You are on page 1of 1

3.

0 Pernyataan Profesional
Pengenalan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah antara program yang wajib dijalani oleh semua
guru pelatih yang menuntut di Institut Perguruan. Sepanjang saya menjalani program ini saya
telah mengenal pasti banyak perkara yang berkaitan dengan sekolah. Selain itu, saya
berpeluang merasai suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta cara
mengawal tingkah laku murid.
Saya telah menjalani program PBS ini di sebuah sekolah di negeri Kedah iaitu SK Padang
Perahu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang mempunyai bilangan murid yang tidak
ramai, iaitu sebanyak 240. Hal ini kerana sekolah ini berada di kawasan luar bandar.
Walaubagaimanapun, sekolah ini menjadi perhatian kepada ibu bapa yang tinggal berdekatan
dengannya untuk menghantar anak mereka kerana kedudukan yang dekat.
3.1 Pernyataan sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) telah diujudkan untuk memberikan latihan dan
pendedahan terhadap guru pelatih berkenaan persekitaran di sekolah. PBS ini juga bertujuan
untuk memberi peluang kepada guru pelatih dengan situasi dan persekitaran sebenar guru-guru
serta murid di sekolah. Selain itu, PBS ini telah dilaksanakan bagi memudahkan guru pelatih
untuk membuat perancangan dan membuat persediaan diri sebelum menjadi guru sebenar di
sekolah kelak.
3.1.1 Objektif Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Melalui PBS, guru pelatih dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
Selain itu, guru pelatih juga dapat menghayati kerjaya sebagai seorang guru, memperoleh
banyak pengetahuan tentang pengurusan sekolah. Guru pelatih juga boleh mendapat
pendedahan awal tentang pembelajaran murid di sekolah. Guru pelatih juga boleh memahami
pengurusan dan strategi Pengajaran dan Pembelajaran, membina kemahiran berkomunikasi
secara berkesan dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Seterusnya, membina kemahiran
inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis analatikal.

You might also like