You are on page 1of 14

OUMM3203

FAKULTI BISNES & PENGURUSAN

SEMESTER MEI / 2019

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

NO. MATRIKULASI : 890805025473001


NO. KAD PENGNEALAN : 890805-02-5473
NO. TELEFON : 011-55320530
E-MEL : munir89@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : ALOR SETAR LEARNING CENTRE

1
OUMM3203

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 ISI KANDUNGAN 2
2 PENGENALAN 3
3 ANALISIS EKONOMI TENTANG PERBUATAN RASUAH 5
4 ANALISIS PERUNDANGAN TENTANG PERBUATAN 7
RASUAH
5 ANALISIS ETIKA TENTANG PERBUATAN RASUAH 9
6 KESIMPULAN 11
7 RUJUKAN 13

2
OUMM3203

1.0 PENGENALAN

Rasuah berlaku kerana terdapat sebahagian individu sanggup menggunakan cara yang salah
untuk memaksimumkan keuntungan personal atau korporat. Tetapi, individu yang terlibat dalam
aktiviti rasuah ini perlukan keadaan di mana mereka tidak dihalang atau digalak daripada berbuat
demikian. Motivasi rasuah dalam sesetengah kes mungkin satu tindakan sukarela yang diambil
oleh pihak yang mempunyai niat yang tersendiri untuk mendapat kelebihan kompetitif. Sebagai
contoh, kontraktor mungkin merasa terpaksa menawarkan rasuah semasa tender jika beliau
percaya pesaingnya akan menawarkan rasuah.

Jika tidak ada budaya ketelusan dalam infrastruktur, ia menjadi sebab dan peluang untuk
aktiviti rasuah. Rasuah juga boleh berlaku apabila terdapat godaan (temptation) dan serba boleh
(permissiveness) dan apabila ketiadaan semakan institusi ke atas kuasa, proses membuat
keputusan yang tidak jelas, serta apabila masyarakat awam adalah daif. Maka, adalah penting
untuk mewujudkan mekanisme kawalan dan halangan sistemik bagi mencegah salah guna kuasa.

Definisi rasuah menurut Anonymous (2019) merupakan penerimaan atau pemberian suapan
sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah,
bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah
menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan
projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Oleh hal yang demikian, menurut Roos Niza Mohd Shariff (2019) secara umumnya, rasuah
merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk
wang tunai atau barangan berharga atau perkhidmatan sebagai upah bagi melakukan suatu
perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang. Suapan rasuah boleh jadi
dalam bentuk wang tunai, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun, pinjaman,
tambang tiket penerbangan percuma sebagai balasan bagi tugas rasmi dan sebagainya.

3
OUMM3203

Definisi rasuah diteruskan menurut Mohamad Waliy Bolkini Bin Haji Ahmad dan Mohd
Farhan Bin Md Ariffin (2012) sebab rasuah berlaku boleh dikatakan terpulang kepada sikap
individu itu sendiri. Ini kerana walaupun ada segelintir masyarakat yang berpendapatan tinggi,
tetapi masih juga melibatkan diri dengan najis rasuah. Jadi, kemiskinan atau berpendapatan
rendah bukanlah faktor utama sebab berlakunya rasuah. Punca berlakunya rasuah boleh
diberikan kepada dua bahagian iaitu dorongan dalam dan tarikan luaran.

Sifat tamak, keinginan hidup mewah lebih dari kemampuan, kecintaan pada maksiat, gaya
hidup yang suka berfoya-foya dan iman yang lemah serta tidak takutkan Allah s.w.t adalah faktor
dalaman berlakunya rasuah. Manakala unsur luaran seperti desakan hidup, adanya peluang yang
terbuka menjadi faktor utama bagi dorongan luaran untuk berlakunya gejala rasuah ini

Manakala menurut Burhanuddin Jalal (2019) dalam artikel Didik Jiwa Benci Gejala Rasuah,
terdapat tiga teori sebab rasuah boleh berlaku. Pertama adalah teori kesempitan hidup. Ini
bermaksud, individu melakukan rasuah kerana gajinya kecil atau pendapatan yang rendah,
sedangkan keperluan kehidupan dan kewangan yang lebih daripada sumber yang sedia ada.
Kedua ialah teori peluang atau kesempatan. Berdasarkan teori ini, individu melakukan rasuah
disebabkan ada peluang, kesempatan atau ruang yang ada, walaupun pada awalnya individu itu
tidak mempunyai niat ataupun perancangan melakukan perbuatan itu.

Seterusnya, beliau menambah teori yang ketiga iaitu teori kelemahan menyatakan bahawa
amalan rasuah berpunca daripada kelemahan pentadbiran, khususnya urus tadbir pihak kerajaan.
Kelemahan ini mungkin berpunca daripada faktor kelemahan dalam pelaksanaan undang-undang
atau kelemahan dari aspek mekanisme pengawasan atau penguatkuasaan oleh kerajaan.

Terdapat beberapa senarai amalan rasuah yang telah di keluarkan Anonymous (2019)
mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Pertama, wang, derma, hadiah,
pinjaman, ganjaran, cagaran berharga, hartanah atau kepentingan dalam apa-apa jenis harta
samada alih atau tak alih, faedah kewangan atau apa-apa manfaat yang lain. Kedua, apa-apa
jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan dan apa-apa perjanjian
untuk memberi perkhidmatan atas apa-apa sifat.

4
OUMM3203

Ketiga, apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi
atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya. Keempat, apa-apa jenis
balasan, pelepasan, komisyen, rebat, bonus, potongan atau peratusan. Kelima, apa-apa perbuatan
menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga. Keenam,
apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain. Dan yang terakhir, apa-apa tawaran, aku janji
atau janji, samada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan.

2.0 ANALISIS EKONOMI TENTANG PERBUATAN RASUAH

Menurut Sarah Dina Mohd Adnan dan Mohd Adib Ismail (2013) kesan yang paling besar
daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-
kacir. Akibatnya,ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian
kepentingan masyarakat dan sebagainya. Menurut kedua-duanya juga, bahawa budaya rasuah
juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Seperti yang berlaku
di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk
kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

Seterusnya, menurut Eddy Dogol (2012) rasuah juga telah menyebabkan tumpuan
pelaburan dan pembangunan tidak seimbang dan saksama. Iaitu jika berlakunya rasuah dan
penyelewengan, maka ia akan mewujudkan golongan masyarakat yang terpaksa menanggung
kesan buruknya. Tumpuan pembangunan dan pelaburan berpusu-pusu ke sektor tertentu sahaja.
Beliau turut menambah pandangan, ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor ini
mempunyai permintaan dan keuntungan yang tinggi tetapi kerana rasuah. Maka berlakulah
pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk
melakukan rasuah, maka ia tidak diperkembangkan.

Oleh hal yang demikian, Mohd Shahrizal (2011) turut memberikan pendapat bahawa
rasuah telah mengugat pertumbuhan ekonomi negara kita. Menurut beliau, rakyat sedia maklum
negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah negara maju. Pertumbuhan ekonomi
sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus melebih satu dekad menunjukkan rakyat berpotensi
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa untuk

5
OUMM3203

mengekalkan momentun tersebut maka rakyat perlu mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini,
rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, rakyat
memerlukan pelaburan asing yang banyak. Bagaimana jika pelabur asing menganggap Malaysia
sebagai sebuah negara yang dilingkari dengan kegiatan rasuah, maka pelabur asing cenderung
tidak begitu berminat untuk melabur di sini.

Secara tuntasnya, dapat dirumuskan disini bahawa rasuah juga akan menjauhkan jurang
perbezaan di antara golongan miskin dan kaya. Lazimnya golongan yang kaya mempunyai
sumber kewangan yang banyak untuk mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat oleh
pegawai kerajaan, lalu membolehkan mereka memperoleh lebih banyak peluang yang
ditawarkan oleh kerajaan, walaupun kadangkala mereka tidak berhak mendapatkannya. Rasuah
kepada mereka merupakan satu jambatan untuk mengaut lebih banyak keistimewaan dan
menambahkan kekayaan. Keadaan ini akan menimbulkan ketidakadilan sosial yang akhirnya
akan menjejaskan integrasi nasional.

Disamping itu, rasuah turut memberikan impak kepada harga barangan. Rasuah telah
memberi kesan dalam kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan dalam keaadaan yang tidak
dijangkakan. Apabila amalan rasuah berlaku dalam dunia perniagaan, peniaga-peniaga biasanya
akan memindahkan kos memberi rasuah kepada para pengguna dengan cara menaikkan harga
barang dan perkhidmatan kerana ianya dianggap sebagai kos modal.

Justeru, pelbagai langkah perlu dititikberatkan dalam menangani perbuatan rasuah dalam
aspek ekonomi. Antara langkah mengatasi adalah dengan memaksimumkan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pelbagai sektor. Penggunaan ICT juga
memudahkan pelbagai urusan dalam pelbagai sektor. Dengan kata lain, prosedur proses yang
panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan
kelebihan ICT.

6
OUMM3203

Selain itu. penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan
supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses
yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata
untuk mempercepatkan proses.

3.0 ANALISIS PERUNDANGAN TENTANG PERBUATAN RASUAH

Rentetan daripada permasalahan yang dibincangkan di atas, terdapat juga perbuatan


rasuah yang berleluasa dalam aspek analisis perundangan. Sehubungan dengan itu, Mohd Arif
Syafiq (2016) mengajak kita menghayati Kajian Transparency International iaitu Kajian Global
Corruption Barometer 2009 yang merumuskan bahawa rakyat negara Malaysia mempunyai
persepsi yang buruk terhadap parti politik. Beliau menambah bahawa berdasarkan persepsi
rakyat Malaysia juga, rasuah paling banyak melanda parti politik iaitu 42% diikuti oleh
kakitangan awam 37%. Manakala sektor swasta 12% dan lain-lain 10%.

Ekoran daripada ini, beliau turut menyatakan bahawa pihak kerajaan menguatkuasakan
undang-undang politik sedia ada untuk mengubahsuai proses pembiayaan politik dan
meningkatkan ketelusan di mana ahli politik dan parti politik disyaratkan mendedahkan sumber
pembiayaan perbelanjaan mereka kepada agensi yang bersesuaian. Akta Pertubuhan 1966
dilaksanakan dengan ketat untuk memastikan semua parti politik mengemukakan laporan kepada
Pendaftar Pertubuhan dengan cara yang betul dan menepati waktu. Akta Kesalahan Pilihanraya
1954 pula adalah untung menghalang calon-calon pilihanraya daripada terbabit dalam amalan
rasuah dan memastikan integriti sumber pembiayaan mereka.

Berkaitan dengan rasuah parti politik lagi, terdapat banyak contoh pegawai yang
berpangkat tinggi dan menteri yang terbabit dalam kes ini, terdapat kekurangan ketelusan dan
liputan terhadap tindakan yang diambil. Berdasarkan kajian Transparency International, kadar
sabitan kesalahan menurut kategori daripada tahun 2005 hingga 2009, jarang berlaku
pendakwaan yang berjaya terhadap ahli politik. Contohnya, daripada 11 kes yang berkaitan parti
politik yang didakwa, hanya 9% yang berjaya disabitkan kesalahan berbanding sektor awam dan
swasta di mana daripada 434 kes, 54% berjaya disabitkan kesalahan.

7
OUMM3203

Hal ini bersesuaian dengan kenyataan Saudah Ismail Eh (2014) bahawa hanya melalui
penguatkuasaan undang-undang dan bersama gandingan langkah-langkah lain, peratusan rasuah
dapat diturunkan. Walaubagaimanapun, pada asasnya, negara Malaysia masih lagi menunjukkan
persepsi rasuah di peringkat antarabangsa masih kurang memuaskan. Oleh itu, menurut beliau
rasuah perlu dibanteras dalam usaha menjadikan negara maju menjelang tahun 2020.

Usaha membanteras rasuah hanya dapat dijayakan melalui teladan. Ini bermaksud, ia
perlu bermula daripada orang politik atasan supaya dapat diteladani kakitangan bawahan.
Kakitangan di negara ini perlu mengambil langkah-langkah yang tepat bagi menghindarkan
amalan rasuah.

Tambahan pula, menurut Mohamad Tarmize Abdul Manaf (2019) pada 5 April 2018,
Parlimen meluluskan pindaan Akta SPRM 2009 bagi mengukuhkan undang-undang berkaitan
pencegahan rasuah di Malaysia, terutama dalam dunia perniagaan. Peruntukan undang-undang
baharu, Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi
komersial. Oleh kerana itu, peruntukan baharu ini diperkenalkan. Peruntukan ini juga dikenali
sebagai ‘liabiliti korporat’. Melalui Seksyen 17A Akta SPRM 2009, organisasi komersial juga
mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau kakitangannya terlibat dengan
jenayah rasuah. Selain itu, peruntukan ini juga bertujuan menggalakkan syarikat untuk
mewujudkan polisi dan usaha pencegahan rasuah dalam organisasi mereka.

Selain itu, beliau turut menambah bahawa sesebuah organisasi komersial akan didakwa
sekiranya membenarkan pegawai atau kakitangan mereka menggunakan rasuah untuk
memperoleh sesuatu projek atau mendapat apa-apa faedah. Organisasi komersial terbabit mesti
membuktikan bahawa usaha yang mencukupi untuk mencegah jenayah rasuah telah
dilaksanakan.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah mengatasi


permasalahan gejala rasuah ini adalah seperti memperkuatkuasakan undang-undang dan
hukuman dengan lebih ketat lagi. Hal ini bagi membanteras gejala rasuah dari setiap peringkat.
Hukuman yang berat juga perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk
melakukan gejala rasuah di kemudian hari serta memberikan amaran dan pedoman kepada
masyarakat umumnya. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti

8
OUMM3203

rasuah ini. Tambahan pula, siasatan dan penguatkuasaan undang-undang juga wajar perlu
dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak
dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara.

4.0 ANALISIS ETIKA TENTANG PERBUATAN RASUAH

Sebagai lanjutan daripada permasalahan di atas, kini kita bincangkan analisis etika
tentang perbuatan rasuah pula. Pada hakikatnya, menurut Mohd Arif Syafiq (2016) bahawasanya
sudah tentu mereka yang mengamalkan perbuatan memberi atau menerima rasuah adalah mereka
yang tidak beretika. Maksud bagi tidak beretika ialah tidak bermoral dan tidak berakhlak.
Seseorang pekerja yang mengambil rasuah akan dianggap tidak bermoral dan tidak berakhlak
kerana gagal menjalankan amanah yang telah diberikan. Perkataan etika merupakan terjemahan
daripada perkataan inggeris iaitu ethics. Manakala ethic merupakan perkataan yang diambil
daripada Greek iaitu ethos.

Beliau menambah, ethos membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku
sesuatu golongan. Justeru, etika pula membawa prinsip-prinsip moral yang menentukan betul
atau salah. Dalam kata lain, etika ialah suatu disiplin ilmu yang mencakupi soal moral, dan
tindakan serta perbuatan manusia yang betul. Beliau menambah lagi mengenai perkataan moral
yang merupakan perkataan daripada bahasa Greek iaitu moras yang bermaksud tingkah laku.
Moral merupakan kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima
oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku baik atau jahat. Dapat di jelaskan di sini bahawa
etika dan moral membawa maksud dan perisian yang sama.

Hal ini memang sejajar dengan pendapat Mohd Shahrizal (2011) bahawa impak rasuah
ini telah menjejaskan imej negara Malaysia. Ini jelas menunjukkan kesan rasuah bukan sahaja
kepada pengamal tetapi kepada keseluruhan masyarakat dan negara. Negara akan dipandang
serong sekiranya rasuah tidak dibendung. Menurut beliau lagi, antara kesan rasuah adalah kepada
individu, masyarakat, organisasi, pemimpin, kerajaan, negara dan kesan ini bukan setakat
peringkat tempatan tetapi sehingga peringkat global. Kedudukan tahap indeks rasuah negara

9
OUMM3203

seperti yang dilaporkan oleh Transparency International akan menjejaskan kemasukkan


pelaburan asing ke negara serta memburukkan lagi imej negara Malaysia.

Pada pandangan saya, langkah atasi perlu di mulakan dari peringkat yang bawah. Bak
kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menyedar hakikat ini, pendedahan awal
tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang bijak
bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan lebih
bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka pada masa kini dan akan
datang. Seterusnya, pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan
pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.

Selain itu, penekankan bahaya rasuah juga perlu dititikberatkan dalam sistem pendidikan
serta aktiviti-aktiviti kokurikulum serta program-program melibatkan belia. Benci kepada rasuah
akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi.
Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih
bertanggungjawab, amanah, ikhlas serta berintegriti. Sistem pendidikan yang mampan dapat
membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

Sehubungan itu, langkah lain ialah memperkasa dan memperluaskan penggunaan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam perbagai urusan harian serta lain-lain. Melalui cara
ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas
talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung wujudnya gejala rasuah yang mudah
berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.
Masyarakat juga tidak berpeluang memberi rasuah sekiranya hanya terlibat dengan perkhidmatan
atas talian sahaja yakni tiada peluang berurusan secara empat mata.

Bukan itu sahaja, penerapan konsep keagamaan dan moral juga hendaklah dilaksanakan
terutamanya di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah, mahasiswa
university, kakitangan sektor awam serta swasta. Usaha menerapkan konsep murni sebegini
perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk
mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami
keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya,

10
OUMM3203

pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu
memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

5.0 KESIMPULAN

Konklusinya, jelaslah bahawa berlakunya rasuah adalah berpunca daripada pelbagai


faktor yang meliputi aspek individu dan keluarga, peranan yang dimainkan oleh masyarakat,
kelemahan para pemimpian dan ketidak keberkesanan undang-undang yang diguna pakai.
Faktor-faktor ini telah dikenal pasti berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh beberapa
pengkaji sebelum ini serta diambil daripada pandangan beberapa pihak yang melakukan tinjauan
terhadap permasalahan berkenaan dengan jenayah rasuah.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, dalam menangani masalah jenayah rasuah di
Malaysia, pelbagai aspek perlu diambil perhatian. Aspek hukuman yang merupakan tunjang
kepada penyelesaian kepada permasalahan ini perlu sentiasa dikaji dan ditambah baik agar ianya
selari dengan peredaran masa dan persekitaran masyarakat. Di zaman serba moden ini,
perkembangan teknologi yang sangat pesat memungkin kegiatan rasuah semakin sukar untuk
dihidu oleh penguatkuasa. Pada hakikatnya, pihak yang bertanggungjawab dan diberi kuasa
untuk menangani masalah ini terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu
mengambil berat dan sentiasa memikirkan inisiatif baru bagi membolehkan segala perancangan
dan program sentiasa kehadapan dalam memastikan jenayah rasuah ini dapat dibendung dengan
sebaik mungkin.

Selain daripada itu, aspek pendidikan dan kesedaran berhubungan dengan gejala rasuah
perlu sentiasa didedahkan kepada masyarakat umum tanpa mengira batas umur, kedudukan
mahupun persekitaran. Hal ini kerana gejala rasuah ini boleh menular dalam setiap lapisan
masyarakat. Tidak kira siapa dan dimana jua seseorang itu berada, setiap lapisan masyarakat
perlu sentiasa diperingatkan berkenaan dengan bahaya rasuah dan akibat yang perlu di tanggung
oleh diri sendiri seandainya mereka melibatkan diri dengan jenayah rasuah.

11
OUMM3203

Tidak syak lagi, permulaan kepada pencegahan ini perlu disemai dari peringkat akar
umbi bermula daripada kanak-kanak sehinggalah kepada peringkat pucuk kepimpinan seperti
para pemimpin. Maka dengan itu, sekiranya setiap lapisan masyarakat sentiasa diberi peringatan
berkenaan dengan bahaya jenayah rasuah, maka keadaan ini akan membawa kepada lahirnya
masyarakat yang prihatin dan sentiasa peka serta saling ingat mengingati antara satu sama lain,
yang mana akhirnya jenayah rasuah tidak mampu untuk terus menular dalam kalangan rakyat di
negara ini.

Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa semua langkah mengatasi kemelut rasuah
yang membimbangkan ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan.
Perubahan pemikiran masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini
hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu
menjadikan negara kita satu negara yang tidak dapat membangun dengan pesat dan sihatnya
serta begitu sukar untuk dipercayai oleh negara luar.

(2737 patah perkataan)

12
OUMM3203

RUJUKAN

Anonymous. (2019). Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kenali Rasuah.
Dicapai dari https://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/kenali-rasuah Dicapai pada 28 Jun
2019.

Roos Niza Mohd Shariff. (2019). Perangi Rasuah Habis-habisan. Dicapai dari
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/perangi-rasuah-habis-habisan-1.833635 Dicapai pada
28 Jun 2019.

Mohamad Waliy Bolkini Bin Haji Ahmad dan Mohd Farhan Bin Md Ariffin. (2012). Rasuah.
Dicapai dari https://www.academia.edu/33455679/RASUAH Dicapai pada 28 Jun 2019.

Burhanuddin Jalal. (2019). Didik Jiwa Benci Gejala Rasuah. Dicapai dari
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/02/528887/didik-jiwa-benci-gejala-rasuah Dicapai
pada 28 Jun 2019.

Anonymous. (2019). Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Apakah Bentuk
Rasuah?. Dicapai dari https://www.sprm.gov.my/index.php/maca/korporat/203-faq-ace/1247-
frequently-asked-question-on-corruption Dicapai pada 28 Jun 2019.

Sarah Dina Mohd Adnan dan Mohd Adib Ismail. (2013). Impak Rasuah Kepada Pertumbuhan
Ekonomi. Dicapai dari http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_1E4.pdf
Dicapai pada 28 Jun 2019.

Eddy Dogol. (2012). Punca-punca Dan Kesan-kesan Gejala Rasuah. Dicapai dari
http://eddydogol.blogspot.com/2012/12/punca-punca-dan-kesan-kesan-gejala.html Dicapai pada
28 Jun 2019.

Mohd Shahrizal. (2011). Kajian Kes Mengenai Rasuah. Dicapai dari


https://www.scribd.com/doc/60183524/kajian-kes-mengenai-rasuah Dicapai pada 1 Julai 2019.

Mohd Arif Syafiq. (2016). Rasuah : Maksud, Sejarah Dan Amalan. Dicapai dari
http://apaituilmu.blogspot.com/2016/11/rasuah-maksudsejarah-dan-amalan.html Dicapai pada 1
Julai 2019.

13
OUMM3203

Saudah Ismail Eh. (2014). Etika Dan Rasuah. Dicapai dari


https://www.slideshare.net/saudahi1/etika-dan-rasuah?from_action=save Dicapai pada 1 Julai
2019.

Mohamad Tarmize Abdul Manaf. (2019). Kesalahan Rasuah Oleh Organisasi Komersial.
Dicapai dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesalahan-rasuah-oleh-organisasi-
komersial-199177 Dicapai pada 1 Julai 2019.

14

You might also like