You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT

PENGURUSAN KANTIN
BILANGAN 1
SESI 2022/2023

TARIKH: 23 Jun 2022


HARI: Khamis
MASA: 2:00 petang
TEMPAT: Makmal Komputer,
Sekolah Kebangsaan Asahan.

1
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BILANGAN 1 SESI 2022/2023

Tarikh: 23 Jun 2022


Hari: Khamis
Masa: 2:00 petang
Tempat: Makmal Komputer,
Sekolah Kebangsaan Asahan.

Hadir:

1. Encik Jamaludin bin Kasim Guru Besar


2. Encik Mohd Noor bin Md Yusof PK HEM
3. Puan Norashikin binti Ab Yazaid Penyelaras Kantin
4. Puan Noraida binti Mohd Yusof AJK/Penyelaras RMT

Hadir Bersama:

1. Puan Habibah binti Tambi Wakil D’Farm Enterprise (Tukang


Masak)

Urus Setia:

1. Puan Zainun binti Buyong Setiausaha/Penyelaras BUDIMAS

2
1. PERUTUSAN PENGERUSI (ENCIK JAMALUDIN BIN KASIM-GURU BESAR)
1.1 Ucapan alu-aluan dan bacaan Al-Fatihah bagi memberkati mesyuarat.
1.2 Merakamkan ucapan terima kasih kepada PK HEM, Penyelaras Kantin, AJK Kantin serta
Wakil Pengusaha Kantin SK Asahan yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada
mesyuarat hari ini.
1.3 Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk menyampaikan dapatan dari Mesyuarat
Agong PIBG yang telah dilaksanakan pada 22 Jun 2022 (Rabu) yang lalu.
1.4 Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk berbincang bagi penambahbaikan Unit Kantin
selepas 2 siri lawatan daripada agensi luar iaitu Pihak Kesihatan dan MPJ.
1.5 Mesyuarat diteruskan oleh Encik Mohd Noor bin Md. Yusof selaku PK HEM yang
bertanggungjawab dalam segala aspek berkaitan dengan Unit Kantin SK AsaHAN.

Tindakan: Makluman

2. HARGA MAKANAN MURID


2.1 Pada Mesyuarat Agung PIBG yang lalu, ibu bapa menyatakan bahawa kuantiti makanan
murid adalah sedikit dan tidak mencukupi bagi ank-anak mereka.
2.2 Oleh kerana itu, pihak sekolah telah mencadangkan supaya pihak kantin menambah
kuantiti makanan dengan menaikkan harga pada kadar yang berpatutan.
2.3 Pengusaha Kantin juga boleh menyediakan makanan tambahan seperti ayam goreng atau
telur goreng untuk murid.
2.4 Kadar baharu yang telah dipersetujui adalah seperti yang berikut:

Harga Harga
Bil. Menu
Lama Baharu
Makanan Harian
1 RM1.00 RM1.50
(Mee Goreng, Nasi Lemak dan sebagainya)
2 Ayam Goreng Tepung Tiada RM1.00
3 Telur Goreng Tiada RM1.00
4 Air Minuman RM0.50 RM0.50
5 Air Kotak Soya RM1.00 RM1.00

2.5 Harga baharu ini akan dimaklumkan kepada iu bapa/penjaga oleh PK HEM dan guru kelas
melalui aplikasi Whatsapp kelas masing-masing.
Tindakan: PK HEM, Guru Kelas
2.6 Diharapkan Pengusaha Kantin dapat melaksanakan harga baharu ini mulai minggu
hadapan.

3
Tindakan: Makluman

3. BAYARAN SEWA KANTIN


3.1 Seperti yang telah dimaklumkan, tempoh penangguhan pembayaran sewa bulanan kantin
sekolah akan ditangguhkan sehingga Disember 2022.
3.2 Jumlah sewaan adalah sebanyak RM120/bulan seperti yang telah dinyakandalam tender
Perjanjian Kantin SK Asahan Sesi 2022/2023.
Tindakan: Makluman

4. LAWATAN DARI PEJABAT KESIHATAN JASIN


4.1 Pihak Pejabat Kesihatan Jasin telah hadir untuk menjalankan pemantauan Kantin Sekolah
pada hari ini.
4.2 Markah keseluruhan yang diberikan adalah sebanyak 100% di atas kecemerlangan
Pengusaha Kantin dalam mengendalikan kantin dan makanan di sekolah. Sekalung tahniah
diucapkan kepada Pengusaha Kantin di atas usaha yang diberikan.
4.3 Namun begitu, Pihak PKJ memberikan Gred B di atas sebab-sebab yang berikut:
4.3.1 Terdapat pekerja yang tidak memakai kasut yang sesuai ketika bekerja dan berada
di kantin
4.3.2 Seorang pekerja tiada Sijil Kursus Pengendalian Makanan
4.4 Pihak PKJ meminta Pengusaha Kantin untuk memperbaiki mutu pengurusan kantin dan
mereka akan menjalankan pemantauan berikutnya dalam tempoh 1 bulan.
Tindakan: Makluman

5. LAWATAN DARI PIHAK MAJLIS PERBANDARAN JASIN


5.1 Pihak MPJ telah menjalankan pemeriksaan kantin pada 21 Jun 2022 (Selasa) yang lalu.
5.2 Tahniah diucapkan kepada Pengusaha Kantin kerana telah melepasi piawaian dari Pihak
MPJ iaitu mempunyai Penapis Sisa Makanan dan Minyak dan tidak mempunyai sebarang
kesalahan lain.
Tindakan: Makluman

6. MAKANAN GURU DAN MURID


6.1 Pengusaha Kantin digalakkan untuk menyediakan papan kecil seperti papan putih kecil
bagi menulis menu dan harga makanan bagu murid dan guru.

4
6.2 Ia bertujuan untuk memudahkan guru dan murid membuat pembelian dan menyediakan
wang yang mencukupi.
6.3 Papan tersebut boleh digantung di luar kantin bagi murid dan di dalam Ruang Makan Gury
bagi guru dan AKP.
6.4 Kualiti makanan adalah sangat memuaskan. Harga juga berpatutan dengan kuantiti
makanan.
6.5 Jika menu tersebut digemari oleh guru, AKP atau murid, kuantiti makanan perlu ditambah
supaya semua guru dan AKP dapat menikmati menu tersebut.
Tindakan: Makluman

7. BAHAN JUALAN MAKANAN


7.1 PK HEM telah menyerahkan senarai makanan terlarang yang tidak dbenrkan untuk djual di
Kantin Sekolah.
7.2 Diharapkan Pihak Kantin dapat mematuhi arahan yang telah diberikan.
Tindakan: PK HEM, Penyelaras Kantin, AJK Unit Kantin, Pengusaha Kantin

8. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


8.1 Makanan RMT perlu dihidangkan menggunakan bekas yang bertutup.
8.2 Jumlah murid SK Asahan yang layak menerima RMT adalah seramai 98 orang.
8.3 Jumlah tuntutan yang dibuat adalah sebanyak 97 orang murid sahaja kerana seorang
murid PPKI tidak hadir ke sekolah bagi tempoh yang lama.
8.4 Jumlah peruntukan RMT bagi Sesi 2022/2023 adalah sebanyak RM2.50/hari bagi seorang
murid.
8.5 Pengaha Kantin perlu memastikan menu RMT dan menu harian murid adaah berlainan
setiap hari.
Tindakan: Guru RMT, Pengusaha Kantin

9. BUDIMAS
9.1 Jumlah murid yang layak menerima BUDIMAS adalah seramai 22 orang.
9.2 Menu murid adalah sama seperti murid RMT dan jumlah peruntukan juga adalah sama
iaitu RM2.50/hari bagi seorang murid.
9.3 Makanan juga perlu dihidangkan menggunakan bekas yang bertutup.
Tindakan: Guru BUDIMAS, Pengusaha Kantin

5
10. PROGRAM SUSU SEKOLAH
10.1 Semua murid yang menerima RMT layak menerima dan mengikuti Program Susu Sekolah
anjuran KPM.
10.2 Susu yang dibekalkan adalah Susu Segar Dutch Lady.
10.3 Ibu bapa/penjaga telah mengisi dan menghantar Borang Persetujuan bagi murid mengikuti
Program Susu Sekolah.
10.4 Bilangan murid yang mengikuti Program Susu Sekolah adalah seramai 95/98 orang murid.
10.5 Program Susu Sekolah akan dijalankan pada pukul 7:30 pagi setiap hari di Kantin Sekolah
dengan pemantauan Guru Bertugas.
Tindakan: Makluman

11. PEMBUNGKUSAN MAKANAN


11.1 Pengusaha Kantin adalah dilarang menggunakan bekas polisterene di premis kerajaan.
11.2 Pihak Kantin diminta menyediakan bekas plastic yang dibenarkan dan sesuai bagi
membungkus makanan murid, guru dan AKP.
Tindakan: Pengusaha Kantin

12. PENILAIAN KENDIRI KANTIN


12.1 Puan Norashikin binti Ab Yazaid selaku Penyelaras Kantin telah menerangkan tatacara
untuk mengisi Buku Laporan Penilaian Kendiri Kantin kepada Pengusaha Kantin.
12.2 Buku Laporan tersebut perlu diisi pada setiap hari persekolahan dan dihantar kepada Puan
Norashikin pada setiap 15 hari bulan dan 30/31 hari bulan untuk disemak sebelum dihantar
kepada PK HEM untuk pengesahan.
Tindakan: PK HEM, Penyelaras Kantin, Pengusaha Kantin

13. HAL-HAL LAIN


13.1 Pengusaha Kanti perlu menceriakan kantin seperti mengecat dinding, menampal poster
pemakanan dan sebagainya.
13.2 Keceriaan kantin boleh dibuat sedikit demi sedikit dan memohon bantuan dari AJK Kantin
yang ada jika dirasakan perlu.
13.3 Jaring-jaring dibahagian atas tidak boleh ditutup bagi memastikan perngudaraan yang baik
di kantin.
Tindakan: Pengusaha Kantin

6
14. PENUTUP
14.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:00 petang.
14.2 Mesyuarat akan datang dijangka pada bulan Julai 2022.
Tindakan: Pentadbir

Disediakan oleh,

(ZAINUN BINTI BUYONG)


Setiausaha,
Unit Kantin Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Asahan,
2022.

You might also like