You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN MEWAH

(Kod Sekolah: BEA 4631)


Jalan Pandan Mewah,
68000 Ampang, Telefon : 03-42954210
Selangor Darul Ehsan. Faksimili : 03-42977040

MINIT MESYUARAT KANTIN BILANGAN 1 2022

Tarikh : Khamis, 14 Julai 2022


Masa : 01.10 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Mawar

Kehadiran :

1. Norliza binti Hj. Mohd Noah Pemgetua (Pengerusi)


2. Mohd Hasmizi bin Hassan PK Kokurikulum
3. Saadiah binti Nordin
5. Samsiah binti Daud
6. Mohd Azami in Mohd Ali
7. Norhafis bin Mohd Aris

Urus setia mesyuarat:


1. Zainab binti Ibrahim Setiausaha kantin
2. Norazura binti Majid Penolong setiausaha kantin

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

Tiada.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada.

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Penilaian Kendiri Kantin

Pengerusi meminta supaya pengusaha kantin dapat mengisi laporan


penilaian kendiri kantin secara berkala. Laporan penilaian kendiri kantin

Minit Mesyuarat Kantin Bil 1/2022 1


juga perlu dihantar setiap bulan kepada setiausaha kantin.

Tindakan : Setiausaha

4.2 Kontrak Perjanjian Pengusaha Kantin

4.2.1 Mengikut perjanjian tender kantin, Syarikat Ria Maju yang


diwakili oleh Encik Azami masih perlu menguruskan kantin
sekolah sehingga tamat tempoh perjanjian. Namun begitu,
kekangan ketiadaan pekerja yang dihadapi Syarikat Ria Maju
menyebabkan Encik Azami melepaskan pengurusan kantin
kepada syarikat yang dimiliki oleh Encik Hafis.

Tindakan : Makluman

4.2.1 Pengerusi meminta supaya Encik Azami memantau operasi


kantin yang dikendalikan Encik Hafis kerana tender kantin
masih dipegang oleh Syarikat Ria Maju. Teguran daripada
pihak KPM juga mengatakan tender kantin tidak boleh
diserahkan kepada mana-mana syarikat selagi masih di dalam
kontrak sewaan dan perlu mengikut cara yang betul sekiranya
syarikat berwajib ingin menamatkan kontrak sewaan.

Tindakan : Makluman

4.3 Produk Jualan Kantin

Pengerusi membuat semakan harga produk jualan yang dijual oleh


pihak kantin dan senarai makanan yang dijual mengikut senarai yang
telah diberi. Pengusaha kantin diminta mematuhi peraturan jualan dan
tidak boleh menjual makanan-makanan yang dilarang oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tindakan: Makluman

4.4 Soal Selidik Kantin

Pengerusi membaca dapatan laporan soal selidik kantin yang telah


diambil. Dapatan yang diperoleh mendapati murid-murid tidak berpuas
hati dengan harga yang telah ditetapkan oleh pihak kantin. Ramai yang
mencadangkan supaya pihak kantin menurunkan harga makanan yang
dijual dan juga memperbaiki rasa makanan terutama nasi lemak.

Minit Mesyuarat Kantin Bil 1/2022 2


Tindakan: Makluman

4.5 Teguran Kepada Pihak Pengusaha Kantin

Pengerusi telah memberi teguran kepada pihak kantin berkaitan harga


makanan yang dijual. Tahap kebersihan kantin juga diberi teguran
kerana tidak memuaskan. Pihak kantin diminta menguruskan kantin
sekolah dengan baik memandangkan sewa kantin masih percuma
sehingga hujung tahun 2022. Pihak kantin tidak sepatutnya menaikkan
harga makanan tanpa memaklumkan kepada pihak sekolah.

Tindakan: Makluman

5.0 HAL HAL LAIN

Tiada.

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 2.30 petang.

Urusetia:
Pencatat Minit
SMK Pandan Mewah
Tarikh: 14 J 2022

Minit Mesyuarat Kantin Bil 1/2022 3

You might also like