You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH Kod Sekolah

Tel/Fax
: TEA1036
: 09-8202936
KEBANGSAAN SERI RASAU Pengetua : 09-8204536
Email : tea1036_b1@yahoo.com
23300 KETENGAH JAYA, : TEA1036@moe.edu.my

TERENGGANU DARUL IMAN


____________________________________________________________________________
Ruj Kami:SMKSR 600-8/3/1 ( 01)
Tarikh: 09 Mei 2023

Semua Penolong Kanan,


Semua Ketua Bidang,
Pengusaha Kantin,
Semua guru JK Kantin

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN BIL. 1/2023

Salam sejahtera. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan


berikut:
Tarikh : 10 Mei 2023 (Rabu)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Bidang

3. Untuk makluman agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Agihan tugas guru bertugas/guru JK Kantin
3.3 Pengurusan kantin
3.4 Hal-hal Lain

4. Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta menghadirkan diri.

Sekian, terima kasih.

‘ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD’


‘MALAYSIA MADANI’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(CHE SANIAH BINTI HANAPI)


Pengetua,
SMK Seri Rasau
SEKOLAH MENENGAH Kod Sekolah
Tel/Fax
: TEA1036
: 09-8202936
KEBANGSAAN SERI RASAU Pengetua : 09-8204536
Email : tea1036_b1@yahoo.com
23300 KETENGAH JAYA, : TEA1036@moe.edu.my

TERENGGANU DARUL IMAN


____________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN BIL. 1/2023

Tarikh : 10 Mei 2023


Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran
Pengerusi : Puan Hajah Che Saniah binti Hanapi
Kehadiran :
1. Puan Hajah Che Saniah binti Hanapi
2. Encik Abdul Salam bin Omar
3. Puan Noraini binti Awang
4. Encik Johari bin Akil
5. Puan Zainun binti Husain
6. Puan Aliza binti Juhari
7. Puan Faridah binti Ahmad
8. Puan Kartinah binti Mohamed/Abdul Razak
9. Puan Rosabalina binti Ramli
10. Encik Zahari bin Ismail
11. Puan Zulhaini binti Jusoh

1. Ucapan pengerusi
1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan
guru-guru ke Mesyuarat Jawatankuasa Kantin Bil.1 bagi sesi akademik
2023/2024
1.2 Pengerusi menyatakan harapan agar wujud jalinan kerjasama yang baik antara
pihak sekolah dan kantin.
Makluman

2. Agihan tugas guru bertugas/guru JK Kantin


2.1 Pengerusi memaklumkan agar guru kantin menyediakan jadual bertugas bagi
memantapkan pengurusan dan keceriaan kantin.
Tindakan : S/U Kantin

3. Pengurusan kantin
3.1 Kebersihan,keselamatan dan kemudahan di kantin
3.1.1 Tempat pamer dan hidang makanan bersih dan kemas
3.1.2 Semua sinki bersih dan berfungsi cuma ada paip air yang tidak berfungsi
dengan baik.
3.1.3 Bilik air bersih dan berfungsi.
3.1.4 Sampah adalah di bawah urusan kantin.
Tindakan : Pengusaha Kantin
3.2 Pembersihan alatan memasak
3.2.1 Alatan memasak perlu dicuci dengan air panas.
3.2.2 Susun peralatan dengan baik.
3.2.3 Pisau hanya boleh digunakan untuk bahan mentah dan tidak
dibenarkan untuk memotong makanan yang telah dimasak.
Tindakan : Pengusaha Kantin
3.3 Kebersihan bangunan dan keceriaan
3.3.1 KPI tahun ini untuk mewujudkan tempat makan dan masak dalam
keadaan bersih, kemas dan selamat.
Tindakan : Pengusaha Kantin

3.3.2 Keceriaan kantin perlu dibuat untuk keselesaan semua pihak.


Cadangan untuk menukar langsir di bilik makan guru dan mengecat
kawasan makan murid.
Tindakan : S/U Kantin
3.3.3 Dari segi keselamatan, pastikan peralatan disusun di tempat yang
sesuai untuk mengelakkan kemalangan.
Tindakan : Pengusaha Kantin

3.3.4 Murid dilarang masuk ke kawasan penyediaan makanan.


3.3.5 Disiplin murid, adab dan lain-lain mesti berada dalam keadaan
terkawal.
3.4 Pencegahan Kebakaran
3.4.1 Penyambungan elektrik oleh pihak berkuasa.
3.4.2 Bagi mencegah kecederaan, lantai mestilah dalam keadaan bersih dan
murid tidak boleh bermain di kawasan kantin.
Tindakan : Pengusaha Kantin

3.4.3 Perabot yang digunakan mestilah sesuai.


3.4.4 Guru kantin dibenarkan untuk merasa makanan.
3.5 Kemudahan-kemudahan di kantin
3.5.1 Bekalan air bersih untuk memasak
3.5.2 Bahan mentah yang mesti ada di rak seperti gula, garam dan lain-lain.
Bahan mentah yang mudah rosak mesti disimpan dalam peti dan lain-
lain.
Tindakan : Pengusaha Kantin
3.5.3 Kaunter jualan disediakan di kantin.
3.6 Tempat makanan dan sinki mencukupi
3.6.1 Sekiranya murid menempah makanan di kantin dan makan di tempat
lain dibenarkan sekiranya ada meja dan kerusi.
3.6.2 Makan di dalam kelas adalah dilarang.
Tidakan : S/U Kantin
3.7 Penyelenggaraan sisa makanan
3.7.1 Tong sampah perlu mencukupi
3.7.2 Pelupusan sampah perlu dilakukan sendiri oleh pihak kantin.
Tindakan : Pengusaha Kantin
3.8 Pengendalian makanan
3.8.1 Perlu ada buku
3.8.2 Pekerja mesti memakai apron dan berkasut
3.8.3 Lesen perlu dipamerkan.
3.8.4 Pekerja mesti orang yang sama
3.8.5 Kehadiran haiwan (kucing) tidak dibenarkan.
Tindakan : Pengusaha Kantin

4. Hal-hal Lain
4.1 Pengerusi memaklumkan pihak kantin perlu menyediakan:
1. Maklumat pekerja kantin
2. Laporan kendiri kantin
3. Label makanan
4. Harga makanan dan minuman
Tindakan : Pengusaha Kantin

4.2 Pengerusi memaklumkan keceriaan kantin perlu bagi menarik minat murid
makan di kantin.
4.3 Pengerusi turut memaklumkan bahawa hanya ruangan makan murid di bawah
pengurusan sekolah tetapi ruangan masak di bawah seliaan pengusaha kantin.
Makluman
4.4 Puan Rosabalina memberitahu salah satu kipas di dalam bilik makan guru tidak
berfungsi dengan baik dan perlu dibaiki.
Tindakan : S/U Kantin
4.5 Pengusaha kantin memohon sekiranya ada komen tentang kantin perlu
diberitahu awal.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari dengan bacaan surah Al-Asr

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

ROSABALINA BINTI RAMLI CHE SANIAH BINTI HANAPI


Setiausaha Kantin Pengetua
SMK SERI RASAU SMK SERI RASAU
BORANG MAKLUM BALAS

You might also like