You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION,

BAGAN DALAM,
12100 BUTTERWORTH,
PULAU PINANG.
TEL/FAKS : 04-3333110

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN KALI KETIGA 2020

TARIKH : 13 Ogos 2020 (Khamis)


MASA : 1.05 petang
TEMPAT : Bilik PK HEM

KEHADIRAN :
1. Puan Jaya Pritha a/p Rajagopal
2. Encik Mohamad Shaberi bin Ramli
3.

TURUT HADIR :
1. Puan Siti Fadzilah bt Md Salleh (Penolong Kanan HEM)
2. Encik Nor Zambri bin Zakaria (Pengusaha Kantin)

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1. Puan Norizanazura selaku pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran Penolong
Kanan HEM, Pengusaha Kantin dan AJK serta mengucapkan ribuan terima kasih di
atas kehadiran semua pada Mesyuarat Jawatankuasa Kantin kali kedua 2020 ini.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Pentadbir
2.1 Puan Siti Fadzilah selaku Penolong Kanan HEM mengucapkan terima kasih kepada ahli
jawatankuasa kantin kerana dapat hadir ke Mesyuarat Kantin Kali Kedua pada tahun ini.
Beliau berharap semua ahli dapat memberikan maklum balas sepanjang mesyuarat
berlangsung.

Tindakan: Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat 1/2019


3.1 Pn Yusheila Hana mencadangkan minit mesyuarat bilangan 1/2020 disahkan dan
disokong oleh En Mohamad Shaberi bin Ramli.

Tindakan : Makluman
4. Perkara Berbangkit
4.1 Merujuk kepada perkara 4.41, penilaian kendiri kantin perlu diisi setiap hari oleh
pengusaha dan disemak oleh pengerusi. Pastikan semakan itu disahkan oleg guru
besar atau Penolong Kanan HEM.
Tindakan:
Ketua unit kantin

5. Agenda Profesional
5.1 Pengurusan Kantin
5.1.1 Pengerusi mengingatkan sekali lagi kepada pengusaha kantin supaya terus
menjaga kebersihan semasa mengendalikan makanan. Pastikan makanan
ditutup dengan tudung saji supaya tidak dihinggapi lalat.
5.1.2 Pengerusi juga menegur pengusaha kantin supaya memakai kasut bertutup
dan menutup kepala semasa mengendalikan makanan.
5.1.3 Pengerusi meminta supaya tempahan makanan murid diselaraskan dengan
kadar RM2 untuk menu nasi dan ayam.
5.1.4 Tempahan makanan boleh dibuat pada waktu awal pagi kepada guru kelas
atau pembantu guru kelas.
5.1.5 Manakala, tempahan makanan untuk guru pula dibuat melalui aplikasi
‘Whatsapp’.
5.1.6 Tempahan makanan dan minuman yang telah disiap perlu diahantar ke kelas
dan juga bilik guru.

Tindakan : Pengusaha dan Ketua Unit

5.2 Penilaian Kendiri


5.2.1 Pengusaha kantin diingatkan supaya menanda Buku Kendiri Kantin pada setiap
hari seperti diarahkan dan diletakkan di pejabat untuk semakan.
5.2.2 Ketua Unit Kantin perlu menanda Buku Kendiri Kantin (guru) pada minggu ke 2
dan ke 4 dan diletakkan di pejabat untuk semakan.
5.2.3 Puan Siti Fadzilah mengingatkan kepada ketua unit supaya membuat penilaian
secara telus dan berintegriti. Hal ini untuk memastikan pengurusan kantin dapat
dipertingkatkan lagi.

Tindakan: Pengusaha dan Ketua Unit

5.3 Kewangan
5.3.1 Bayaran sewa kantin sehingga Mac 2020 telah dilunaskan mengikut syarat
yang telah dipersetujui dalam perjanjian.
5.3.2 Pengusaha kantin perlu membuat bayaran kepada PT setiap bulan dan
pastikan tiada sewa tertunggak.

Tindakan: Pengusaha kantin


5.4 Fail Unit HEM
5.4.1 Puan Siti Fadzilah telah menyerahkan Fail Unit Kantin kepada ketua unit untuk
dikemaskini dari semasa ke semasa.
5.4.2 Semua surat-surat dan bahan-bahan baru perlu dimasukkan ke dalam fail.

Tindakan: Ketua Unit

5.5 Program Keceriaan Kantin


5.5.1 Program keceriaan kantin fasa 1 telah dilaksanakan mengikut takwim.
5.5.2 Laporan Program Keceriaan Kantin Fasa 1 telah dihantar kepada Penolong
Kanan HEM dan salinannya telah dimasukkan ke dalam fail.
5.5.3 Keceriaan kantin akan dipantau dan dibuat penambahbaikan dari semasa ke
semasa.

Tindakan: Ketua unit dan AJK

5.6 Hal-Hal Lain


5.6.1 Pengerusi meminta kerjasama daripada AJK unit kantin supaya memantau
kebersihan kantin dari semasa ke semasa.
5.6.2 Beliau juga berharap pengusaha kantin dapat memberikan kerjasama yang
baik kepada unit kantin bagi memastikan kelemahan pengurusan unit ini dapat
diperbaiki lagi.

Tindakan: Pengusaha kantin dan AJK

5.7 Ucapan Penangguhan


5.7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat
kantin pada kali kedua bagi tahun ini.
5.7.2 Segala pandangan dan maklum balas yang diberi amatlah dihargai.
5.7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada 2.00 petang.

You might also like