You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI KEDUA

BIL 2/2020
TARIKH : 17 OGOS 2020
HARI : ISNIN
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MAKTABAH, DARUL HIKMAH
KEHADIRAN :
1. En. Zulkifli bin Bahrom
2. En. Zulkiffli bin Amil
3. Pn Azliwati binti Rasip
4. Pn Nurul Atiqah binti Naib
5. Mohd Suhaimi Ismail
6. Pn Noor Asiah binti Dollah
7. Pn Nur Haizi binti Abd Manaf
8. Pn Marina binti Hashim
9. Pn Nurul Aina binti Abdul Karim
10. Pn Nor Laila binti Md Arshad (tidak hadir kerana mesyuarat)

Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan HEM – En Zulkiffli bin Amil
- En Zulkiffli mengucapkan salam kepada semua yang hadir. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang
hadir. Bacaan Al-Fatihah sebagai pembuka mesyuarat.

2.0 Mengesahkan minit mesyuarat lalu

Cadangan. : Pn Noor Asiah binti Dollah


Sokongan. : En Mohd Suhaimi bin Ismail

Tindakan : makluman
3.0 Ucapan Guru Kanan Pentadbiran : En Zulkifli bin Bahrom
3.1 Ucapan kata-kata aluan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran.

4.0 Bangkitan
4.1 Carta organisasi pelajar dan guru telah disediakan. Carta informasi mengenai pemakanan telah di tampal bagi
memenuhi ruang yang disediakan. AJK kantin telah dilantik dari kalangan pelajar.
4.2 Pertandingan kantin peringkat negeri ditangguhkan kerana covid-19. Pihak sekolah bersedia untuk menyertai
pertandingan kantin peringkat negeri pada tahun 2021 sekiranya diadakan.
4.3 Menyusun jadual pemantauan AJK Kantin supaya memastikan setiap bulan pihak kantin dapat mematuhi skor merit
laporan kendiri kantin sekolah – Salinan haruslah diberi kepada HEM.
4.4 Memastikan laporan program kendiri kantin sekolah yang disediakan oleh guru diisi setiap bulan oleh pihak kantin.
4.5 Memastikan peraturan, kebersihan dan keselamatan kantin dipatuhi oleh semua warga SMKST.
4.6 Cadangan ruang makanan VVIP diberi nama Azzalah Café diberi penambahbaikan.

Tindakan : Makluman

5.0 Bidang tugas dan tanggungjawab


5.1 Memastikan semua pekerja kantin telah mendapatkan suntikan typod.
5.2 Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas
mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
5.3 Memastikan semua makanan ditutup atau disimpan dalam bekas yang tertutup.
5.4 Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin tentang hal-hal persekolahan.
5.5 Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
5.6 Membuat laporan mingguan/bulanan di dalam buku/boring laporan kantin dan menyampaikan laporan kepada
pengetua atau GPK HEM.
5.7 Memerhatikan keadaan kantin semasa waktu rehat dan melaksanakan penambahbaikan perkhidmatan kantin.

Tindakan : Makluman

1
6.0 Penambahan setahun bagi perjanjian kantin
6.1 Perjanjian kantin disambung setahun dari 15 Julai 2020 – 30 Disember 2021 atas persetujuan AJK kantin dengan
bersyarat.
7.0 Hal-hal lain
7.1 Pesanan makanan dari luar kantin menyebabkan pendapatan perniagaan merosot semenjak PKP. Penjualan
makanan secara online dari guru-guru dan segelintir pelajar mengakibatkan pihak kantin mengalami kerugian. Oleh
kerana itu, guru-guru dinasihatkan supaya membeli makanan di kantin dengan membawa bekas sendiri dan makan
di tempat masing-masing supaya tidak duduk berkumpul.
7.2 Pada waktu rehat, SOP perlu diikuti dengan penjarakkan sosial pada waktu rehat. Gerai di kantin perlulah disusun
mengikuti garisan supaya pelajar tidak berasak-asak membeli makanan. 2 sesi rehat iaitu rehat menengah rendah
dan rehat menengah atas. Teguran telah dibuat kepada koperasi dan kantin supaya mematuhi peraturan SOP.
7.3 SKPMG 2 Kantin perlu disediakan bagi memastikan perkhidmatan dan penggunaan kantin lebih baik.
7.4 Cikgu Zulkifli Bahrom menyatakan guru bertugas perlu melihat perjalanan waktu rehat supaya keadaan terkawal dan
pelajar sentiasa mencuci tangan mengamalkan kebersihan diri.
7.5 Guru bertugas mingguan hendaklah membuat laporan di kantin dan menulis di buku laporan mingguan.
7.6 Guru bersurai pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ………………………………….

(PN AZLIWATI BINTI RASIP) (HJ ZULKIFLI BIN AMIL)


Setiausaha kantin HEM SMKST

You might also like