You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUAN HABSAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 2 2023/2024

Tarikh : 22 Mac 2023 ( Rabu )

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Guru Besar

Pengerusi : En. Mohd Khaironi Bin Mohd Khotaib

Kehadiran : Pn. Rohaiza Binti Abdul Razak (GB)


Us. Mohd Zaini B Mohd Mokhtar (PK Pentadbiran)
Pn. Nor Shamsiah Bt Darakta (SU JK Kantin)
Pn. Siti Khatijah Bt Omar (SU RMT)
Pn. Shamsidar (Pengusaha Kantin)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 PK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua JK dan pihak kantin
sekolah
ke mesyuarat kali kedua.
1.2 Diharapkan JK Kantin dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah
fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Guru Besar mengharapkan pihak kantin dapat terus mengekalkan kualiti
makanan yang dijual kerana tidak ada sebarang rungutan daripada guru, waris
dan murid.
2.2 Beliau juga berharap jawatankuasa memastikan murid hanya makan di kantin
pada waktu rehat – dapat memantau kebersihan dan sikap murid yang suka
tinggalkan sisa makanan di atas meja.
2.3 Beliau memberi jaminan untuk terus bersikap terbuka dalam sebarang masalah
yang timbul dan dapat bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian.
2.4 Guru Besar dimaklumkan bahawa kesemua pekerja kantin seramai 4 orang
telah
diberi suntikan.
2.5 Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah amat berharap pihak
kantin dapat menguruskan bekas makanan lutsinar (atas kebenaran KKM) yang
digunakan sebaiknya, tanpa melibatkan pekerja sekolah.

3 PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


4.1 Pn Siti Khatijah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Kantin Bil 1 diterima dan
disahkan.
4.2 Diterima dan disahkan sebulat suara.

FOKUS MESYUARAT
5.1 Patuhi SOP KKM
Pengerusi mengingatkan pihak kantin agar sentiasa mematuhi SOP
Penyediaan
Makanan yang diwartakan oleh pihak KKM.
5.2 Penggunaan bekas makanan lutsinar (bukan polisterin)
Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah juga tidak kebenaran
jika penggunaan bekas makanan tersebut mendapat kelulusan pihak
KKM, cuma pihak kantin perlu melupuskan sendiri pengurusan sampah
tersebut.
5.3 Penggunaan pinggan
Beliau berharap pihak kantin dapat menjual makanan basah di dalam pinggan
bukan dalam polisterin. Ini adalah untuk mengelakkan sampah yang akan sukar
diurus.
5.4 Tempat cuci tangan
Pengerusi meminta pihak kantin menyediakan tempat cuci tangan yang airnya
terus mengalir ke longkang.
*Pihak kantin hanya perlu membaiki saluran paip-singki telah sedia ada.
5.5 Melupus pentas di ruangan kantin.
Pengerusi meminta jk membuat laporan dan permohonan untuk mengubahsuai
pentas di kantin.
yang dipamerkan.

2.2 Pamerkan Sebut Harga


Pihak Kantin diingatkan agar mempamerkan sebut harga di ruang makan dan di
bahagian dapur agar pembayaran harga makanan adalah seiring dengan sebut
harga yang dipamerkan dan untuk mengelakkan disaman oleh penguatkuasa
sekiranya pemantauan dibuat.
2

2.3 Kebersihan dan keceriaan kantin


Pihak kantin diingatkan agar menitik beratkan faktor kebersihan dan keceriaan
kantin dari segi:
2.3.1. Kebersihan kemudahan
- semua tempat kemudahan kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan
menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan
bersih dan kemas.
- meja makan yang digunakan para pelajar hendaklah bersih, kemas dan
dialas
dengan bahan yang kalis air dan tidak mudah koyak.
2.3.2. Kebersihan kawasan
- Seluruh kawasan sekitar kantin hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih
dan
kemas.
- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih dan teratur.
- Lantai dan longkang hendaklah dibersihkan.
4 Hal-hal lain
4.1 Terdapat aduan daripada guru-guru di mana harga makanan di kantin terlalu
mahal dan tidak sama seperti yang tertera pada sebut harga yang dipamerkan
serta menu yang sama diulang-ulang.
4.2 Pengusaha kantin mengadu tidak dapat mengawal keadaan ketika para pelajar
membeli makanan pada waktu rehat, di mana para pelajar tidak beratur dengan
tertib malah berebut-rebut.

PENUTUP
a. Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan
kerjasama dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

SETIAUSAHA
Mesyuarat Kantin Bil 2 2023 / 2024
SK Tunku Puan Habsah

Tarikh : 22 Mac 2023


3 Cadangan penambahbaikan
3.1 Puan Norli menyarankan agar pihak kantin menyediakan beberapa besen yang
besar ketika waktu rehat untuk para pelajar meletakkan pinggan dan cawan
selepas menggunakannya.
3.2 Pihak kantin diminta untuk mempelbagaikan menu guru, menyediakan menu
yang berbeza mengikut hari dan menambahkan kuantiti makanan selaras dengan
pertambahan bilangan kakitangan sekolah.
3.3 Puan Nor Azah meminta agar pihak kantin menyediakan buah-buahan sebagai
pencuci mulut.

You might also like