You are on page 1of 18

MINIT MESYUARAT PANITIA

BAHASA MELAYU 2/2021


Agenda Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali 2 17 Jun 2021 (Khamis)


3.00 petang
Dalam talian melalui Google Meet
Mesyuarat dipanggil oleh: Pencatat:
Puan Zuraidah binti Abd Rahman (SU) Cik Nur Akmar binti Md Arshad
Puan Zuraidah binti Abd Rahman
Pengerusi: Encik Mazlan bin Ahmad Penjaga masa:

Kehadiran:
1. Encik Mazlan bin Ahmad
2. Cik Nur Akmar binti Md Arshad
3. Puan Zuraidah binti Abd Rahman
4. Puan Normala binti Salleh
5. Puan Norafizah binti Ayub
6. Cik Nur Afiqah binti Amerul Rashad

Rujuk Lampiran 2 Salinan kehadiran melalui Google Meet.

Tidak Hadir bersebab:

1. Encik Risman bin Lasaki


2. Encik Muhammad Jahizi bin Pandak Ahmad
3. Encik Khusni bin Abdullah

Sila baca sebelum mesyuarat:


-
Objektif Mesyuarat:

1) Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan
meningkatkan profesionalisme guru semasa dan pasca tempoh perintah kawalan pergerakan.

2) Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut


perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan
intelek dan rohani murid semasa dan pasca tempoh perintah kawalan pergerakan.

3) Mewujudkan semangat bekerjasama antara panitia mata pelajaran

4) Mesyuarat juga suatu bentuk komunikasi dua hala antara guru dengan ketua panitia dalam
situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

5) Memantapkan pengurusan panitia.

6) Menyelaras persediaan pengurusan mata pelajaran bagi setiap kelasa semasa pkp

7) Mengenal pasti permasalahan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Butiran Agenda

Topik Pembentang Masa dibenarkan


√ Ucapan Pengerusi Pengerusi 10 minit
√ Perkara berbangkit Setiausaha 5 minit
√ Mengesahkan minit yang lalu Setiausaha 5 minit
√ Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Pengerusi 15 minit
√ Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pengerusi 15 minit
√ Karnival Bahasa Melayu Ketua Panitia 15 minit
√ PLC/Peningkatan Profesionalisme Guru Dalam Panitia Pengerusi 15 minit
 Hal-hal lain Pengerusi 10 minit
Butiran Perbincangan:
1. Ucapan Pengerusi
1.1 En. Mazlan (Penolong Kanan Pentadbiran) mewakili Guru Besar selaku Pengerusi mesyuarat
kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat
kurikulum kali kedua ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu kerana merupakan panitia
pertama mengadakan mesyuarat dalam talian melalui Google Meet dan juga telah
menjalankan pengajaran dan pembelajaan di rumah dalam talian dengan baik.

1.3 Beliau berharap guru- guru terus mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan panitia mata pelajaran di samping merancang dan melaksanakan program-
program /intervensi dengan lebih teratur dan berkesan.

1.4 Guru-guru dikehendaki patuh kepada prosedur yang ditetapkan oleh pihak kerajaan (SOP)
seperti memastikan menyemak mendaftar nama dan suhu, memakai penutup muka dan masuk
ke kawasan sekolah melalu pagar belakang jika sesi persekolahan di buka nanti.

1.5 Beliau juga berharap agar panitia dapat menjalankan tanggungjawab serta
bersifat proaktif dalam melaksanakan tugas agar objektif dan hala tuju sekolah dapat dicapai
walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 7 Mei 2021 dan sentiasa
bersedia bekerja dalam norma baharu.

1.6 Beliau menyatakan bahawa dalam usaha memperkasakan Sekolah Transformasi ini, semua
guru perlu membudayakan semangat perpaduan dalam kalangan guru serta murid. Saling
bekerjasama antara kaum melalui bidang pendidikan terutamanya dalam Pembelajaran Abad
ke-21 (PAK21)

Tindakan : Makluman

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Puan Normala binti Salleh telah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Puan Norafizah binti Ayub telah menyokong.
Tindakan : Makluman

3. Perkara berbangkit
3.1 Tiada

4. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.


4.1 Guru-guru disarankan memberikan tugasan dalam waktu persekolahan bermula 7.40 hingga
1.00 tengah hari dengan mematuhi jadual PdPR yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

4.2 Elakkan memberi latihan selepas waktu persekolahan terutamanya pada waktu malam.
Semakan atau penghargaan kepada murid-murid dibenarkan mengikut waktu semasa

4.3 Hadkan bilangan soalan agar tidak membebankan murid dan ibu bapa.
4.4 Pengerusi memaklumkan modul PdPR perlu disediakan kerana PdPR penggal kedua akan
dilaksanakan selama 25 hari iaitu bermula 14 Jun 2021 sehingga 16 Julai 2021.
4.5 Pengerusi menjelaskan penggunaan modul fasa kedua akan mula digunakan pada minggu
27 (5 - 9 Julai 2021) dan minggu 28 (12 -16 Julai 2021)
4.6 Setiap modul perlu dinyatakan standard pembelajaran berpandukan DSKP , objektif
pembelajaran dan kriteria kejayaan.
4.7 Keputusan mesyuarat panitia telah menetapkan:
Tahap 1:
Menggunakan buku aktiviti (SPBT) sebagai modul PdPR.

Tahap 2 :
Menggunakan modul yang disediakan oleh guru mata pelajaran.

Agihan tugas penyediaan Modul Bahasa Melayu Tahap 2:


Tahun 4: Puan Zuraidah binti Abd Rahman dan Pn Normala binti Salleh
Tahun 5: Menggunakan modul sedia ada.
Tahun 6: Cik Nur Akmar binti Md Arshad

4.8 Pengerusi telah menetapkan tarikh akhir penghantaran modul untuk cetakan adalah pada
24 Jun 2021
4.9 Jadual pdpc semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah adalah seperti berikut.
Jadual ini berkuat kuasa mulai 17 Mei 2021.

JADUAL WAKTU PdPR 3.0 BAHASA MELAYU DALAM TALIAN TAHAP 1


NAMA GURU ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
1 SPACE 1 CYBER 1 SPACE 1 SPACE
PN NORAFIZAH (7.40-9.10) (7.40-9.10) (7.40-9.10) (7.40-9.10)
2 CYBER
2 CYBER
CIK NUR AFIQAH (11.30 -
1.00) (7.40-9.10)
2 GALAXY 2 GALAXY
EN RISMAN (7.40-9.10) (7.40-9.10)
3 GALAXY 3 CYBER 3 GALAXY 3 CYBER
EN KHUSNI (7.40-9.10) (7.40-9.10) (7.40-9.10) (7.40-9.10)
3 SPACE
(7.40-9.10) 3 SPACE 2 SPACE
EN JAHIZI
2 SPACE (9.40-11.00) (7.40-9.10)
(9.40-11.00)
JADUAL WAKTU PdPR 3.0 BAHASA MELAYU DALAM TALIAN TAHAP 2
NAMA GURU ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
4 CYBER 6 CYBER 4 CYBER 6 CYBER
CIK NUR AKMAR (7.40-9.10) (7.40-9.10) (7.40-9.10) (9.40-11.00)
6 SPACE 4 SPACE 6 SPACE 4 SPACE
PN ZURAIDAH (7.40-9.10) (7.40-9.10) (7.40-9.10)) (7.40-9.10)
4 GALAXY
5 SPACE 4 GALAXY 5 CYBER (7.40-9.10) 5 CYBER
PN NORMALA
(7.40-9.10) (7.40-9.10) (7.40-9.10) 5 SPACE (7.40-9.10)
(9.40-11.00)
Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu

5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah


5.1 Guru-guru diingatkan perlu melaksanakan PBD dengan penuh tanggungjawab dan
berintegriti.
5.2 Penjaminan Kualiti (4P) adalah disarankan dalam usaha memperkasakan
Pentaksiran Bilik Darjah.
5.3 Guru-guru dikehendaki merekodkan Tahap Penguasaan murid setakat bulan Jun 2021.
Penglibatan murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran ddi rumah perlu diambil
kira. Semakan tugasan murid dalam talian melalui platform telegram atau whatapps dan
juga respon murid dikira sebagai eviden guru membuat pentaksiran.
5.4 Pengerusi mengingatkan guru mengenal pasti murid yang lambat memberi respon kerana
masalah berkongsi alatan peranti atau menggunakan peranti ibu bapa dianggap sebagai
hadir kelas PdPR. Kenal pasti juga murid yang tidak pernah respon dan perlu dirujuk
kepada unit HEM.
5.5 Murid yang lemah perlu mendapat bimbingan sepanjang PdPR dilaksanakan.
5.6 Pengerusi menerangkan PdPR yang melibatkan murid dan guru berhubung secara
langsung dianggap PdPR secara dalam talian. Ini memudahkan guru membuat
pentaksiran secara lisan, bacaan dan menulis.
5.6 Penglibatan murid-murid tahun 6 amat penting untuk persediaan ke sekolah menengah.
5.8 Guru tahun 6 yang terlibat perlu bersiap sedia bagi rekod penguasaan murid dalam
tempoh perintah kawalan pergerakan agar dapat laksanakan PBD dengan lancar kelak.

Tindakan : Makluman
6. Karnival Bahasa Melayu
6.1 Karnival Bahasa Melayu akan dijalankan pada tarikh berikut:
Peringkat Tarikh Tempat
Zon TIADA PERINGKAT ZON – Perintah Kawalan Pergerakan
Daerah Tarikh tutup 23 Julai 2021 -dalam talian

6.2 Kertas konsep telah diedarkan kepada semua ahli panitia melalui Whatsapp Panitia
Bahasa Melayu.
6.3 Guru-guru perlu membaca dan memahami kertas konsep supaya dapat kuasai syarat
pertandingan norma baharu.
6.4 Guru-guru perlu sebar luas maklumat ini kepada ibu bapa dan kenal pasti kebolehan
serta memberi dorongan kepada murid-murid untuk sertai.
6.5 Pembahagian tugasan untuk aktiviti koakademik adalah seperti yang dibincangkan dalam
mesyuarat 1/2020. Semua guru perlu bekerjasama menjalankan tugasan.
6.6 Ringkasan kertas konsep adalah seperti LAMPIRAN 1.
Berikut acara yang dipertandingkan dalam Karnival Bahasa Melayu Dalam Talian.
a. Bercerita Tahap 1
b. Bercerita Tahap 2
c. Pidatao (Tahun 4- 6)
d. Mengarang Sajak (Tahun 4 – 6)
e. Menulis Cerpen ( Tahun 3 – 6 )
f. Menulis Esei (Tahun 4 – 6 )
g. Dendangan Syair ( Tahun 4- 6)

6.7 Taklimat Karnival Bahasa Melayu telah dilaksanakan untuk murid tahun 6 pada 12 Jun
2021(Sabtu) pada jam 3.00 petang secara Google Meet.
6.8 Taklimat Karnival Bahasa Melayu akan dilaksanakan untuk murid tahun 5 pada 22 Jun
2021 pada jam 3.00 petang secara Google Meet.
6.9 Pengerusi telah mencadangkan Panitia Bahasa Melayu mewujudkan jawatankuasa bagi
melancarkan pengurusan Karnival Bahasa Melayu peringkat sekolah.
JAWATANKUASA KARNIVAL DALAM TALIAN PERINGKAT SEKOLAH

GURU TUGASAN / PERTANDINGAN UTAMA PERTANDINGAN TAMBAHAN

 DEKLAMASI SAJAK
 PEGAWAI TEKNIKAL  DENDANGAN SYAIR
KARNIVAL BM PERINGKAT  MENYELARAS
CIK NUR AKMAR
SEKOLAH PESERTA KELAS 6
 PIDATO CYBER DAN
4 CYBER.

 MEMBANTU SEMUA
RAKAMAN VIDEO
 PENYELARAS RAKAMAN
YANG DIHANTAR
EN RISMAN VIDEO DAN SIAR RAYA
OLEH MURID KEPADA
GURU MATA
PELAJARAN BM
 DENDANGAN SYAIR
 MENYELARAS
 BERCERITA TAHAP 2
PN ZURAIDAH PESERTA KELAS 6
SPACE DAN
4 SPACE
 MENYELARAS
 BERCERITA TAHAP 1 PESERTA KELAS 5
PN NORMALA
CYBER, 5 SPACE DAN
4 GALAXY
 BERCERITA TAHAP 1
PN NORAFIZAH
 BERCERITA TAHAP 2
CIK NUR AFIQAH

 MENYELARAS
 PENYELARAS RAKAMAN
PESERTA KELAS 3
EN KHUSNI VIDEO DAN SIAR RAYA
CYBER DAN 3
GALAXY

 MENYELARAS
EN JAHIZI  PIDATO PESERTA
3 SPACE

Tindakan : Semua guru BM

7. PLC/Peningkatan Profesionalisme dalam panitia.


7.1 PLC adalah bertujuan untuk mempertingkat kualiti Pengajaran dan Pengajaran
Guru yang berfokus kepada pencapaian dan penguasaan murid.
7.2 Guru-guru disarankan untuk sertai WEBINAR atau sertai kursus dalam talian tentang
pembelajaran dalam talian atau peningkat profesion keguruan sepanjang tempoh perintah
kawalan pererakan dikuat kuasakan.
7.3 Guru-guru digalakkan sentiasa mengadakan perbincangan tentang peningkatan akademik
dalam kalangan murid melalui Whatsapp, Telegram atau Google Meet
7.4 Panitia Bahasa Melayu telah melaksanakan ladap dengan menganjurkan Bengkel
Penulisan Cerpen Kanak-kanak kepada semua guru pada 8 Jun 2021 melalui Google
Meet
7.5 Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cik Nur Akmar telah memberi pendedahan dan perkongsian
rakaman ‘voice chat’ menggunakan platform Telegram dan rakaman Google Meet. Kaedah
ini sangat berkesan bagi mengatasi isu murid-murid yang tidak dapat mengikuti PdPR
pada jadual yang ditetapkan kerana masalah berkongsi peranti dengan ibu bapa yang
bekerja.
. Tindakan : Makluman
8. Hal-hal lain.
8.1 Guru-guru perlu mempunyai surat kebenaran untuk masuk ke kawasan sekolah serta
patuh kepada Standard Prosedur Operasi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
8.2 Cik Nur Afiqah menerangkan tentang pelaksanaan NILAM sepanjang PdPR. Beliau akan
memberi pautan rak maya sebagai bahan bacaan dan goggle form bagi murid merekod
hasil bacaan mereka. Cik Nur Afiqah akan memberi pautan ‘MyLink’ pada hari Sabtu atau
Ahad.
8.3 Cik Nur Akmar mengingatkan penggunaan Google Classroom perlu diaktifkan.
8.4 PdPR dalam talian perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar murid-murid tidak
ketinggalan. Guru perlu menghubungi murid-murid yang tidak aktif untuk tindakan
sewajarnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................................... .................................................................
(ZURAIDAH BINTI ABD RAHMAN) (NUR AKMAR BINTI MD ARSHAD)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Taiping SK Taiping

Disahkan oleh:

...............................................................
(RAJA ZAINAL HAFIZ BIN RAJA ADNAN)
Guru besar,
SK Taiping
LAMPIRAN MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA MELAYU 2/2021
RINGKASAN
PERTANDINGAN
BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
DALAM TALIAN
2021
RINGKASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU SR 2021 PERINGKAT DAERAH / NEGERI
NAMA TEMA / TAJUK
BIL SYARAT PERTANDINGAN KAEDAH PERTANDINGAN
PERTANDINGAN
1. Penyertaan murid Tahun 3 Bahagian A - Rakaman Video
2. Durasi Video Bahagian A : 6 - 7 minit Bahagian B - Telesidang
3. Bahagian B (Spontan ) : 3 minit

bebas 4. Teks cerita perlu dihantar (Font Arial PAUTAN


Bercerita (cerita tentang saiz 12, Langkau 2 baris) Pendaftaran Peserta:
1
Tahap 1 haiwan 1. Tiada muzik latar/kesan bunyi Penghantaran teks:
dibenarkan) 2. Format video : AVI/MP4 - 1080P/720P Penghantaran video:
3. Video diambil secara melintang dan
'full shot' tanpa diedit (tiada 'dubbing'
dan 'miming')
1. Penyertaan murid tahun 4-6 Bahagian A - Rakaman Video
2. Durasi Cerita Bahagian A : 7 - 8 minit Bahagian B - Telesidang
bebas 3. Bahagian B(Spontan) : 3 minit
Bercerita (cerita tentang 4. Teks cerita perlu dihantar ( Font Arial PAUTAN
2 haiwan saiz 12 Langkau 2 baris) Pendaftaran Peserta:
Tahap 2
TIDAK 5. Tiada muzik latar/kesan bunyi Penghantaran teks:
dibenarkan) 6. Format video : AVI/MP4 - 1080P/720P Penghantaran video:
7. Video diambil secara melintang dan
'full shot' tanpa diedit (tiada 'dubbing' dan
'miming')
RINGKASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU SR
2021 PERINGKAT DAERAH / NEGERI
NAMA KAEDAH
BIL TEMA / SYARAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN TAJUK PERTANDINGAN
1. Penyertaan murid tahun 4- Bahagian A -
1. Bahasa Kebangsaan Citra Bangsa Berdaulat 6 Rakaman Video
2. Bahasa Melayu Wadah Masyarakat Bersatu 2. Durasi Pidato Bahagian A Bahagian B -
3. Komuniti Prihatin Alam Sekitar Terjamin :5minit Telesidang
4. Alam sekitar: Kita Peka 3. Bahagian B (Spontan) :
5. Teknologi Hijau Menyelamatkan Dunia 3minit
PAUTAN
6. Teknologi Maklumat Menjana Minda Rakyat 4. Tiada muzik latar/kesan
bunyi Pendaftaran
7. Jiran Mahabah Hidup Muhibah
3 Pidato 8. Perintah Kawalan Pergerakan: Sayangi Keluarga 5. Format video : AVI/MP4 Peserta:
9. Warisan Negara Identiti Kita - 1080P/720P Penghantaran
10. Norma Baharu Kelangsungan Hidup 6. Video diambil secara teks:
Bermutu melintang dan 'full shot' Penghantaran
11. Pendemik Covid-19: Kita Jaga Kita tanpa diedit (tiada video:
12. Penghayata Sejarah Meningkatkan Jati Diri 'dubbing' dan 'miming')
13. Pendidikan Seni Visual Membina Kreativiti
14. Kecemerlangan Sukan Melonjakkan Imej
Negara
15. Budi Bahasa Cerminan Keunggulan Bangsa
RINGKASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU SR
2021 PERINGKAT DAERAH / NEGERI
NAMA KAEDAH
BIL TEMA / SYARAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN TAJUK PERTANDINGAN
1. Penyertaan murid tahun 4-6 Secara dalam
2. Karya sendiri, belum talian/telesidang
pernah disiarkan dan
mengandungi 250350 PAUTAN
patah perkataan Pendaftaran
3. Cerpen dilengkapi dengan Peserta:
4 Menulis Cerpen Jiranku Prihatin tajuk sahaja. Maklumat ( Penghantaran
peserta dihantar dalam borang teks:
penyertaan)
4. Tulisan menggunakan
'font Times New Roman'
bersaiz 12 dan dalam jarak
langkau 1.5
5. Hantar teks cerpen dalam
RINGKASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU SR
2021 PERINGKAT DAERAH / NEGERI
NAMA TEMA /
BIL SYARAT PERTANDINGAN KAEDAH PERTANDINGAN
PERTANDINGAN TAJUK
1. Penyertaan murid tahun 4 - 6 Rakaman Video berdurasi
2. Sajak ciptaan yang belum pernah disiarkan tidak lebih 15 minit
Terima dan (teks sajak perlu
Deklamasi Kasih tidak melebihi 30 baris disertakan )
5
Sajak Adiwira 3. Tiada muzik latar/kesan bunyi
Negara 4. Format video : AVI/MP4 - 1080P/720P PAUTAN
5. Video diambil secara melintang dan 'full Pendaftaran Peserta:
shot' tanpa diedit (tiada 'dubbing' dan Penghantaran teks:
'miming') Penghantaran video:
1. Penyertaan murid tahun 4-6 Secara dalam talian
2. Karya sendiri, belum pernah disiarkan
dan had baris sajak ialah 12 - 16 baris PAUTAN
3. Sajak dilengkapi dengan tajuk sahaja Pendaftaran Peserta:
Mengarang Jejak-jejak
6 ( Maklumat peserta dihantar dalam Penghantaran teks:
Sajak Kejayaan
borang penyertaan)
4. Tulisan menggunakan 'font Times New
Roman' bersaiz 12 dan dalam jarak
langkau 1.5 5.
Hantar teks sajak dalam bentuk pdf
RINGKASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU SR 2021 PERINGKAT DAERAH / NEGERI
NAMA
BIL TEMA / SYARAT PERTANDINGAN KAEDAH PERTANDINGAN
PERTANDINGAN TAJUK

7 1. Penyertaan murid tahun 4 - 6 Rakaman Video berdurasi


2. Syair ciptaan yang belum pernah tidak lebih 15 minit
disiarkan dan tidak melebihi 5 (teks syair perlu
Dendangan Cinta rangkap disertakan )
Syair Anugerahmu 3. Tiada muzik latar/kesan bunyi
4. Format video : AVI/MP4 - 1080P/720P PAUTAN
5. Video diambil secara melintang dan Pendaftaran Peserta:
'full shot' tanpa diedit (tiada 'dubbing' Penghantaran teks:
dan 'miming') Penghantaran video:
8 1.Penyertaan murid tahun 4-6 Secara dalam talian
2.Karya sendiri, belum pernah disiarkan
dan mengandungi 250 - 350 patah PAUTAN
Jati Diri
perkataan Pendaftaran Peserta:
Anak-anak 3. Esei dilengkapi dengan tajuk sahaja(
Menulis Esei Penghantaran teks:
Bermula di Maklumat peserta dihantar dalam
Rumah borang penyertaan) 4. Tulisan
menggunakan 'font Times New Roman'
bersaiz 12 dan dalam jarak langkau 1.5
5. Hantar teks esei dalam bentuk pdf
RINGKASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU SR 2021 PERINGKAT DAERAH / NEGERI
NAMA TEMA / KAEDAH
BIL SYARAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN TAJUK PERTANDINGAN
1. Penyertaan 5 orang murid tahun 4-6 Secara dalam
2. 3 orang pembahas utama dan 2 talian/telesidang
Diberi 2 orang simpanan
Bahas Ala minggu 3. 3 talian diperlukan untuk 3 PAUTAN
9
Parlimen sebelum orang pembahas setiap pasukan Pendaftaran Peserta:
pertandingan 4. Rujuk Kertas Konsep untuk Prosedur
Pertandingan

1. Penyertaan 5 orang murid tahun 4-6 Secara dalam


2. 3 orang pemantun utama dan 2 talian/telesidang
orang simpanan
Diberi 2 3. 3 talian diperlukan untuk 3 PAUTAN
minggu orang pemantun setiap pasukan
10 Pesta Pantun Pendaftaran Peserta:
sebelum 4. Rujuk Kertas Konsep untuk Prosedur
pertandingan Pertandingan
TERIMA
KASIH

You might also like