You are on page 1of 8

NAMA : KELAS :

UJIAN PENGESANAN MAC


2017

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

TAHUN 6
1
1 jam Satu jam lima belas minit
4

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,
C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu
pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan,
padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada jawapan kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak di Bahagian A dan 11 halaman


bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di bahagian B
2

BAHAGIAN A
( 20 markah)

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Selepas Encik Mahmud bersara dalam bidang perguruan, _________________


bergiat aktif dalam kerja kemasyarakatan.

A kita
B anda
C kami
D beliau

2. “ Apakah barang dagangan yang ______________________bawa dari negara


India ?” Tanya Tun Perak kepada pedagang India itu.

A patik
B hamba
C baginda
D tuan hamba

3. Danial berasa kekok apabila ____________________watak Hang Jebat semasa


pementasan drama itu.

A melakonkan
B menerbitkan
C merakamkan
D mengarahkan

4. Pak Samad mengetam permukaan papan supaya menjadi _________________


sebelum dijadikan lantai rumah.

A kasar
B kesat
C licin
D nipis
3

5. Jambatan kayu yang merentangi sungai itu tidak boleh dilalui kerana sudah
_________________.

A luput
B lemau
C lapuk
D lampau

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Nenek Senah sedang mengacip pinang dengan menggunakan


___________________ kacip.

A selaras
B sepasang
C sebatang
D sebilah

7. Pokok mata kucing yang ditanam oleh pakcik itu __________________ kerana
kekurangan baja.

A kerdil
B pendek
C kecil
D renek
4

8. Mereka masih bermain berlatih silat di gelanggang __________________ hari


sudah lewat malam.

A kerana
B semoga
C malahan
D walaupun

9. Farisha yang _______________ bercakap telah dipilih sebagai pembahas


terbaik dalam pertandingan perbahasan.

A pemalu
B petah
C lancar
D ceria

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Azam dan Faris sedang duduk di _________________________ jambatan


kayu sambil memancing ikan.

A sudut
B depan
C atas
D tengah
5

11. Badan pemburu itu ________________________ setelah keluar dari belukar


yang ditumbuhi duri.

A calar-balar
B gerak-geri
C serbah-serbih
D coret-coret

12. Lori kelapa sawit yang dipandu oleh Pak Lazim itu ______________________
ketika melalui jalan tanah merah yang lekak-lekuk.

A terayun-ayun
B terhinggut-hinggut
C tersengguk-sengguk
D terhincut-hincut

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Mak Ani ________________padi yang baru dibanting itu menggunakan nyiru.

A terangin
B peranginan
C mengangin
D berangin
6

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Pokok langsat yang ditanam oleh datuk saya berbuah pada setiap tahun.

A Datuk mengeluarkan buah daripada pokok langsatnya pada setiap tahun.


B Setiap tahun datuk akan menanam pokok langsat yang mengeluarkan buah.
C Hampir setiap tahun datuk menanam pokok langsat yang mengeluarkan
hasil.
D Setiap tahun, pokok langsat yang ditanam oleh datuk mengeluarkan hasil.

15. Guru Besar memaklumkan bahawa hari keusahawanan itu diadakan untuk
mendedahkan bidang perniagaan kepada murid-murid.

A “Kebolehan kamu dapat ditingkatkan melalui hari keusahawanan ini,” kata


guru besar kepada murid-murid.
B “Murid-murid perlu tahu bahawa hari keusahawanan ini diadakan untuk
menggalakkan murid-murid berniaga,” jelas guru besar kepada murid-
murid.
C “Hari keusahawanan ini telah berjaya memperkenalkan bidang perniagaan
kepada kamu,” jelas guru besar kepada murid-murid.
D “Hari keusahawanan ini diadakan untuk mendedahkan bidang perniagaan
kepada kamu,” kata guru besar kepada murid-murid.

Pilih ayat yang betul.

16. A Jerebu ini berpunca dari pembakaran hutan secara terbuka.


B Tangan adik berbintat-bintat kerana digigit nyamuk.
C Negara kita sangat terkenal di dalam sukan skuasy.
D Pak Leman suka membuat ukiran di waktu senggangnya.
7

Soalan 17 hingga soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudiaan jawab soalan-soalan yang berikut.

Dalam kedinginan pagi, Rizal mengayuh basikal tua peninggalan ayahnya menuju
ke kebun getah di hujung kampung. Kebun peninggalan ayahnya yang sekangkang
kera itulah yang menyara kehidupan mereka lima beradik. Sebagai anak sulung,
Rizal tidak pernah mengeluh akan pahit getir kehidupan mereka. Kehidupan
mereka agak susah bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang.

Rutin kehidupan Rizal sebagai penoreh getah bermula selepas dia selesai
menunaikan solat subuh. Rizal akan pergi menorah getah. Dia bersyukur kerana
sejak belakangan ini pendapatannya agak lumayan. Hal ini disebabkan harga getah
sekerap sangat tinggi. Pulang daripada menorah getah, Rizal akan mengusahakan
kebun sayurnya di belakang rumahnya untuk menambahkan pendapatan. Pokok
kacang panjang, terung, cili dan timunnya mengeluarkan hasil yang banyak. Dia
akan menjual hasil pertaniannya itu di pasar malam. Rizal juga rajin mencari
sayur-sayur kampung seperti pucuk paku dan jantung pisang untuk dijual di pasar
malam. Dia bertekad mengumpulkan wang sebagai modal perniagaannya kelak.
Berkat kerajinan dan jimat cermatnya, Rizal Berjaya mengumpul wang untuk
membuka kedai runcit di pekan. Selain itu, dia juga membeli sayur-sayuran dan
buah-buahan di kampung dan menjualnya.

Semakin hari, perniagaan Rizal semakin maju. Rizal membuka dua buah
pasar mini di Pekan Pinang. Rizal juga memiliki dua buah lori yang digunakan
dalam perniagaannya. Walaupun telah hidup selesa, Rizal tidak lupa asal usulny.
Rizal juga tidak melupakan golongan yang tidak bernasib baik dengan
menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka. Rizal sangat bersyukur atas
rezeki yang diperolehinya itu.
8

17. Mengapakah pendapatan Rizal sebagai penoreh getah agak lumayan ?

A Harga getah sekerap sangat tinggi.


B Getah sekerapnya telah dibeli oleh penduduk kampung.
C Getah sekerapnya telah mendapat permintaan.
D Dia memperolehi hasil getah sekerap yang banyak.

18. Rizal berjaya membuka kedai runcit dan perniagaannya semakin maju kerana
___________________.

A Keberanian dan keikhlasan.


B ketekunan dan berhemat.
C kesungguhan dan kesetiaan.
D keramahan dan disiplin.

19. Bagaimanakah cara Rizal membantu golongan yang kurang bernasib baik ?

A Melatih mereka untuk berniaga.


B Memberi mereka pekerjaan.
C Memberikan bantuan kewangan
D Membina pusat latihan kemahiran

20. Pilih penyataan yang benar tentang petikan.

A Rizal menorah getah di kebun penduduk kampung.


B Rizal menjual buah-buahan dan sayur-sayuran segar di kampungnya.
C Rizal mempunyai sebuah pasar mini di kampungnya.
D Jamil mengumpulkan duit untuk membuka perniagaan.

You might also like