You are on page 1of 4

SEKSYEN 100 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN

MENGENAI TUBUH TERMASUK MENYEBABKAN KEMATIAN


• Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh termasuk menyebabkan dengan sengaja
kematian atau apa-apa kerosakan
yang lain kepada penyerang itu.
• Tertakluk kepada sekatan-sekatan dibawah seksyen 99 KK.

• Jika kesalahan yang menyebabkan hak itu dijalankan dari mana-mana jenis kesalahan berikut
:SEK 100 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI TUBUH BADAN
TERMASUK MENYEBABKAN KEMATIAN
• Serangan Dan Ketakutan Menyebabkan Kematian
(Seksyen 300 Kanun Keseksaan)
• Serangan Dan Ketakutan Menyebabkan Cedera Parah. (Seksyen 320 Kanun Keseksaan )
• Serangan Dgn Niat Melakukan Rogol
(Seksyen 376 Kanun Keseksaan)
• Serangan Dgn Niat Melakukan Sodomi/Liwat(Seksyen 377a – 377c Kanun Keseksaan)
• Serangan Dgn Niat Melakukan Culik
(Seksyen 359 Kanun Keseksaan)
• Serangan Dgn Niat Melakukan Kurungan Salah. (Seksyen 340 Kanun Keseksaan)

Penjelasan
• “Ketakutan yang munasabah bahawa kematian akan berlaku” – merupakan fakta yang mana
Mahkamah akan putuskan berdasarkan keadaan sekeliling kes itu seperti“keadaan bentuk
badan” serta “kelakuan mangsa” serta “senjata yang digunakan”.

• Misalan 1 :
• Simati yang berbadan tegap dan kuat telah menagih hutang daripada tertuduh dengan kasar
sekali. Apabila tertuduh berdiam diri, simati tadi terus mengambil sebilah pisau dan mengacu
kearah tertuduh. Tertuduh kemudian mengambil sebatang kayu dan terus memukul tangan
simati dan pisau tersebut pun tercampak. Semasa pergelutan untuk mengambil pisau
tersebut,simati telah tertusuk pisau itu dan terbunuh. Di putuskan bahawa semasa simati
mengacukan pisau kearah tertuduh, telah menimbulkan ketakutan yang munasabah bahawa
kematian akan berlaku.

Misalan 2:
Di dalam kes : Wong Lai Fatt lwn Pendakwa Raya (1973) 2 MLJ 31, seorang suami telah
menikam sehingga mati seorang lelaki yang cuba merogol isterinya semasa pasangan suami
isteri itu berada di rumah mereka. Mahkamah Persekutuan telah membebaskan suami
berkenaan daripada tuduhan membunuh di atas alasan bahawa ia telah menjalankan hak
Pertahanan
Persendirian dalam mempertahankan isterinya daripada dirogol.
SAMA ADA TERTUDUH BERTINDAK DALAM PERTAHANAN PERSENDIRIAN ATAU
SEBALIKNYA ?
Mahkamah menyatakan;
“….Tiada mana-mana peruntukan undang-undang pertahanan persendirian yang menyatakan
bahawa hak pertahanan persendirian terhadap tubuh badan tiada boleh digunakan terhadap si
penyerang yang tidak bersenjatakan apa-apa. Meneliti kepada
peruntukkan seksyen 100 kanun keseksaan, ia jelas menunjukkan sama ada seseorang itu
mempunyai hak pertahanan persendirian terhadap tubuh badan didalam kes ini adalah
bergantung kepada cara mana dan bentuk tindakan seseorang itu diserang, dan bukanlah di
atas persoalan samada dia mempunyai senajata atau sebaliknya.

SAMA ADA TERTUDUH BERTINDAK DALAM


PERTAHANAN PERSENDIRIAN ATAU SEBALIKNYA ?
Sekiranya semasa serangan itu dikenakan, dia mempunyai sebab yang munasabah bahawa
orang yang menyerangnya akan samada menyebabkan kematian atau kecederaan parah
terhadapnya maka, dia mempunyai justifikasi untuk menyebabkan kematian terhadap si
penyerang tersebut dalam
melaksanakan hak pertahanan persendirian tanpa mengambil kira fakta sama ada si penyerang
itu mempunyai senjata atau sebalinya”

SEKSYEN 101 HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN BOLEH MENDATANGKAN


KEROSAKAN.
• Selain dari Seksyen 99 dan Seksyen 100 hak pertahanan persendirian hanya boleh
mendatangkan kerosakan sahaja tidak
kematian.

SEK 102 HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN TUBUH BADAN BERMULA DAN MASIH ADA.
• Hak itu bermula terbitnya perasaan takut yang munasabah akan bahaya terhadap tubuh
badan dari satu percubaan atau ugutan
walapun kesalahan tidak dilakukan selagi perasaan dan bahaya kepada tubuh masih ada.

Misalan:
si mati telah meminta hutangnya dari tertuduh dalam keadaan sangat agresif.Ia kemudiannya
mengambil sebilah pisau dan terus meluru ke arah tertuduh yang masih lagi
berdiamkan dirinya. Apabila melihat keadaan tersebut yang sungguh merbahaya, tertuduh yang
mengambil sebatang kayu dan memukul tangan simati yang menggenggam pisau
menyebabkan pisau itu jatuh lalu mereka terus bergelut. Dalam keadaan tersebut, tertuduh
telah memperolehi pisau berkenaan
dan menikam si mati.Mahkamah menyatakan bahawa tertuduh adalah berhak mempertahankan
nyawanya dan hak tersebut bermula dari masa simati menerkam bahaya
yang mendatang kepada keselamatan nyawa tertuduh. Sekiranya pisau itu diperolehi oleh
simati, maka besar kemungkinan simati akan menikam pihak tertuduh. Demi mengelakkan
nyawa terancam dan dibunuh maka, ia sempat mempertahankan dirinya dengan menikam si
mati.

BUKAN SUATU PERTAHANAN PERSENDIRIAN ?


Di mana tiada wujud lagi sebarang bentuk bahaya atau ketakutan yang munasabah akan
bahaya maka, tiada wujud lagi pembelaan pertahanan persendirian.Mahkamah
menyatakan;
“…Suatu kekerasan yang berulang-ulang dikenakan terhadap simati, ianya adalah merupakan
suatu tekanan kekerasan. Di atas perkara fakta yang dibentangkan, tiada wujud lagi sebarang
pertahanan persendirian. Jelas menunjukkan kecederaan yang dikenakan terhadap si mati
adalah sangat berlebihan daripada imbangan kecederaan yang dibenarkan(menikam
bertubi-tubi). Apa yang jelas adalah merupakan suatu kekerasan yang sangat tidak logik yang
boleh dipercayai.

Hak Pertahanan Persendirian Akan Luput Sebaik Sahaja Seseorang Itu Keluar Daripada
Keadaan Bahaya.
“….Adalah didapati bahawa tahap keadaan merbahaya ke atas tertuduh dan ke atas tubuh
badannya adalah munasabah. Oleh itu tertuduh mempunyai hak pertahanan persendirian.
Tetapi,perlulah dilihat bahawa dalam kes ini, simati hanya bersenjatakan sebatang kayu
manakala tertuduh mempunyai senjata api yang boleh membunuh dan kecederaan yang
dialami hanyalah
berbentuk lapisan nipis. Walaubagaimanapun, kayu itu bukanlah yang boleh menyebabkan
kepala atau tulang pecah.

• Dalam kes Kata Singh vs Emperor 1933 Lah 167.


• A seorang lelaki yang ganas serta berbadan tegap dan kuat.Manakala B pula adalah seorang
yang berbadan kecil dan lemah.
Pada suatu hari satu pertengkaran berlaku antara A dan B. A dengan bersenjatakan sebatang
kayu telah menyerang B hingga
menjatuhkannya. B kemudiannya berjaya memukul A dan memukul bertubi-tubi di kepala A.
Tiga hari kemudian A meninggal dunia.Mahkamah memutuskan bahawa hak pertahanan
persendirian mengenai tubuh telah dilaksanakan oleh B secara sah di sisi
undang-undang.

• Dalam kes Nga Chit Tin A.I.R Rang. 225.


• A semasa berada di sebuah pondok telah diugut oleh B. A kemudian terus beredar dari
pondok berkenaan atas kehendaknya sendiri.
Kemudian dengan tiba-tiba datang kembali dan terus memukul B dengan sebatang kayu. B
kemudiannya telah mati.
• Mahkamah memutuskan bahawa A tidak mempunyai hak pertahanan persendirian di sini,
kerana sebaik saja A beredar dari
pondok berkenaan, ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada tubuh A telah reda.
SEKSYEN 103 BILA HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN MENGENAI HARTA TERMASUK
MENYEBABKAN KEMATIAN
• Serangan menyebabkan rompak
• Pecahrumah dan curi waktu malam
• Khianat dengan api
• Mencuri ataupun pencerobohan rumah.

You might also like