You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN


TEL: 04-4234542 , FAX: 04-4224378 E-Mail: skbakararang.ppdkmy@gmail.com

MINIT MESYUARAT AJK KANTIN KALI PERTAMA 2018

Tarikh: 13.02. 2018 ( Selasa )


Masa: 1.15 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SKBA

Kehadiran:
Pn. Shahlela Bt Harun (Pk Hem)
Pn. Nor Afizah Bt Yusof (Setiausaha)
Pn. Fadilah Bt Saad
Pn. Fairuzzatonnor Bt Jamaluddin
Pn. Mona Warah Bt Hj Idrus
Pn. Nur Fazila Wati Bt Zakaria

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana menghadiri mesyuarat
kantin kali pertama bagi tahun 2018.

1.2 Beliau berharap kepada AJK yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan penuh
semangat dan dedikasi agar pengurusan kantin sekolah semakin bertambah baik.

Tindakan: S/U Kantin


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Cadang : Pn Pn. Mona Warah Bt Hj Idrus
Sokong : Pn. Nur Fazila Wati Bt Zakaria

3.0 Perancangan Aktiviti

3.1 Perancangan aktiviti untuk tahun 2018 mestilah disediakan dan disusun mengikut
kepentingan.
3.2 Mencatat kebersihan kantin di dalam buku kendiri dan penilaian bulanan setiap bulan
seperti tarikh yang ditetapkan.
3.3 Guru kantin mestilah mengemaskini maklumat pekerja jika ada perubahan.

Tindakan:AJK Kantin

4.0 Pembahagian Tugas

4.1 Meminta Pn. Nor Afizah, setiausaha Kebersihan Kantin Sekolah dibantu oleh AJK yang
lain menyiapkan fail, memastikan kantin ceria, mengekalkan kebersihan di tahap yang
paling maksimum.
4.2 Pn. Hamiyah ditugaskan memastikan murid dan pengusaha serta pekerja sentiasa
berdisiplin dan mematuhi peraturan semasa berada dikantin.
4.3 AJK juga perlu memastikan persekitaran dan keceriaan kantin sentiasa terjaga.
4.4 AJK juga sentiasa memastikan makanan yang dijual dan di makan oleh murid makanan
yang sihat dan berkhasiat.

Tindakan:AJK Kantin
5.0 Hal-hal Lain

5.1 Pn. Shahlela mencadangkan pengusaha kantin dapat menyediakan makanan yang lebih
berkhasiat kepada murid seperti tambahan sayur-sayuran ke dalam setiap pinggan murid.
Tidak dibenarkan sama sekali menjual makanan yang tidak sihat seperti nugget, air botol
dan gula-gula.
5.2 Pn. Shahlela mencadangkan semua pekerja memakai opron dan penutup kepala dengan
kemas.
5.3 Peruntukan keceriaan kantin ditanggung sendiri oleh pengusaha kantin tersebut.
5.5 Pn Shahlela mengatakan pada tahun ini, pihak sekolah mencadangkan untuk
mendapatkan Sijil BESS untuk pihak kantin pada tahun ini.

Tindakan:AJK Kantin

6.0 Ucapan Penanngguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam
mesyuarat tersebut. Semoga apa yang dibincangkan dapat sama-sama dilaksanakan
dengan jayanya.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


…………………………………… ………………………………
Pn. Nor Afizah bt Yusof Pn Shahlela Bt Harun
Setiusaha Pengurusan Kantin Naib Pengerusi AJK Kantin
SK Bakar Arang SK Bakar Arang

You might also like