong Wo Lo, 87000 Wilayah Gateway, No. 9, Jalan Bukit Mata,
Sempelang, 88100 Kota Kinabalu, Persekutuan Labuan 93100 Kuching, Sarawak
Sabah (E): jkkpwplb@mohr.gov.my (E): jkkpsw@mohr.gov.my
(E): jkkpsb@mohr.gov.my (T): 087-424 857 / 087-424 858 (T): 082-242 257
(T): 088-235 855 / 088-230 855 / (F): 087-424 855 (F): 082-259 846
088-253 576
(F): 088-233 367

7
7.0 Sekiranya ada pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai berikut:

Setiausaha,
Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
(Kementerian Sumber Manusia)
Aras 5, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon : +603-8000 8000
Faks : +603-8889 2354

• En. Pavintheran a/l Kandasamy Tel: 03-8886 5265 E-mel : pavin@mohr.gov.my

• Pn. Norliza binti Abu Othman Tel: 03-8889 5264 E-mel : norliza_o@mohr.gov.my

• En. Anuksin a/l Eh Klim Tel: 03-8871 1241 E-mel : anuksin@mohr.gov.my

• En. Mat Zawawi bin Zakaria Tel: 03-8889 5264 E-mel : matzawawi@mohr.gov.my

• En. Lee Kem Seng Tel: 03-8886 5271 E-mel : kslee@mohr.gov.my

• Pn. Nor Roslinda binti Mat Zan Tel: 03-8886 5696 E-mel : norroslinda@mohr.gov.my

8
MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)
BORANG PENYERTAAN
ANUGERAH CEMERLANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEBANGSAAN 2018

A. Butir-butir Pemohon*:

Nama: ___________________________________________________________________________________________________________________

Alamat: ________________________________________________________________________________________________________________

No. Tel : _______________________________ No. Faks : ______________________________ E-mel : ____________________________

B. Alamat Tempat Yang Di Audit* (jika lain dari alamat atas) :___________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________________________

C. Jenis Anugerah Yang Dipohon (Sila √ pada kotak)

Pengilangan Industri Besar - Kategori Elektrik Komunikasi


/ Elektronik Jenis:_________________________________________________
Pengilangan Industri Besar - (bukan luar Pengangkutan
pantai) Kategori Petroleum / Gas / Kimia Jenis:_________________________________________________
Pengilangan Industri Besar - Kategori Penyimpanan
Pengilangan Lain-lain Jenis:_________________________________________________
Perusahaan Kecil dan Sederhana Kemudahan:
(definasi : jumlah jualan tahunan syarikat tidak
( Gas / Air / Elektrik / Kebersihan* )
melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh
masa tidak melebihi 200 orang) Jenis:_________________________________________________

Perlombongan dan Penguarian Perdagangan Borong dan Runcit

Pembinaan (termasuk Kerja Kejuruteraan) Hotel dan Restoran

Pertanian (termasuk Penternakan) Kewangan, Insuran dan Harta Tanah

Perhutanan Perikanan (termasuk Darat dan Laut)


Perkhidmatan Perniagaan (selain dari Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa
tersebut di atas) Tempatan
Mentor-Mentee (semua industri – Syarikat
Sekolah (KKP)
Mentor dan Mentee akan diaudit bersama.)
Media Wartawan

Tokoh (KKP) Institut Pendidikan Tinggi (KKP)

Ketua Pegawai Eksekutif (KKP)

D. Butir-Butir Pemohon dan Pegawai Dihubungi

Pemohon / Wakil Majikan Pegawai Dihubungi

Tandatangan: _________________________________________________ Tandatangan: _________________________________________________

Nama: ________________________________________________________ Nama: ________________________________________________________

Jawatan: ______________________________________________________ Jawatan: ______________________________________________________

No. Tel: ________________________________________________________ No. Tel: ________________________________________________________

No. Faks: ______________________________________________________ No. Faks: ______________________________________________________

No. H/P: _______________________________________________________ No. H/P: _______________________________________________________

E-mel:__________________________________________________________ E-mel:__________________________________________________________

Nota : (* Potong mana yang tidak berkenaan)

You might also like