You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BEYBLADE DUEL PERINGKAT SK TANJUNG KAPOR


SEMPORNA 2019

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Beyblade Duel di peringkat sekolah ini adalah yang julung kalinya
diadakan di Sekolah). Pertandingan ini adalah salah satu program kendalian Unit
Kokurikulum SEKOLAH bersama-sama jawatankuasa program Pasca UPSR 2019.
Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat
bersaing secara sihat dalam kalangan murid.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan kesedaran keseronokan kepada murid dalam permainan Beyblade.


2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang peraturan permainan yang
dipertandingkan.
2.3 Mengeratkan ikatan silaturahim antara murid.
2.4 Melatih murid mematuhi peraturan dan berdisiplin serta mendengar arahan yang
diberikan.
2.5 Mengelakkan murid ketagih dengan permainan video.
2.6 Meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.

3. SASARAN

Murid pasca UPSR

4. TEMPAT

Dewan Panglima Talang SKTK

5. TARIKH/HARI
11 Oktober 2019 ( Jumaat )
6. MASA

7.30 pagi

7. JAWATANKUASA
Penasihat : Hajah Rusizah binti Basiran
Pengarah : Puan Atiah Hj Albani
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengarah 1 : Encik Abdul Nasir bin Hj Mohammad
Penolong Kanan Tadbir
Naib Pengarah 2 : Cik Mariam Hj Kawasa
Penolong Kanan HEM
Penyelaras : Puan Razhata Taip
Pembantu Penyelaras : Encik Sudin Sabaani
Setiausaha : Puan Hasmayah Abdul Ghani
Bendahari : Encik Awang Mad Basari

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengadil : Encik Sudin Sabaani


Encik Awang Mad Basari
Ustaz Mohd Syibly Hussien
Encik Aizuddin Abd Razak

Pendaftaran dan Pencatat : Puan Razhata Taip


Puan Hasmayah Abd Ghani

Pengurus Peserta : Encik Aizuddin Abdul Razak

Disiplin : Encik Jasmi Askalaha

Teknikal & Peralatan : Encik Sudin Sabaani


Puan Hasmayah Abd Ghani
Juru Gambar & : Encik Awang Mad Basari
Dokumentasi Ustaz Mohd Syibly Hussien

Sijil Penyertaan : Puan Razhata Taip


Puan Hasmayah Abdul Ghani
8. PERATURAN- PERATURAN PERTANDINGAN

8.1 PENYERTAAN

8.1.1 Terbuka kepada murid tahun enam sahaja.


8.1.2 Penyertaan adalah secara individu dengan kebenaran ibu bapa.
8.1.3 Terhad kepada murid SKTKS sahaja.
8.1.4 Peserta telah membayar yuran penyertaan. Setiap penyertaan dikenakan
yuran sebanyak RM5
8.1.5 Beyblade yang digunakan adalah beyblade jenis burst dan milik peserta.

8.2 PERLAWANAN

8.2.1 Perlawanan adalah mengikut jadual perlawanan yang telah diundi oleh
peserta semasa pendaftaran.
8.2.2 Setiap perlawanan berbentuk duel dan mempunyai 3 pusingan.
8.2.3 Perlawanan adalah secara kalah mati. Pemenang untuk setiap
perlawanan layak ke peringkat seterusnya.

8.3 PENGADILAN

8.3.1 Setiap perlawanan akan diadili orang seorang pengadil.


8.3.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.
8.3.4 Kemenangan dikira apabila beyblade peserta berjaya:-
i) mengeluarkn beyblade pihak lawan daripada stadium atau
ii) bertahan paling lama atau
iii) berjaya memecahkan beyblade pihak lawan.

9. HADIAH

Juara Keseluruhan : Pingat, beyblade, stadium mini dan sijil penyertaan


Naib Juara : Pingat, beyblade, stadium mini dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : Pingat, beyblade, stadium mini dan sijil penyertaan
Saguhati (ke-4 hingga 16) : Sijil penyertaan
10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BILANGAN HARGA/UNIT JUMLAH

1 Pingat 3 unit RM 10.00 RM30.00

2 Stadium beyblade 4 unit RM 30.00 RM120.00

3 Hadiah (Set Beyblade + Stadium) 3 unit RM50.00 RM150.00

4 Sijil penyertaan 16 unit RM 2.00 RM32.00

JUMLAH RM 332.00

11. PENUTUP

Diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan.
Di samping itu, murid yang bertanding dapat bersaing secara sihat dan mengelakkan
ketagihan kepada permainan gadget yang kian membimbangkan semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(HASMAYAH ABDUL GHANI) (PUAN ATIAH HJ ALBANI)


Setiausaha Program Pasca UPSR Penolong Kanan Kokurikulum,

Disemak oleh,

(HAJAH RUSIZAH BINTI BASIRAN)


Guru Besar

You might also like